10.2.2018
Kali ni alumni PMKP 98/99 pilih Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang Klang (RTSAY) sebagai lokasi program CSR.
Alhamdulilah, program berjalan lancar dengan penglibatan pihak Jabatan kebajikan Masyarakat, Jabatan Pergigian dari USIM dan Bahagian ENT dari Hospital Ampang.
Walaupun sekejap, semoga kehadiran kami di RTSAY mampu memberi sedikit suntikan semangat buat penghuni RTSAY. Walaupun sumbangan kami tidak sebesar mana, harap ianya dapat sedikit kegembiraan buat anak-anak ini meneruskan kehidupan mereka di sini.
Buat penyumbang-penyumbang, terima kasih yang tidak terhingga. Kami amat menghargai sumbangan anda :). Alhamdulillah, sebanyak RM15,740 berjaya dikumpul, melebihi amaun RM15K yang kami sasarkan.
Agenda program
Breakfast
Puan Seri yang merangkap pengacara majlis serta koordinator program Latihan Dalam Kelas (LDK) dan Motivasi
Talk dari pihak JKM
Lepas ceramah JKM, mula program LDK. Kelakar je tgk budak2 ni kena gerakkan biskut dari mata ke mulut diorang..hihi
Aktiviti LDK ke-2, buat kolaj
Terselit lak aku kat situ..hihi
Semangat anak2 ni tunjuk hasil kolaj diorang. Meera dan yana pun excited buat kolaj
Aktiviti ke-3, deko kek
Kelakar je aku tgk budak2 lelaki deko kek
Hasil deko kek team girls
Team boys.. confirm pening makan kek ni..hihi
Dalam masa yg sama dgn program LDK, anak2 ni bergilir2 buat pemeriksaan gigi.
Siap dapat free berus dan ubat gigi lagi lepas pemeriksaan gigi
Pemeriksaan ENT pun berjalan gak..
Van untuk hearing test pun ada skali.
Masa anak2 remaja buat aktiviti deko kek, anak2 kecil main draw and win
Lepas penat aktiviti LDK, kita lunch dulu... abang2 X-PMKP jd waiter lak hari ni
Lepas lunch n solat, semua anak2 dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi fasi utk bantu anak2 ni buat persembahan.
Ni persembahan dari team aku. Diorang decide nak nyanyi lagu Tak Tahu Malu dari Atmosfera. Aku layan je..hahaha
Ni team yang menang no. 1
Team aku dapat no. 3.. okay le kan..
Habis aktiviti, time utk closing
Elly dan Remen agihkan beg goodies dan duit sumbangan utk anak2 girls. Aku tukang baca list nama..hehe
Banyak cerita di sebalik beg goodies ni. Zuha dan Elly yang jadi orang kuat prepare beg goodies ni. Kebetulan lak aku busy time ni dengan aktiviti taman dan makcik faiz sakit. So, aku dapat tolong sikit2 jer.. Tapi, yang aku pasti beg ni disediakan dengan penuh kasih sayang oleh kami bertiga buat anak-anak RTSAY ni..
En Najib yang juga Pengarah Program tahun ni pula serahkan beg goodies dan duit sumbangan untuk anak2 boys
Sedikit saguhati untuk setiap tenaga kerja di RTSAY
Serahan wang sumbangan kepada Tn Hj Bani, Pengetua RTSAY
Geng2 ibu yang banyak membantu. Walaupun kebanyakan mereka ni bukan alumni PMKP, tapi diorang sentiasa support program husband diorang.. TQ dears, korang memang awesome!!!!!
Gambar kenangan dengan semua warga RTSAY.
Tq to volunteers dari staf Dr Din.. Korang memang best!!!!
Wakil dari kelas KK7. Aku sorang je perempuan, huhuhu
Adeh, bulat betul laki aku dalam gambar ni..hihi