Tuesday, September 3, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 3: 2nd day program

Sambungan dari Episod 2: 1st day program dan Episode 1:Permulaan cerita....

Disebabkan banyak kawasan berbukit, salah satu sumber air bersih di Tioman adalah dr air bukit. Tapi, air ni tersangatler sejuk...water heater yang hotel provide lak rosak...terus mood aku nak mandi pagi ni terbantut...lagipun, hr ni satu hari program snorkeling..jadi, apa kata kita mandi je di pantai nnt..hehe (sebenarnya malas nak mandi).

Dengan kepenatan smlm yang masih terasa, nak bangun pagi pun rasa malas sgt…tapi, memikirkan nak menguruskan anak2 pun dah ambik masa, aku pun kejutkan cik abg dlm kul 6.30am.. lepas solat, kami mula kemas brg2 yg nak dibw utk program hr ni.. 

Lepas kejutkan anak2 dan bersiap, dalam kul 8 pagi tu kitorang terus gi cafe utk breakfast. Menu yg disediakan pagi tu simple tapi menyelerakan..set nasi lemak. Amar seronok sgt sbb kena ngan selera dia…menu sampingan spt roti, air kopi, teh pun disediakan utk sesape yg nak selera lain..

Lepas makan, kitorang terus ambil jaket keselamatan ..
Anak2 dah ready dengan jaket..

Yana cukup dengki klu mama dan abah nak berdua, mesti dia nak join gak..

Then, kitorang bergerak ke jeti juara…

Jeti juara..bot menunggu di hujung jeti.

posing jap..



sampai je kat bot, tetiba amar ckp dia nak berak..aduh!!!! bot nak gerak dah..last2, anak owner chalet suruh naik motor tayar tiga dia..haa, ni le rupa org nak berak…


Muka dah setel berak..huhu

Dah setel amar berak, kami masuk dlm bot.. actually ada dua jenis bot yg digunakan utk pengusaha chalet bawa pelancong pegi snorkeling iaitu bot laju (sea taxi) dan bot perlahan (sea bus). 

So, disebabkan kitorang ramai, maka kami naik bot perlahan ataupun lebih mudah kami panggil bot nelayan…huahua…tapi, okayler, sbb bot ni besar sket dan tak laju sangat. So, takde le kena mabuk laut..siap ada kabin, so boleh ler anak2 tidur jap…

So, kami mulakan program dengan menyusuri pulau untuk ke destasi pertama iaitu pusat bebas cukai. . Untuk sampai ke situ, kami melalui kampung salang, kampung panuba, ayer batang, marina park dan akhirnya sampai di tekek. Walaupun jauh gak perjalanannya, dekat sejam le gak tapi..mmg best menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan..mmg Pulau Tioman ni masih terpelihara dengan keindahan semlajadi…jom view pemandangan pantai dr dlm bot kami..


View kampung salang, klu x silap ler..



Bestfriend..meera n nina

Mama-mama

Papa-papa

Ruang kabin tempat anak2 rehat

Yana dah tertido atas riba aku..

Pusat bebas cukai terletak di jeti tekek. So bot kami berlabuh (ceh..ayat macam le bot tu besar sgt..hehe) di Marina Awam Kg. Tekek yg terletak bersebelahan dgn jeti Kg Tekek. So, best dpt tgk kapal2 layar yg cantik2, mahal2…..

Marina Awam Kg Tekek

Ambulans bot..utk htr patient ke hospital mersing

posing jap..abah dan anak-anak



Dari marina tu kami kena berjalan ke kompleks bebas cukai tu. Penat gak ler jalan, dahler hari panas giler…mujurler ada free show kelawar bergantungan kat tepi2 jalan..so, anak2 seronok tgk kelawar tu..

