Wednesday, November 27, 2013

Berubah wajah

Aik..betul ke blog af-aziey ni? Selalunya muka amar farouq yg menyambut korang kan... tapi kali ni jambangan bunga lak yang jadi penyambut blog...
Haah, betul le tu... Bermula 25.11.2013, blog af-aziey berubah wajah dari background kelabu hitam ke hijau alam. Nape tetiba tukar? Hehe...sajer je nak tukar mood..lagipun tak adil lak kat meera and yana sebab muka amar je jd cover.. tul tak?

Ni ler gambar anakanda amar farouq yang menjadi header blog untuk sekian lama...
masa ni amar baru 2 bulan rasanya..

Actually ni kali ketiga aku tukar background. Tapi ini kali pertama aku amik warna background yang bukan warna favourite aku (aku suka warna hitam)... Gambar header tu lak ni kali pertama aku tukar.

Moga korang suka dgn perubahan ni..hehe, tak suka ke? tapii, mmmm...aku suka je sebab mcm cute je..mcm comel je..hikhik... (mood tengah tak berapa normal ni..hehe.)

Sunday, November 24, 2013

Bisnes Online pilihan Af-Aziey dan Income yang Af-Aziey impikan dari bisnes online

Hmmm…task 2 ni buat aku termenung sekejap fikirkan sesuatu yang pernah aku impikan suatu ketika dulu. 

Bisnes online pilihan Af-Aziey

 www.diytravelogue.com
Habis je study degree, aku terus sambung Master di UKM . Time  tu, mmg banyak masa free. Almaklum ler masih bujang, duduk plak jauh dari keluarga.. Disebabkan aku minat dengan dunia bakery, aku selalu tolong mak kawan aku buat kek, tart dan macam-macam lagi.. kadang2 kami kena buat sampai 2000 biji tart buah sehari..walaupun penat, tapi aku enjoy sangat sebab minat kot. Bila nak raya, aku suka sangat buat biskut raya terutamanya biskut almond london. Bila tengok hasil tangan aku tu, aku memang pasang impian untuk buka bakery. Tapi, lepas kawin dan sibuk dengan anak-anak, impian tu tersimpan rapi di lubuk hati aku. Oven pun aku dah lama tak sentuh..hehehe.

So, task ni membuatkan aku membuka semula lubuk hati aku melihat impian lama aku semula..terbayang Bakery Af-Aziey yang berjaya mengambil tempat di dunia bisnes online suatu hari kelak. InsyaAllah, semoga impian ini termakbul suatu hari kelak. 

Income yang Af-Aziey impikan dari bisnes online

Berbicara pasal income yang diimpikan lak, aku rasa semua orang nak income yang lumayan..tul tak? 
Income yang membolehkan kita memiliki sebiji istana idaman...
www.emirates247.com










Income yang membolehkan kita bergaya dengan kereta mewah..









Mmm, kalau aku lak...boleh tak kalau aku cakap yang aku nak impikan seperti dalam lirik lagu  kalau aku kaya’ nyanyian Altimet feat dan Awi Rafael. Ni liriknye..

Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih

Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis aku tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Walaupun nampak macam sempoi je, tapi lirik lagu ni menarik sebab banyak yang tersirat sebenarnya. Yang aku highlight merah tu, adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan sekiranya kita kaya kelak… sebabnya kekayaan ni selalu buat kita alpa kan?

Kaylah, berbalik pada skop ‘apa yang Af-Aziey impikan dari bisnes online’, ada beberapa perkara yang aku impikan...antaranya;

i.                    Rezeki yang halal.
            
Walaupun tak banyak tapi cukup untuk bantu suami menyediakan keperluan hidup yang selesa untuk kami sekeluarga..sebolehnya income itu sama dengan gaji sekarang supaya boleh cover semua perbelanjaan keluarga..bayar loan rumah, loan kereta, personal loan, kos sekolah anak-anak, makan-minum anak-anak, duit belanja untuk mak di kampung dan cukup untuk simpanan hari tua..
Dan juga cukup supaya aku tak stress dengan masalah kewangan macam kucing ni..sian aku tengok kucing ni stress..huhu 

 (sumber: http://omjek.com)

ii.                  Rezeki yang konsisten
           

Aku pasti semua orang nak income yang masyuk setiap hari atau setiap bulan. Tapi, sebenarnya susah nak pastikan amaun income yang kita perolehi tu. Apapun, kita mesti berdoa dan berusaha agar diberikan rezeki yang bertambah setiap hari.


Selain dari income yang halal dan menguntungkan, ada benda yang lebih penting bagi aku iaitu tanggungjawab aku as a wife and mother. Lagipun, harta yang lebih bernilai bagi aku adalah keluarga yang bahagia..

