Habis je majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2013 Pasti Ar-Raudah Seksyen 5, aku terus taip entry utk kisah ni. Cadang nak terus upload, tetiba pasal apa tah, aku tak sempat nak publish..so, tekan save je.. dan akhirnya, hari ni baru sempat tgk balik..huhuhu...citer pun dah basi..tapi, aku nak post gak supaya kisah ni diabadikan di blog ni...
Majlis ni berlangsung Ahad lepas mcm yg korang leh tgk kat kain rentang dlm picture di bawah ni....
Kami sampai kat tempat tu dlm pukul 8 pagi..lambat dari plan asal sebab dok melayan karenah anak2 ...nak bangun pagi pun susah, maklum ler pagi tu hujan renyai2, so sedap ler tido...
macam biasa, si abang dgn muka masam, si meera lak senyum je.. ni gambar sebelum meera dan amar dikumpul dengan pelajar2 lain.. aku, en suami, bibik dan si kecik yana kena masuk dalam dewan..
Ibubapa dpt ler tgk persembahan anak masing2. Amar buat persembahan nasyid, meera lak buat persembahan nyanyi lagu ikan kekek dan lompat si katak lompat. hehe..comel je budak2 kecik ni buat persembahan.. ada gak yg overexcited dapat microphone sampai tak nak lepas mic tu walaupun dah habis nyanyi..amar lak siap lambai2 kat aku masa tgh buat persembahan tu..huhu, xpelah, yg penting diorang berani utk berdiri diatas pentas tu..tul tak?
Lepas 2 jam tgk persembahan budak2 ni, tiba masa utk penyampaian hadiah dan penyampaian sijil tamat belajar utk pelajar 6 tahun..
amar masa tgh amik sijil..muka toyo je...hikhik
posing dgn kawan jap..
hero kesayangan abah ni .:)
masa penyampaian hadiah utk prestasi tahun 4, terkejut beruk aku bila dengar pengumuman yg tempat ke3 adalah Nur Ameera Farhana. Aik?? betul ke nama yg disebut tu nama budak yg selalu je ponteng sekolah? haah..betul le!! anak aku yg naik pentas tu..dan gambar bawah ni ler buktinya...
tak caya gak aku bila tgk meera naik pentas..(mode terharu :) )
bukannya aku tak percaya pada kebolehan si meera ni, cuma meera ni jarang buka buku di rumah. Yg aku nampak tiap2 hari, si meera ni suka melukis dan mewarna je. Apa pun, Alhamdulillah...
mama bangga dengan meera !!!!!
gaya favourite meera...konon2 nye kiut le tu...hihihi
Meera dan rakan2 seangkatan 4 tahun..
Buat amar dan meera, tahniah kerana berjaya menamatkan satu tahun pembelajaran korang..
tahun depan, amar dah masuk sekolah rendah..susah hati mama bila fikirkan camner le dia masuk darjah 1 nnt...huhuhu
si meera lak akan sambung belajar kelas 5 tahun di Pasti Ar-Raudah gak next year... hopefully, anak2 akan menjadi muslim/muslimah yang berjaya dunia akhirat, InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment