Alhamdulillah, selesai sudah minggu yang memenatkan..
18.12.2015 (Jumaat), balik dari ofis, aku terus mengemas dan
masukkan barang dalam kereta. Setel kunci rumah, aku terus hantar bibik ke bus
stop. Call husband cakap yang aku dah nak gerak balik ke Perak...banyak betul
amanat yang en faiz bagi. Almaklumler, ni kali pertama lepas 9 tahun kitorang kawin,
En husband benarkan aku drive balik kampung tanpa dia. Susah gak nak yakinkan en
husbandutk bagi kebenaran kat aku. Kalau boleh, dia suruh aku amik tiket bas
jer..tapi, disebabkan aku nak duduk kampung seminggu, susah kalau takde
transport. en husband takleh balik hari tu sbb dia kena keje esok.. aku lak
mesti balik sbb adik aku nak nikah lepas zohor sabtu tu..
Alhamdulillah, perjalanan aku tiga beranak (amar takde sebab
dia ikut tokma balik kelantan) lancar. Cuma traffic slow sket kat area behrang
– ipoh sebab jalan 2 line jer..pastu ada accident lak kat sekitar tapah dan
ipoh..meera dan yana banyak main ipad jer sbb aku dah warning jangan ganggu
mama drive..Cuma, diorang asyik tanya kita dah sampai mana? So, aku kena jadi
ala-ala tourist guide update setiap tempat yang kitorang tengah lalu tu..huhu..
Malam tu, kitorang pakaikan inai pada Aishah dan sibuk
packing kuih untuk goodies tetamu. Semua tidur lewat malam tu, rasanya pukul 3
pagi baru aku dapat letak kepala atas bantal. Terussss....dengkur...kihkih
Pagi sabtu, kami adik beradik dah sibuk prepare untuk masak
mee kari bagi hidangan majlis pernikahan petang tu.. Dalam pukul 11 lebih pagi,
aku mula tugas jadi mak andam lak...hahaha...ni gara2 adik aku taknak upah
makeup pengantin. So, kakak dia ni ler yg jadi bidan terjun..dah lama aku
tinggal dunia alat2 makeup ni, so...terhegeh2 le sket nak conteng muka aishah
ni... masa tunang dulu, aishah tak sempat nak belajar pakai contact lense.
Tapi, aku dah warning dia untuk belajar pakai contact lense gak masa kawin ni.
Lepas 1 jam menconteng muka si aishah ni, mak aku inform yang aku kena iring
aishah ni masa dia akad nikah.. aduhhh, jadi bidan terjun lagi...huhu
Sebelum ni, kalau ada majlis kawin, aku akan jd org kuat di
dapur jer sbb kakak tikah aku yg akan jadi pengiring pengantin..tapi, kali ni
dia ada anak kecik. So, aku ler yg jd bidan terjun..
Alhamdulilah, lepas 2 kali akad, Aishah jadi isteri orang ..
-
Aishah dan husband
Malam tu, En Faiz sampai dari KL...kami semua sibuk untuk
last preparation untuk majlis esok..
Ahad, untuk majlis walimatulurus sebelah pengantin
perempuan, lagi sekali aku jadi mak andam bidan terjun...lagi sekali gak, aku
kena iring pengantin dan uruskan semua rombongan peneman...segan wehh,
selalunya pengapit pengantin ni muda dan cun, tapi ni pengapit tua..huhu
-
Pengantun dengan pengapit tua..kihkih
Selesai majlis, petang tu jugak En Faiz terpaksa gerak balik
KL sebab esoknya dia kena masuk ofis..hujung tahun ni, En Faiz mmg
busy...tinggal ler aku dan 2 anak dara di Perak..Hari Selasa dan rabu , EN Faiz
kena outstation ke Kuantan lak. Lepas setel keje di Kuantan, dia terus ke Kota
Bharu untuk amik anak teruna aku yang tengah seronok bercuti di rumah tokmanya.
Almaklumler, cuti sekolah dah nak habis..baju sekolah dia pun belum beli lagi.
Majlis sebelah lelaki buat sabtu minggu seterusnya.
Disebabkan ituler, aku amik cuti direct seminggu. So, sabtu (26.12.2015), untuk
majlis walimatulurus sebelah lelaki, sekali lagi aku jadi bidan terjun makeup
Aishah. kihkih
Tema purple
Walaupun, tempoh masa untuk persediaan kenduri ni agak
terhad, berkat kerjasama kami 10 beradik dengan ipar2 yang komited,
Alhamdulillah, majlis perkahwinan Aishah ni berjalan lancar...
Pagi Ahad, aku bangun awal sebab nak mengemas barang. Lepas
breakfast, dalam pukul 8.30 pagi..aklu terus gerak balik ke Bangi. Alhamdulillah,
jalan masih clear walaupun kereta banyak..pukul 1 petang, aku selamat sampai
Bangi..En faiz yang bergerak dari kota bharu malam tadi pun sampai dalam pukul
12 tengahhari tu. Dia singgah Kuantan dulu malam tu sebab hantar adik dia.
Lepas sarapan pagi, baru dia gerak dari Kuantan ke Bangi..
Sampai rumah, aku kemas apa yang patut dan makan
tengahari..pastu, aku terus pengsannnnnn.........fuhh..satu minggu yang
memenatkan.................
Huhuhu..malasnyer nak keje lepas seminggu cuti...
No comments:
Post a Comment