Monday, August 26, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 2: 1st day program


Aku sempat pejam mata dlm satu jam je. Jam 6.30 pagi, aku dah start mengemas, asingkan brg yang nak dibw ke pulau dan brg yang ditinggal. biasaler perempuan ni, risau terlebih..takut ada barang yg tertinggal..nnt yg susah aku gak..En Suami akan relaks je…

Dlm kul 6.30pg, aku kejutkan En Suami utk solat subuh dan bersiap. Then, kejutkan anak2 utk mandi dan bersiap...kitorang prepare simple breakfast, nescafe 3in1, roti tuna n kuih yang dibekalkan mak cikun..

Makan sambil berdiri budak2 ni...

Nana makan roti sambil berdiri gak...ish, ish...anak sapa ler ni..(hehe)

Lepas ambil simple breakfast, kitorang keluar dr homestay tu dlm kul 8.15am..sampai kat Jeti Mersing tu, orang dah penuh pun…lepas turunkan isteri, anak2 dan brg2, geng bapak2 pergi parking  kereta.. aku lak terus pegi kat kaunter tiket dan dptkan tiket kami..then, kena daftar lak semua nama yang nak naik feri ni..penat tangan aku menulis 12 nama beserta no IC, alamat, umur. Then bayar lak caj tmn laut kat kaunter “Marine Park Fees Counter. Dah settle, polis bantuan kat situ suruh kami beratur utk tunggu feri… lama gak tunggu, panas lak tu.. nanak2 pun dah buat hal….penat mama2 bertiga menjerit dan mengcontrol anak2 sampaikan tak sempat nak control ayu dah…..lantakler..takde org kenal aku kat mersing ni..huahuahua..
Utk elakkan mabuk laut, kami semua telan pil tahan mabuk. Anak2 lak, kami bagi makan sirap penahan mabuk…

 Welcome to Jeti Mersing (Gambaran dari luar)

  Tgh turunkan brg2 dari kereta..Sempat lagi aku view tentatif program..tgh cari no kaunter tiket utk collect tiket

 Tiket yg dah berjaya di'collect'

 Sempat lagi nana request susu..


Family pic...

Akhirnya, feri yang ditunggu2 pun tiba.. berebut2 org nak masuk..disebabkan kmi ni antara yg terakhir, so, tempat duduk pun terpaksa le bersempit2 dan terpisah antara keluarga..takpelah, asalkan dpt tempat duduk dan selamat sampai Tioman…

Amar n Nana seronok tgk air

mama pun nak posing gak..


Ubat mabuk tu mmg buat aku mengantuk. Tersenguk2 gak aku lawan mengantuk..nak tidur, risau lak takut si yana dan meera ni buat hal…dekat 2 jam dilambung ombak, akhirnya tioman dah nampak …

Oh..Tioman, kami datang....

Feri ni akan singgah ke Jeti Genting dulu, then Paya, Kemudian Lalang, Kemudian Tekek dan Salang. Aku turun di Tekek. Sampai di Tekek, kami terus telefon org yang sepatutnya tunggu kami.. Dia minta kami tunggu dlm 10 minit.. so, kami lepak kat bwh pondok depan jeti tu..


 Kami naik feri Gemilang


 Sila usung beg anda ye..


 View lepas turun feri..itulah tanah tioman..

Jambatan ke Jeti Tekek

View dr atas jambatan



View dr bawah pondok menunggu

Then, 4WD yg ditunggu pun sampai..lepas masukkan brg2 dlm 4WD tu, mulalah perjalanan kami merentasi hutan dara Bukit Gaung dengan jarak lebih kurang 9 km.

View sepanjang 9 km..

Berbanding dengan pantai2 lain yang ada di Tioman, pantai Juara yang kami pilih ni agak kurang dikunjungi kerana perkhidmatan feri dari Mersing dan Tanjong Gemok tak singgah di Jeti Kampung Juara. Satu-satunya kaedah pengangkutan yang ada hanyalah pacuan empat roda. Dari jeti Kampung Tekek, perjalanan pergi-balik ke pantai Juara ni biasanya disediakan oleh pihak chalet dengan tambang RM50 bagi setiap penumpang (minimum empat orang). Tapi, disebabkan kami ambil pakej, so caj ni dah termasuk dlm pakej tu…

 View laut dr atas bukit..

Suasana hutan ni mmg damai..

Walaupun agak menguji adrenalin, tapi aku enjoy dengan perjalanan ni sbb udara hutan mmg mendamaikan dan pemandangan pantai dari puncak bukit tu mmg cukup menakjubkan…dlm 30 minit, kami sampai di Kampung Juara. Dan akhirnya, inilah hotel yg disediakan utk kami..


Chalet untuk family aku.

View dalam chalet..okay gak kan..

Lepas letakkan brg2, kami terus ke kafe sbb dah lapar sgt…anak2 terus order mknn..disebabkan lapar, kami terus melantak bila makanan siap dihidang…

View cafe dr pantai

Kebulur

Anak manja mama                                      Lepas makan, kami jalan2 tepi pantai jap. Mmg cantik betul pantai Juara...berbaloi kepenatan perjalanan kami dr mlm tadi...                                                                   

Mcm gambar dlm internet kan???? tapi, itulah realiti keindahan ciptaan Allah.

Then balik bilik jap utk berehat. Takleh nak berehat pun sebab anak2 dah bising nak mandi..dan akhirnya, main air!!!! 

 
Mama, kami dah ready!!!!

 Mama pun nak posing gak..ala, gambar blur ler..en suami ni snap x betul le tu..


Pasir ni mmg halus..mmg seronok anak2 main pasir.

Puas main air, kami main bola tampar pantai lak…tapi, mmg takde bakat ler..lagipun, sejak jadi mak orang ni, stamina aku mmg dah out…main sekejap je, aku dah pancit..anak2 seronok gelakkan tgk mak bapak diorang main…anak2 pun pun enjoy main bola di gigi air..mak2 yg risau sambil terjerit2…


Dlm kul 6.30pm, kami balik bilik utk mandi, salin baju, solat dan bersiap utk makan..sepatutnya kami BBQ pada mlm kedua. Tapi, disebabkan peserta BBQ pada  mlm tu tak ramai sgt, so, owner chalet request utk combine BBQ kitorang dgn peserta mlm tu..kitorang mlm nak cerewet2 ni, so setuju jelah..

Dan inilah hidangan BBQ kami mlm tu…not bad ler sampai aku kekenyangan tahap makksima walaupun byk gangguan terutamanya anak2 yang berlari2 sekeliling café seolah2 café tu mak bapak diorang yg punya..kucing2 dlm café tu pun penat berlari takutkan anak2 kami…


 Tgh menikmati BBQ..Alhamdulillah di atas rezeki dariNya

Amar dengan sosejnya (gambar blur lak..)

Kusyuknya anak mama ni ratah ayam..sedapke?

Antara hidangan yang aku nikmati..Alhamdulillah..

Brother ni anak owner chalet...dia yg jadi tukang panggang mlm tu...besar betul sotong yg tgh dipanggang tu..sedappppppp..

Meera mmg lasak..

Dapat je note abah, amar terus fokus..

Wajah kanak-kanak yang yang menjadi igauan ngeri kucing2 di Kampung Juara.

Habis dinner, aku bw balik anak2. Si abah dan si amar still lepak kat café sbb nak tgk bola..lantak ler korang, yg penting mama dah ngantuk..sampai bilik, aku, meera n Yana terus pengsan..

Kaylah, penat nak upload byk2 gambar ni. Good night semua and jumpa next episode yek (episode bersnorkeling..)

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.