Esoknya, pukul 8 pagi kami keluar dan terus ke rumah abang aku yang terletak tak jauh dari Exit Tol Simpang Pulai. Lepas serah kunci, kami terus gerak naik ke Cameron Highlands guna jalan Simpang Pulai.
Disebabkan masa tak banyak, kami hanya singgah ladang teh Cameron Valley, Lavender Garden, Big Red Strawberry Farm dan Ladang teh Cameron Bharat. Pastu, kami terus turun lalu jalan Tapah.. Sampai Bangi dah pukul 9 malam. Pengsan terusss..huhu
Destinasi 1 - Ladang Teh Cameron Valley.
Cameron Valley ni terletak sebelum sampai Tringkap. Masa kitorang sampai ni, awal lagi dalam pukul 10 pagi. so, tak ramai orang ler..
Destinasi ke 2 - Lavender Garden
Lavender Garden ni terletak tak jauh dari Cameron Valley tadi. Sekiranya dari Simpang Pulai, lokasi Lavender Garden ni terletak sebelum Tringkap.
Dari jauh boleh nampak logo besar Lavender Garden tu
Zoom dekat sikit. Yang beratap putih tu hingga ke atas bukit tu semuanya Lavender Garden. Walaupun berbukit, tapi laluan dia agak selesa untuk didaki
Kaunter bayaran. Dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Sila abaikan model tu yer )-
Masuk dari bawah tu. Ni kat bahagian atas first level..
Mama nak gak bergambar dgn anak2
Berjaya gak muatkan semua walaupum yana nampak muka je..hihi. Maklumler takde monopod,...hmmm
Lepas kawasan pokok lavender tadi, kita akan lalu lorong ni untuk naik ke level seterusnya.. cantik je view pokok2 kat sini
Pokok seri pagi ni memang ditanam kat lereng bukit antara lorong yang akan kita lalu..
Ni ruang untuk 'Love Chain'
Rumah labu..
Lepas lorong hijau tadi, kita akan sampai kawasan kafe..kat hujung kafe, ada ruang ni..cantik kan? Yana tu gigit jari sebab takut tinggi..ler, gayat rupanya..huhu
Lepas tu ada area hobbit ni lak... yana takde dalam gambar sebab takut gayat nak berdiri tepi pagar tu.
Sempat lagi diorang pujuk abah belikan aiskrim strawberry kat sini..
Ni area yang kat atas lagi..Ada kincir air lagi
Nampak belakang tu? hihi..ladang daisy.. boleh petik kalau nak beli. Sekuntum RM2.
Antara pilihan yang ada..
Aku pilih 6 kuntum. Dapat beli 5, dapat free 1.
Destinasi 3 - The Big Red Strawberry Farm
Lokasi wajib untuk bergambar
Ni gambar masa kitorang datang Cameron tahun 2013. Masa ni yana kecil lagi. I dan En Suami pun masih bersaiz agak kecil lagi..kihkih
Cukup2 tiga..mmmm
Adik tak cukup tinggi lagi. So, berdiri kat tengah jer.
Posing lagi.. siap paksa mama ambil gambar
Layan je ler.
Celah-celah pokok salad. Kat sini, diorang akan petik pokok salad yang dah besar dan terus jual. Satu pokok RM3. 2 pokok RM5.
Kat atas sekali ada cafe. Dalam banyak-banyak makanan, maggi yang diorang pilih... Tapi, best woo makan maggi panas2 time sejuk2 ni..hihi
Cake untuk besday boy
Tu dia...semua berkonsepkan strawberry..
Besday boy tengah makan kek... :)
No comments:
Post a Comment