Walaupun aku ada 10 orang adik beradik, tapi aku ada sorang
je adik lelaki dan sorang abang. Jadi, pengalaman pergi meminang tu mmg xde ler
sebab selalunya orang yang rumah aku untuk datang meminang kakak dan adik
perempuan. Termasuk le aku..hihi..masa abang aku kawin, aku budak lagi. So, mmg
x ambik tahu le hal2 macam ni..
Kalau minggu lepas, aku kelam kabut dengan pertunangan esah
(masukkan hyperlink) dan majlis konvokesyen ameera (hyperlink), minggu ni sekali
lagi aku balik Perak untuk urusan meminang bakal isteri Daud. Disebabkan bakal
tunang Daud ni orang Seri Iskandar, jadi aku terus pergi rumah abang aku di
Ipoh pada malam Jumaat tu.
Kami bertolak pukul 12 tengahmalam tapi singgah Subang
jap untuk hantar bibik ke rumah husband dia..kasi can bibik honeymoon ngan
husband..huhu..utk pengetahuan korang, tahun ni aku n hubby baik hati bagi
bibik bercuti every weekend. Bukan baik hati sebenarnya, tapi malas nak tgk
bibik monyok je teringat kat laki dia..pastu, menyampah aku tgk dia dok
bergayut ngan husband dia.. so, lebih baik dia cuti, mata aku pun senang x
nampak dia bergayut.. lagipun, boleh ler aku n husband berseksi-seksi di
rumah..hikhik..
Pukul 7 lebih, adik aku inform yang diorang 4 biji kereta
termasuk makcik2 dan pakcik2 aku baru bertolak dari Parit Buntar ke Ipoh. Pukul
9 lebih diorang sampai rumah abang aku. Kitorang breakfast dulu. Dalam pukul 10
pagi, kitorang mula bertolak ke Seri Iskandar. Dalam 30 minit, kitorang sampai
Seri Iskandar. Adik aku yang stay kat Manjung dah siap tunggu kitorang kat
situ..
Dah kumpul semua 7 biji kereta, kitorang terus bergerak ke
rumah bakal tunang Daud. Sampai je, kitorang dihidang dulu dengan jamuan
ringkas. Lepas minum, majlis perbincangan dimulakan..
Hidangan kedua-dua belah pihak lekaki (kanan) dan perempuan (kiri)
Sesi perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan
Aku tak masuk dalam rumah masa ni sebab dah penuh. Jadi,
kitorang duduk luar je.. Lepas perbincangan dimuktamadkan, bakal pengantin
perempuan dipanggil keluar untuk sesi sarung cincin sebagai tanda termetrainya
janji pertuangan..
Cincin jari kanan dulu.. gabra mak aku nak sarung cincin kat bakal menantu..hihi
Cincin kedua di jari kiri. Actually satu cincin untuk merisik dan satu lagi untuk meminang
Salam bakal mak mertua
Bakal pengantin dengan mak dan bakal mak mertua
Bakal Pengantin dengan bakal kakak dan adik ipar.. huhu..tembamnye aku dalam gambar ni..
Pose istimewa dari Syatrah An-Nujma
Gambar ni aku candid. Comel kan kucing tu? siap pakai baju lagi..ni kucing kesayangan Syatrah.
Lepas habis sesi bergambar, kitorang dihidangkan pulak dengan makan tengahari..huhu..makin gemuk le aku..
Ni ler adik aku, Daud. Masa majlis perbincangan, adik aku ni gi lepak kat kedai mamak. Lepas perbincangan, pihak perempuan suruh panggil dia untuk makan kononnya.. Lepas adik aku makan, diorang suruh masuk rumah untuk bergambar.. mula2, malu kucing le Daud ni..hikhik
Malu le sangat yer.. dalam hati, bukan main lagi excited kan..
Lepas selesai, kitorang bergerak ke rumah abang aku di Ipoh
untuk solat zohor dan berehat jap.. Geng2 driver sempat lagi time ni amik peluang tidur kejap untuk
caj bateri sebelum mula perjalanan pulang ke KL (bagi family aku), Pangkor (Adik
aku Teah) dan Parit Buntar. Pukul 4 petang, semua yang lain bergerak pulang. Lepas
tolong mengemas apa yang patut dan siapkan anak2 aku, pukul 5 petang kami
bergerak pulang ke KL. Alhamdulilah, perjalanan kami lancar dan pukul 9 malam
kami selamat tiba di rumah...
No comments:
Post a Comment