Monday, September 9, 2013

Bibik baru-belajar bahasa jawa

Dah sebulan lebih kehidupan aku sekeluarga dibayangi kehadiran bibik semula…walaupun agak serik dgn manusia bergelar bibik (refer kes bibik buat hal), tapi disebabkan komitmen kerja, lastly kami ambil juga bibik ni.itupun terjadi secara kebetulan apabila tetiba kawan hubby offer utk ambil sepupu bibik dia yg msuk ke Malaysia secara pas pelancong sosial..

Lepas berfikir, kami decide utk tgk dulu calon tu… ceh, macam nak tgk calon menantu lak…hihihi..lepas tgk, rasa mcm ok..then, hubby pegi pejabat imegresen tanya prosedur pertukaran pas pelancong ke pas lawatan kerja sementara (PLKS). Disebabkan bibik ni dah masuk Malaysia guna pas pelancong, so kitorang kena mohon PLKS melalui JPVisa (Journey Perform Visa). Bukan apa, takut lak imegresen dah tak benarkan prosedur JPVisa ni. Pegawai kat Imegresen kata yg permohonan JPVisa ni boleh dilakukan sebelum September 2013 sbb kerajaan dah tak benarkan lagi JPVisa starting September ni..so, maybe rezeki kitorang kot…Lepas dpt greenlight dr pihak imegresen ni, kami pun mulaler operasi memohon Jpvisa bagi bibik ni, Mula2 rasa mcm remeh sebab kena buat sendiri..tapi, dgn panduan dr beberapa rakan blogger (http://aweng-mamaglam.blogspot.com/2011/07/prosedur-pengambilan-pembantu-rumah.html dan yg lain dah lupa ler…), rupa-rupanya proses ni xlah rumit sgt pun.. Dan Alhamdulillah sekali lagi, aku baru dpt surat dr Imegresen inform yg permohonan kami dah diluluskan….So, bermulalah semula kehidupan aku dan bibik..

Bibik baru ni dari Jawa Tengah, Wonosobo…dia pernah keje as maid kat arab saudi selama 6 tahun dan ni first time dia datang Malaysia.. walaupun berpengalaman tapi susah gak kalau x faham bahasa melayu.. dia minta anduh, pening aku fikir buat apa dia nak anduh..sapa yg patah tangan..rupa-rupanya anduh tu tuala..sebulan ni byk gak bahasa Jawa yg aku belajar..cthnya, sudu tu senduk, senduk tu cangkrong, lipas tu coro, percuma tu gratis,…ishh, pening gak nak makesure aku boleh berinteraksi ngan bibik ni….terpaksa le jugak aku minta tlg dr mr google..dan antara website yg sedikit sebanyak membantu aku spt http://www.familiazam.com/kamus_mel_ja.htm. Kalau korang nak belajar bahasa Jawa, boleh ler jenguk2 website ni..huahua..

Kaylah, korang doa2kan ler semoga jodoh aku n bibik ni panjang…hope kebetulan yg Allah atur utk pertemuan jodoh famili aku dgn bibik ni ada hikmahnya…respon dr anak2 pun okay…setakat ni mereka suka dgn bibik ni.. 


Niler pic bibik baru aku, namanya Kasiyam, umur 41 tahun..berisi sikit kan…:)

2 comments:

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

kak ah pong rasernyer ok dengan bibik ni, kerja pong cekap... kita doa jer yer agar bibik ni benar2 ikhlas kerja dan tak melencong kot laing!

AF-aziey said...

InsyaAllah kak ah...

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.