Saturday, September 7, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 6: Appreciation for Juara Mutiara Resort

Tu dia...sampai episode 6 entry psl Tioman ni...korang pun dah muak cite Tioman ni kan..huahuahua..

Actually, entry ni aku buat special untuk Juara Mutiara Resort (JMR) sebagai penghargaan di atas layanan yang baik sepanjang percutian kami di sana…

Apa yang aku suka psl JMR:

i.                     Layanan mesra dari pihak pengurusan
Layanan dr owner JMR suami isteri membuatkan aku rasa mcm dok rumah sendiri je…maybe sbb Ayu ni kwn kepada menantu dia kot…hehe, xlah..pakcik n makcik ni mmg baik…anak2 dia pun okay..x sombong la..
Aku lupa nama Pakcik owner chalet ni..tapi, pakcik ni mmg baik melayan kitorang..hehe thank pakcik!!

Ala, gambar blur..tapi, ni je gambar makcik owner cafe yg aku ada...makcik ni byk duduk di cafe je, uruskan cafe...simple je kan makcik ni, macam mak2 kita di kampung...

ii.                   Perkhidmatan 4WD yang baik
Bila aku baca review blogger yg lain psl kena naik 4WD ke Kg Juara, aku risau gak bila fikir klu 4WD yang disediakan oleh chalet tu x okay…bahaya beb sbb jalan tu curam gak..tapi, alhamdulillah sbb fizikal 4WD tu mmg okay, driver pun bw kenderaan dlm keadaan berhemah… comel gak driver tu..huahuahua…

i.                     Memenuhi semua janji dalam Pakej yang ditawarkan
Kadang-kadang ada pakej percutian ni promosi je lebih tapi, realitinyer byk yg x sama ngan pakej..tapi, alhamdulillah, pakej yg JMR offer semua betul…hehe, sempat lagi aku audit kan..maklumlah, nama pun auditor kan..hehe

ii.                   Berbaloi dengan harga pakej
Untuk percutian ni,  bagi pakej 3 hari 2 malam, aku hanya bayar RM960 untuk satu family (2 dewasa dan 2 kanak2). Disebabkan yana bwh umur 3 tahun, so FOC. Harga ni pun kami dpt selepas diskaun.
Pakej ni termasuk
a)  Return Ferry (Mersing – Tioman – Mersing)
b) Return Land Transport
c) Meals (2xBreakfast + 1xlunch + 1xDinner + 1xBBQ dinner)
d) Snorkeling trip + Marine park – 2nd day
e) 2 nights’ Accommodations: 3 Quad A/cond chalet.
So, consider murah le kan..klu kita nak item B tu pun dah RM50 per trip. Ulang alik dah RM100. Feri lak tambang RM70 bagi dewasa n RM60 bagi kanak-kanak utk perjalanan pegi balik dr Mersing ke Tioman. Snorkeling tu lak, klu kita pakej asing, boleh cecah RM50-RM100 bagi dewasa. Kanak-kanak maybe halfprice le kot…makanan dan minuman kat Tioman ni mahal sket berbanding di tanah besar, maybe sbb kos pengangkutan bahan mentah kot…so, berbaloi le klu makan minum kita dah masuk pakej..lagipun, kos penginapan pun dah termasuk dlm pakej…

iii.                  Makanan yang best
Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan untuk tekak dan perut kami sepanjang 3 hari dan 2 malam di Tioman. Makanan yang JMR provide amat memuaskan selera kami..mmg le tak dapat nak dibandingkan dengan selera hotel 5 bintang, tapi…hidangan yang ala-ala mak kita masak di kampung tu tak menghampakan kami ler.. anak-anak pun enjoy dengan makanan ni. Aku cukup risau dengan amar sbab dia cerewet sangat psl makanan, klu x kena selera dia, mmg dia tak makan..akibatnya, mama yang peninh\g..sebab tu ler mama siap2 bw bekal maggi and roti yang akan digunakan bila kecemasan.. tapi, alhamdulillah..semua makanan yg JMR provide mmg kena selera amar..so, mama x pening le ngan karenah amar…

iv.                 View yang menarik, damai, tenang
Tenang dan damai. Itulah perkataan yang sesuai untuk describe keadaan di sekitar JMR. Biarler gambar-gambar mengambarkan dua perkataan ini…







Gambar2 view byk yg diambil oleh En Najib..Thanks Najib sbb kongsi gambar ni..

Bak kata pujangga, setiap yang wujud pasti ada kelemahan. Begitu juga JMR. Hakikatnya, setiap benda tiada kesempurnaan. Namun kami terima seadanya..walauapapun, kami doakan semoga JMR sentiasa berjaya dalam urusannya..dan personally, bagi mereka yang inginkan percutian yang tenang dan damai tanpa mementingkan prestij, aku amat mencadangkan JMR sebagai lokasi pilihan…hehe, promosi x langsung ni….

Lastly, thanks JMR!!!!!ada rezeki InsyaAllah kitorang datang lagi…

Dan aku rasa entry ni dah jd penamat story psl Tioman....hopefully, 6 episod psl Tioman ni dpt memberi gambaran pada sesapa yg nak mengenali Tioman and Kampung Juara khasnya....

END-


3 comments:

ZalChotz said...

Assalammualaikum, Kak Zie.
Saya Zalila..sy nk tnya skit psl trip Tioman nie..hrp bleh kongsi =D
Akak pkai agent ke utk dtg sni or ada contact person utk dptkn good price?
Trime kasih...

af-aziey said...

Zalila, sorry sbb response lepas setahun...(asyik terlupa jer..hihi)
Akak x pakai agent pun, tapi akak terus deal dgn anak tokey Chalet JMR tu..tak silap akak nama dia Shahrol.. diorang akan uruskan semua program percutian kita sepanjang di Tioman. Zalila boleh contact diorang utk dapatkan quotation pakej percutian.
ni contact chalet JMR:

Juara Mutiara Resort
Kampung Juara
Pulau Tioman, Rompin , Pahang, Malaysia 26800
Phone: 609-4193161/76
Fax: 609-4193163
E-Mail: shahrol@JuaraMutiaraResort.com

Associate Company
Name: Safuan Saridan
Title: Juara Mutiara Resort (HP:+601126732580)
E-Mail: safuan@juaramutiararesort.com

Name: Shahrol Hazri Sani
Title: Marketing manager
E-Mail: +6012-3158057

Name: Sah Rizal Sani
Title: Manager (+60127275402)
E-Mail: rizal@juaramutiararesort

Name: UNIQUE TRAVEL ENTERPRISE
Title: NO 22A, JALAN KE 8/1E KOTA EMERALD, 48000 RAWANG, SELANGOR, MALAYSIA
E-Mail: shahrol@juaramutiararesort.com Fax: 603-60914843



Unknown said...

Snorklg bpe tmpt kak

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.