Macam padan je gambar ni nak gambarkan family aku..maklumler si abah dan si mama pun dah tembam mcm pingu ni..hikhik..

Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja, dan ini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Ada juga manusia yang bijak dan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam tetapi rezeki mereka sedikit. Ada juga yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Walau apupun yang kita impikan, kita tetap kena ingat bahawa rezeki ni dari Allah. Yang penting, kita mesti bersyukur dengan apa yang diberiNya. Rezeki,ajal dan jodoh dah tertulis di luh mahfuz dan dan segalanya diadaptasikan menjadi erti kata lain sebagai takdir.

Hehe, dah panjang aku melalut ni.. Sebenarnya, sejak join contest ni, aku makin aktif blogwalking ke blog blogger lain..makin banyak informasi yang aku dapat pasal dunia bisnes online ni. Terdetik juga di hati untuk buat business online ni. Maybe suatu hari nanti aku akan buat kot, biar masa yang tentukan kelak…:) 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Monday, November 11, 2013

Amar farouq dah tamat tadika

Habis je majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2013 Pasti Ar-Raudah Seksyen 5, aku terus taip entry utk kisah ni. Cadang nak terus upload, tetiba pasal apa tah, aku tak sempat nak publish..so, tekan save je.. dan akhirnya, hari ni baru sempat tgk balik..huhuhu...citer pun dah basi..tapi, aku nak post gak supaya kisah ni diabadikan di blog ni... 

Majlis ni berlangsung Ahad lepas mcm yg korang leh tgk kat kain rentang dlm picture di bawah ni....

Kami sampai kat tempat tu dlm pukul 8 pagi..lambat dari plan asal sebab dok melayan karenah anak2 ...nak bangun pagi pun susah, maklum ler pagi tu hujan renyai2, so sedap ler tido...

macam biasa, si abang dgn muka masam, si meera lak senyum je.. ni gambar sebelum meera dan amar dikumpul dengan pelajar2 lain.. aku, en suami, bibik dan si kecik yana kena masuk dalam dewan..

Ibubapa dpt ler tgk persembahan anak masing2. Amar buat persembahan nasyid, meera lak buat persembahan nyanyi lagu ikan kekek dan lompat si katak lompat. hehe..comel je budak2 kecik ni buat persembahan.. ada gak yg overexcited dapat microphone sampai tak nak lepas mic tu walaupun dah habis nyanyi..amar lak siap lambai2 kat aku masa tgh buat persembahan tu..huhu, xpelah, yg penting diorang berani utk berdiri diatas pentas tu..tul tak?

Lepas 2 jam tgk persembahan budak2 ni, tiba masa utk penyampaian hadiah dan penyampaian sijil tamat belajar utk pelajar 6 tahun..

amar masa tgh amik sijil..muka toyo je...hikhik

posing dgn kawan jap..

hero kesayangan abah ni .:)

masa penyampaian hadiah utk prestasi tahun 4, terkejut beruk aku bila dengar pengumuman yg tempat ke3 adalah Nur Ameera Farhana. Aik??  betul ke nama yg disebut tu nama budak yg selalu je ponteng sekolah? haah..betul le!! anak aku yg naik pentas tu..dan gambar bawah ni ler buktinya...

tak caya gak aku bila tgk meera naik pentas..(mode terharu :) )

bukannya aku tak percaya pada kebolehan si meera ni, cuma meera ni jarang buka buku di rumah. Yg aku nampak tiap2 hari, si meera ni suka melukis dan mewarna je. Apa pun, Alhamdulillah...

mama bangga dengan meera !!!!!

gaya favourite meera...konon2 nye kiut le tu...hihihi

Meera dan rakan2 seangkatan 4 tahun..

Buat amar dan meera, tahniah kerana berjaya menamatkan satu tahun pembelajaran korang.. 
tahun depan, amar dah masuk sekolah rendah..susah hati mama bila fikirkan camner le dia masuk darjah 1 nnt...huhuhu
si meera lak akan sambung belajar kelas 5 tahun di Pasti Ar-Raudah gak next year... hopefully, anak2 akan menjadi muslim/muslimah yang berjaya dunia akhirat, InsyaAllah...

Sunday, November 10, 2013

Bisnes Online menurut pandangan Af-Aziey.

Entry ni adalah assignment utk first task bagi Contest iPhone 5S. Aku saje je cuba-cuba hanter entry hari tu. Tak sangka lak terpilih antara 31 blogger yg mana kebanyakannya adalah otai2 blogger. Apa pun, thanks to penaja2 yg sudi memilih entry aku tu...:)

So, jom kita settlekan task ni..apa pandangan aku tentang Bisnes Online ni? (huhuhu..rasa macam buat esei lak)

Bagi aku, Bisnes Online ni merupakan satu lagi cabang perniagaan yang boleh diterokai oleh mereka yang berminat dalam dunia bisnes. Maklumler, dalam zaman yang mana teknologi siber makin berkembang pesat, pelbagai teknologi dan aplikasi telah dibangunkan seperti facebook, twitter, blog dan macam2 lagi...bagi mereka yang berkemahiran dalam bidang internet, semua aplikasi ini boleh digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan pembeli, pengguna yang berpotensi..


