Tuesday, December 2, 2008

Kehidupan yang makin berubah...

Aku MC hari ni... so, aku pun surf le internet yang hubby aku baru je connect 2 hari lepas...katanya untuk mudahkan aku buat keje sebab sibuk sangat dengan keje.

Actually, banyak yang makin berubah dalam kehidupan aku hari ini...

Aku bleeding baru-baru ni. So, tadi aku pegi klinik buat check-up. Doktor kata kandungan aku okay, cuma uri kat bawah. so, senang nak bleeding kalau aku lasak sangat. Dr nasihat aku banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti keje yang lasak2. Macam manaler aku nak relaks kalau satu hari tu bos asyik panggil aku turun bilik dia dekat 10 kali. Dah ler bilik aku level 3, dia level 1. Kalau ada lif, takpe le gak.. Ni aku kena turun naik tangga... Tu, tak kira lagi kalau big boss yang panggil... tension aku... aku sebenarnya dah bosan dengan keje aku ni..tapi, aku sayang nak tinggalkan keje ni...mungkin belum masanya aku tinggalkan keje ni lagi..

Cma pun dah start keje kat area KLCC. Wanie lak dah tukar keje ke terengganu. Makin susah ler kitorang nak berkumpul. Kalau dulu, mudah je aku panggil diorang lepak umah aku hujung minggu, tapi, sekarang, amar tak dapat lagi nak main dengan auntie2 dia ni... hanya bibik je yang teman dia..

Lagi 5 bulan aku akan deliver baby dan amar farouq akan jadi abang. Macam mana le amar nak terima hakikat yang dia dah ada adik yang menyebabkan perhatian mama dan abah padanya kurang sedikit? aku harap aku dapat handle situation yang berlaku kelak....aku juga harap baby dalam perut aku ni sihat dan lahir dengan selamat nanti, InsyaAllah...

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.