So, jom kita settlekan task ni..apa pandangan aku tentang
Bisnes Online ni? (huhuhu..rasa macam buat esei lak)
Bagi aku, Bisnes Online ni merupakan satu lagi cabang perniagaan yang
boleh diterokai oleh mereka yang berminat dalam dunia bisnes. Maklumler, dalam
zaman yang mana teknologi siber makin berkembang pesat, pelbagai teknologi dan
aplikasi telah dibangunkan seperti facebook, twitter, blog dan macam2 lagi...bagi
mereka yang berkemahiran dalam bidang internet, semua aplikasi ini boleh
digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan pembeli, pengguna yang berpotensi..
Sumber gambar: http://shinoxyuna.blogspot.com
Bagi mereka yang ingin menceburi Bisnes Online, mungkin
tips2 berikut perlu diambikkira:
~ Peka pada perkembangan teknologi. Peka dan pandai mengambil
peluang di atas setiap perkembangan teknologi. Dalam aspek ni, aku fail kot sbb en suami ckp yg aku ni golongan buta IT..huhuhu
~Kreatif. Kreatif ni boleh diterjemahkan dalam banyak aspek.
Salah satunya, kreaftif dr segi promosi produk seperti yang dilakukan oleh Superibu. Sekiranya Superibu tidak
menganjurkan contest ni, aku takkan tahu kewujudan blog vitaminibu.com serta blog penaja2
lain. Jadi, congrates pada superibu dan penaja2 di atas kreativiti mereka
ini!!!
~Komitmen. Berbeza dgn bisnes biasa, kita akan ada pembantu
yg membantu kita menguruskan bisnes ini. Namun, selalunya bisnes online adalah lebih
kepada urusan persendirian kerana kitalah bos merangkap kuli . Jadi, komitmen tinggi kita adalah diperlukan.
Bisnes online juga makin dipandang oleh orang ramai..cthnya, kalau dulu aku tak percaya sangat bisnes online ni sbb takut diperdaya, namun lepas
dengar pendapat beberapa pengguna lain, aku dah berani buat pembelian dari internet
seperti Groupon, Street Deal, etc.
Bagi aku, pemilik bisnes online ni juga kena pastikan apa
yg dimuatturun dalam medium bisnes diorang boleh mendapat kepercayaan pengguna
seperti masukkan maklumat utk dihubungi, testimonial, nombor pendaftaran syarikat
(sekiranya ada), etc...kalau pengguna percaya, barulah mereka akan berminat untuk berurusan dengan kita, tak gitu?
PM Datuk Seri Najib Razak pun galakkan rakyat untuk manfaatkan
internet untuk jana pendapatan seperti dalam keratan akhbar ni..
Sumber gambar: http://norazizahsudin.blogspot.com
Mereka yang telah ada bisnes sendiri, boleh manfaatkan
teknologi internet untuk promosi produk mereka disamping manfaatkan teknologi sediada
untuk membuat jualan secara internet tanpa memerlukan pengguna pergi ke premis
mereka.
Sumber gambar: http://shinoxyuna.blogspot.com
Risiko tetap ada bagi semua bentuk perniagaan. Oleh itu, aku
rasa tak salah mencuba pelbagai kaedah dalam memastikan kejayaan bisnes kita....
bagi aku, “setiap usaha yang bersungguh2 dan diiringi dengan doa, pasti akan
membuahkan kejayaan kecuali dengan takdir Ilahi”. Ituler falsafah yang aku
pegang dr kecik lagi... sekiranya kita dah berusaha dan memohon padaNya,
namun kita tidak berjaya juga, jangan kecewa..kerana Dia lebih tahu apa yg
terbaik buat kita..mungkin Dia juga telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk
kita di masa hadapan, InsyaAllah.
Mmm, tu je kot yg terlintas dalam otak fikiran aku di saat
tangan menaip ni...:)
Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.
4 comments:
Salam Aziey.
Tahniah atas penyertaan entry untuk task 1. Isi yang padat dan menarik.
Just nak inform,InsyaAllah task 2 akan bermula esok 19/11/2013.
Nantikan update di www.superibu.com
Good luck :)
Thank you sis!!
InsyaAllah, saya akan terus support contest ni... byk yg sy belajar psl bisnes online dr contest ni..:)
Tahniah di atas kelayakan tuan/puan untuk task ke-2
semoga berjaya :)
http://www.pretty0blossom.com/set-mengandung-shaklee-super-jimat/
Tq infonya sis, memang boleh buat duit dengan bisnes online ni...
Post a Comment