Bagi mereka yang ingin menceburi Bisnes Online, mungkin tips2 berikut perlu diambikkira:

~ Peka pada perkembangan teknologi. Peka dan pandai mengambil peluang di atas setiap perkembangan teknologi. Dalam aspek ni, aku fail kot sbb en suami ckp yg aku ni golongan buta IT..huhuhu 
~Kreatif. Kreatif ni boleh diterjemahkan dalam banyak aspek. Salah satunya, kreaftif dr segi promosi produk seperti yang dilakukan oleh Superibu. Sekiranya Superibu tidak menganjurkan contest ni, aku takkan tahu kewujudan blog vitaminibu.com serta blog penaja2 lain. Jadi, congrates pada superibu dan penaja2 di atas kreativiti mereka ini!!!
~Komitmen. Berbeza dgn bisnes biasa, kita akan ada pembantu yg membantu kita menguruskan bisnes ini. Namun, selalunya bisnes online adalah lebih kepada urusan persendirian kerana kitalah bos merangkap kuli . Jadi, komitmen tinggi kita adalah diperlukan.

Bisnes online juga makin dipandang oleh orang ramai..cthnya, kalau dulu aku tak percaya sangat bisnes online ni sbb takut diperdaya, namun lepas dengar pendapat beberapa pengguna lain, aku dah berani buat pembelian dari internet seperti Groupon, Street Deal, etc. 

Bagi aku, pemilik bisnes online ni juga kena pastikan apa yg dimuatturun dalam medium bisnes diorang boleh mendapat kepercayaan pengguna seperti masukkan maklumat utk dihubungi, testimonial, nombor pendaftaran syarikat (sekiranya ada), etc...kalau pengguna percaya, barulah mereka akan berminat untuk berurusan dengan kita, tak gitu?

PM Datuk Seri Najib Razak pun galakkan rakyat untuk manfaatkan internet untuk jana pendapatan seperti dalam keratan akhbar ni..

Mereka yang telah ada bisnes sendiri, boleh manfaatkan teknologi internet untuk promosi produk mereka disamping manfaatkan teknologi sediada untuk membuat jualan secara internet tanpa memerlukan pengguna pergi ke premis mereka.


Risiko tetap ada bagi semua bentuk perniagaan. Oleh itu, aku rasa tak salah mencuba pelbagai kaedah dalam memastikan kejayaan bisnes kita.... bagi aku, “setiap usaha yang bersungguh2 dan diiringi dengan doa, pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdir Ilahi”. Ituler falsafah yang aku pegang dr kecik lagi... sekiranya kita dah berusaha dan memohon padaNya, namun kita tidak berjaya juga, jangan kecewa..kerana Dia lebih tahu apa yg terbaik buat kita..mungkin Dia juga telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, InsyaAllah.

Mmm, tu je kot yg terlintas dalam otak fikiran aku di saat tangan menaip ni...:)

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Thursday, November 7, 2013

Bangi Gateway: Port baru utk bersantai dgn family

Cuti selasa lepas, aku ajak en suami pegi Bangi Gateway.. saje nak tgk shopping complex baru ni. Rasanya baru buka dalam 2 bulan kot.. 

Ni ler rupa Bangi gateway dari jalan besar.. aku snap gambar ni masa on the way balik rumah dr keje.. hehe..

Actually, banyak lagi kedai yang tak dibuka.. rasanya baru 40% kot yang dah buka..

Ni view dari level 1, level ground ni masih kosong...tapi, ruang legar dia mmg besar.. anak2 aku berlari2 kat tgh2 tu..
kat lrg tgh bhgn ke belakang sket tu, ada stall icecream, coolblog, tokoyaki, n mcm2 ler..boleh makan2 sambil lepak2 kat tempat duduk sekeliling tiang2 tu...

Ni escalator nak ke level 2 plak..

MPH pun ada... 

Ni kat Level 3 rasanya... baru buka..pusat mainan Molly fantasy.. mmg syurga anak2 ler..

Tgk..bukan main enjoy diorang bertiga mengadap mainan bowling tu.. pekerja kat sini pun bagus..
Haa..nampak view kat blkg tu??? Klu anak2 enjoy di sini, si emak lak enjoy di belakang tu..hehe..jap gi aku story yek..

Ini ler banner 'opening promo' utk MollyFantasy tadi...anak2 aku tergolong dlm early bird promotion ler...rasanya 2000 pelawat terawal kot..macam2 gak gift yg dapat..

