Wednesday, March 13, 2013

Setelah sebulan lucutnya jawatan 'ibu berpembantu'

Fuhh... hari ni genap sebulan sejak status ibu berpembantu yang aku sandang hampir 6 tahun dilucutkan pada 14.2.2013 yang lalu (lebih kurang dlm pukul 11 pagi kot..hehe, siap ada time lagi) disaat aku declare kat bibik yg aku stopkan khidmat dia sebagai bibik aku dan aku suruh dia packing barang sbb petang tu jugak dia kena balik ke Medan.

Kalau sebelum ni, aku ada story psl kecelaruan hidup aku yang bak dilanda puting beliung (dalam entry http://af-aziey.blogspot.com/2013/02/tabik-buat-suri-rumah-yang-berjaya.html), tapi Alhamdulillah berkat doa insan2 yang tertentu dan kesabaran anak-anak dan si suami melayani puting beliung, keadaan jadi lebih baik.. puting beliung pun dah berubah jadi angin sepoi-sepoi bahasa...(hehe..sepoi tu still ada menandakan time2 si emak naik angin bila anak2 buat hal..)

Thanks pada penasihat2 tak rasmi yang banyak memberikan nasihat dan bimbingan utk aku menjadi ibu yang lebih baik... Ma yang tak bosan menelefon dan bertanyakan keadaan anak-anak, Kak Yana (KY) yang banyak menyuntik semangat (actually, KY ni kawan ofis aku, merupakan ibu kepada 7 cahayamata, pernah berpengalaman dengan bibik, dan banyak pengalaman hidup), dan individu2 lain yang menyokong aku secara langsung n x langsung...

Dan untuk mengelakkan angin sepoi2 bahasa bertukar menjadi puting beliung, aku terpaksa ubah beberapa corak hidup contohnya:

- Heavy breakfast jadi simple breakfast: klu dulu aku prepare nasi goreng, mee goreng, etc..skrg aku just prepare roti disapu mayonaise. Itupun aku dah letak siap2 dalam tupperware supaya amar n meera boleh proceed breakfast di sekolah klu tak sempat habiskan roti di rumah.. Air milo pun dibekalkan dalam bentuk air kotak..Thanks MILO kerana memudahkan hidup kami sekeluarga!!!

   
hehe, nasi goreng dah jadi sandwich je,.. 
..
.
 
(Sumber gambar: http://theresilientchef.wordpress.com/2012/03/04/nasi-goreng/ &  http://mamawandiha.blogspot.com/2010/02/tempahan.html)

- Basuh baju 2 hari sekali: tapi, aku terpaksa tambah stok keperluan pakaian sekolah anak2 supaya mencukupi ..tudung sekolah pun kena tambah gak..pelaburan yang berbaloi kot bagi aku..kalau boleh, aku nak anak2 ada 5 set pakaian sekolah, so aku boleh basuh sekaligus hujung minggu...tapi, membazir lak kan?

- Anak-anak belajar berdikari: kalau sebelum ni, semua nak mama or bibik buatkan, sekarang anak-anak kena buat sendiri. Bagus gak sbb diorang dah boleh berdikari..mama hanya pantau apa yg diorang buat..kalau tak dipantau, lagi hancus!!! Bila disuruh mandi, diorang siap basuh baju lagi... then sabun mandi habis dibelasah, kononnya nak buat buih banyak2...

Betul kata falsafah "setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya". Kalau tak terlucutnya jawatan "ibu berpembantu", aku takkan belajar utk jadi suri rumah berkerjaya yang berjaya (ntahler bila nak berjaya tu, huahua)...

Kalian doakan sekali yek semoga aku terus tabah dalam meniti kehidupan ini, Aminnnnn....

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.