Fobianya aku dgn
perkataan ‘bibik’ ni…sebut je perkataan keramat tu pun dah membuatkan hati aku
menggelegak….aku ingatkan boleh tenang lepas hantar dia balik tempoh hari…
tapi, rupanya isu tak selesai lagi walaupun dah sebulan lebih dia lenyap dr pandangan
aku ni (view entry http://af-aziey.blogspot.com/2013/02/dugaan-allah-buat-hambanya.html)… sbbnya masih ada 3 kotak besar dan 1 beg barang-barang dia kat rumah
aku.. masa balik tempohhari, dia hanya boleh bawa 2 beg sbb hadberat luggage
hanya 25kg je… kalau nak bawa semua barang dia, mahu dkt 100 kg kot…
Jadi, dia suruh
kitorang hantar barang dia melalui pakcik dia yg keje kapal (nama pakcik dia ni
pakcik Aziz). Masalahnya, pakcik dia tak dapat datang Malaysia selama 2 bulan
sebab kapal dia rosak… maksudnya dlm bulan 5 ni baru pakcik dial eh sampai kat
port kelang tu… pastu dia suruh kirim kat kwn pakcik dia..masalahnya, contact
kawan pakcik dia pun dia takde….takkan le aku nak pass barang dia kat sesape je
di port kelang tu…bongok gak bibik ni..
Terbaru lak,
makcik sebelah rumah aku cakap yg bibik call dia inform yg dia dah masuk
Malaysia dan dapat keje as pembantu rumah. Pelik kan sbb setahu aku sepatutnya
dia takleh masuk semula Malaysia dalam tempoh 3-6 bulan lepas dia balik. Tempoh
tu dinamakan cooling period…tapi, maybe makcik dia yang merangkap agen dia ni ‘pandai’
berurusan dgn pihak imegresen kot… Tapi,
aku kesian kat majikan baru dia memikirkan betapa malangnya majikan ni yang
akan diperdaya hidup-hidup dengan kepura-puraan kebaikan, kejujuran yang
akhirnya kepercayaan tu akan dibalas dgn #%#%#%#.(sakitnya hati bila aku
teringat balik apa yg bibik buat pada aku….)hisshhh!!!
Bibik siap tanya kat makcik tu psl barang dia..kot-kot le makcik tu nampak
aku lempar barang2 dia ke..(dia ingat aku zalim mcm dia kot…aku still ada hati
perut utk simpan barang2 dia yg aku anggap sbg amanah…). Pastu, dia ngadu yang
kitorang tak tunai janji nak hantar brg dia..isshhhh!!!!, sakitnya hati aku
dengar statement dia…barang2 dia tupun kebanyakannya pemberian aku n jiran2.
Masa dia datang rumah aku dulu, dia hanya bawa 1 beg kecil…that’s mean barang
dia yg berkotak2 tu semuanya belas ihsan aku, jiran2 and family aku yg termakan
dek cerita sedih kesusahan keluarga dia…
Aku cuba call pakcik Warkim yg jaga anak dia di Medan. Pakcik Warkim ni
adik mak bibik dan dia yg selalu uruskan hal anak2 bibik ni. Bila aku tanya
mana bibik Yani, pakcik Warkim cakap yg bibik Yanie balik rumah hanya 2, 3 hari
je, kemudian terus hilang, Aku call pula Ibu Nora untuk tanya mana si Yanie (Ibu
Nora ni sorang lagi makcik bibik yg juga agen dia, yg mana suami ibu nora ni
keje jadi staf kapal laut-kelasi le kot). Dia kata ngak tahu.. tapi, kemudian dia tanya psl duit baki
gaji bibik sbb dia kata bibik yanie pinjam duit dia.. aik, tadi kata takde
jumpa yanie, then kata yanie ada hutang dia lak…mana satu yg betul2 ni? Mmmg
dasar penipu le diorang ni!!!! Last2, kantoi yang bibik dah masuk Malaysia dgn
bantuan Ibu Nora ni… semua kos utk masuk Malaysia ditanggung oleh Ibu Nora
dahulu sbb bibik Yanie ckp kitorang akan bayar pada Ibu Nora guna duit gaji dia
yg masih aku simpan dlm RM2000 lebih. Gullpp!!, tersirap lagi darah aku dgr
yang bibik putar belitkan cite yg aku berhutang dia sebanyak tu sdgkan baki duit
dia pada aku hanya RM1000. Duit tu kitorang simpan utk uruskan kos penghantaran
barang2 dia yang setimbun tu and balance tu baru aku akan hantar pada dia
melalui akaun pakcik Warkim..at least ada rekod kemasukan duit..sebelum ni pun,
bibik hantar duit balik kampung melalui akaun pakcik warkim ni…
Hehe..korang faham ke cite aku ni?? Tak pasal2 korang kena mengenali sanak
saudara bibik ni..hahaha….biar korang lak pening cam kepala otak aku yg tgh
serabut ni..kuikuikui.
Dah ler tu, lagi banyak aku membebel psl bibik, lagi mendidih hati aku
ni….anyway, aku still tgh risik2 ngan kekawan laki aku yg keje kat imegresen
kalau diorang dapat cari lokasi bibik ni keje..at least aku boleh le bagi amaran
pada mereka yg berkenaaan supaya berhati-hati ngan bibik ni..mana le tahu,
rupa-rupanya bibik ni keje ngan korang ke, sedara korang ke…kalau nak selamat,
pasang le CCTV utk langkah keselamatan…tak kisah kot melabur dlm RM1K, asalkan
tak rugi beribu2 macam aku ni…diorang ni sebenarnya pencuri terlatih dan hati
kering. Selagi takde bukti jelas, diorang takkan mengaku diorang curi..tapi,
kalau dah terkantoi, baru cakap..’maaf bu, saya salah”. Dan kita ni warga
Malaysia, terus lembut hati dgn rayuan kemaafan diorang….
Ni ler gambar bekas bibik aku ni… nama masa dia keje ngan aku NURHAYANI
(diorang ni boleh ubah2 nama dalam passport ikut suka mak bapak diorang, kalau
nama diorang dah blacklist, diorang tukar nama lain dlm passport utk bolehkan
diorang masuk Malaysia), asal Medan. Umur dlm 40 tahun (umur pun diorang boleh
tipu tau), anak 3 org, pakai gigi palsu (hehe..perlu ke info ni? Tapi, satu
side je... x sure gigi atas or bawah…aku sedar dia pakai gigi palsu pun sbb dia
suka main keluar2kan gigi tu..pengotor!) Kalau korang terjumpa bekas bibik aku ni kat rumah sedara korang or kawan2 korang, sila le pesan suruh sedara or kawan korang tu psg CCTV utk precaution....
No comments:
Post a Comment