Ini ler yg dinamakan heaven si mama..ARCADE FASHIONISTA !!!!! Jom mama2 datang window shopping kat sini...banyak pilihan wooo..

Aku sempat gak beli sepasang baju kurung di Booth A9-Gerobok Ellmari. Dari harga RM129, adik tu bagi RM70 je..berbaloi2..  disbbkan aku puas hati dgn servis adik tu, aku cakap kat adik tu yg aku akan mention psl booth dia kat blog.. hehe, dah tunai janjikan? Korang pun dialu2kan ke booth adik ni,..nama dia Nor Eloni... 

Haa..tgk!!! ada lebih kurang 50 booth kat sini yg menyediakan pelbagai produk..baju kurung, blouse, baju kanak2, batik, tudung, beg, kain pelikat, aksesori dan mcm2 lagi ler..nak tahu. korang datang ler sendiri yek.. 
aku pun sempat masuk dlm 5 booth je sbb en suami dah suruh balik.. apa taknya, klu aku lama kat situ, maksudnya, anak2 aku pun lama le lepak kat MollyFantasy tu.. dan ini menyebabkan poket en suami makin kosong disebabkan kena bayar game anak2 dan bayar hasil borongan aku...hihihi..anyway, thanks abang!!! 

Haa..datang le weekend ni... ada upin-ipin, ada heliza lagi.... hehe, promo ni...ala, anak2 korang mesti suka kan...

Ni shopping mall Jaya Grocer.. mahal sket dr Econsave, tapi okayler..ada gak brg yang lebih murah dr econsave.. kena pandai gak survey harga kot..cuma, yg penting kualiti barang memang terbaik.. buah2an, sayur2an mmg segar.. sama standard macam Aeon dan ColdStorage kot..

Ni view dalam Jaya Grocer.. aku beli ayam panggang dalam tu.. sedap!!!!! (sibuk je amar dan meera posing kat situ..huhu)

So, sesaper yg masih belum jejak kaki ke sini, pegi ler... anak2 pun enjoy bersantai di sini.. cuma, aku dengar yg surau kecik. hmm..aku x masuk surau plak sbb dah solat siap2 di rumah...tapi, bangi ni banyak masjid dan surau...


Update 18/8/2016: 
Tak lama lepas aku post entry ni, Bangi Gateway dah buat surau baru. Dengar citer memang selesa.. Aku tak pernah masuk sebab selalunya dah solat siap2 di rumah. Maklumler, rumah dalam mukim yang sama.. hihi..
Ni aku tepek gambar surau Bangi Gateway yang aku ambil dari internet. (Sumber: https://twitter.com/amalhisyams)

Dari info google, surau ni kat tingkat 3. 

Nampak besar ruang solat tu

Sumber gambar: https://twitter.com/amalhisyams

Monday, November 4, 2013

Jom santap di Aunty Aini's Garden Cafe

Aduhhh...tension sungguh le update blog via hp ni..apa taknya, panjang lebar aku mengarang story psl Department dating aku di Aunty Aini's  Garden Cafe pd minggu lepas tp bila aku save entry tu, terus hang kat status 'saving'.. tension!!! terpaksa ler taip balik entry dgn mood bengang..huhu..

Sebenarnya, ni kali kedua aku makan di sini.. kali pertama tu masa bulan 0gos yang lalu. Masa kali pertama dtg sini, mmg aku excited sbb cafe ni mmg bertemakan cafe dlm taman. Nampak segar sangat..banyak gak gambar aku snap masa ni..tapi, masa kali kedua sampai sini, aku x snap banyak gambar pun..cuma gambar ni je aku snap..  

Chicken chop dish ni mmg big portion...sampai rasa macam nak muntah je akibat over kekenyangan...huhu

Tu jer ler gambar yg aku snap masa visit kedua ni..

Tapi utk tatapan korang, aku upload sekali gambar2 yg aku snap masa visit pertama ke cafe ni. Jom kita tgk gambar2 yg ada..

Ni ler signboard Aunty Aini's Garden Cafe..

Sempat posing jap dgn Ct di depan pintu masuk ke cafe ni... hehe..
Tak sempat nak amik gambar dgn Kak Yana sbb masa ni dah gerimis..huhu

Tu meja yg kami pilih.. mmg dalam taman kan..

Ni pondok tempat utk makan sambil bersila..

Ni ler info psl cafe ni.. lokasi di Kampung Chelet, Nilai.. Buka dari Isnin to Saturday, tutup on Sunday...

Banyak lagi gambar yg aku snap, tapi aku tak upload sbb takut lak korang boring tgk semua pokok2 kat cafe tu.. huhuhu...yang penting, bagi aku tempat ni mmg relaks dan nyaman bagi mereka yang suka pada kehijauan dan juga sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan...:)

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.