Besar betul kelawar ni.

sampai kat kompleks bebas cukai tu, ooo..agak mengecewakan sbb tak byk pilihan pun..harga pun mahal gak..aku hanya beli coklat Daim je..tak pegi pun x rugi…huahua


Then, kami naik bot balik menuju ke taman laut..sampai di taman laut sini, kami melantak dulu sbb lapar sgt. Pihak chalet dah prepare makanan kami siap2….then, masuk dlm pusat taman laut tu jap tgk apa yg ada…dok sibuk melayan anak2, kami x sedar masa dah suntuk utk bersnorkeling..so, kami rushing utk bersnorkeling.. tapi, mak2 yg ada anak kecik ni jangan harap ler nak bersnorkeling..tak kemana jadinya sbb dok melayan diorang..ikan mmg byk tp kita kena ke tengah sket..masalahnya susah aku nak ketengah dgn mengheret dua anak..gambar pun x sempat nak ambik....
tak sempat pun puas main air, kami dah kena panggil naik bot..huahua..

itu dia jeti tmn laut...



ni le pondok yg jd pot kami melantak lunch

Then, kami teruskan perjalanan utk ke lokasi sebenar snorkeling…ada beberapa point utk snprkeling iaitu Tulai Island,Renggis Island,Monkey Bay dan juga kawasan Marin Park. Masalahnya angin dah kuat, ombak pun makin tinggi..disebbkan agak berbahaya, lastly pemandu bot tu ckp yg tak dpt teruskan aktiviti snorkeling..frustnya, tapi nak buat camner kan…kita hanya merancang, tapi Dia yg tentukan…So, kitorang terus balik ke Jeti Juara,….


muka boring, lama sgt dlm bot

Yana dah pengsan..

posing lagi

abah dan anak2

gara-gara boring...asyik berposing je..

sampai kat jeti dlm kul 4pm. Lepas letak barang dlm bilik, kami decide nak berjalan menyusuri kampung Juara menuju ke Pusat penternakan Penyu..based on map, macam dekat je..

Map seluruh pantai juara..nampak macam dekat je dr jeti nak ke pusat penternakan penyu tu....

15 min berjalan ok lagi..then Yana start buat hal..dia nak aku dukung dia..aduh penatnya, abah nak dukung pun dia tak nak…rupa-rupanya nana demam, badan dia panas…
Boleh jadi duta pusat penternakan penyu ni..

Muka budak demam..

Kejap je yana mahu jalan sendiri..then, nak mama dukung je..huahuahua..patah tulang belakang aku

dlm 30 minit berjalan, lastly kami sampai di pusat penternakan penyu tu…



kami disambut oleh cik wanie (betul ke nama minah tu...dah lupa ler.hehe). minah ni explain psl penyu pada anak2. Utk masuk pusat ni, setiap pelancong kena bayara RM 10. Tapi, disebabkan kami menginap di Kampung Juara maka FOC ler…

Kelas subjek penyu dah mula

Kak wanie dgn student2 genit..

kami turut diperkenalkan dengan Joe, si penyu buta…Joe ni buta dr kecil sbb dia takde biji mata…seronok anak2 tgk Joe..


Mood joe baik hr ni.. joe siap lambai2 tangan dia pada kami.

Mak bapak pun excited tgk Joe..

Walaupun budak2 lain excited tgk Joe, tapi Yana tetap merengek..lastly, aku terpaksa bawa dia ke dlm dewan dan lepak kat situ sambil tgk pekerja2 dan sukarelawan pusat penternakan penyu tu menganyam daun nipah kot..diorang kata nak buat bumbung utk pondok2 kat situ…

Tgh buat bumbung



sarang tempat telur dieram..kita boleh sponsor utk program ni..nama sponsor akan ditulis pada kertas kat setiap sarang tu.

Pusat tu betul2 tepi pantai..so, senang le penyu tu nak merangkak pegi laut..

some info..

Dlm 1 jam gak lepak kat pusat penternakan tu, lastly kami mula menapak pulang ke chalet…betul2 kaki aku rasa nak tercabut dek mendukung yana…sampai Chalet terus aku bagi Yana makan ubat demam. Lepas rehat jap, aku bawa dia pegi main pantai lagi…Mujur yana okay lak masa tu, maybe ubat tu dah meresap ke dalam badan…

Muka budak demam yg excited dpt main pasir..(macam tak demam je)

Meera yg happy..

Ko buat apa tu, amar?

So, aku pun main le air puas2….


Huahua..siap mandi ngan jaket lagi...Poyo tak? lantak le org kata apa, yg penting aku rasa secure sket nak mandi kat tempat dlm...


Abah dan amar tgh main ombak..


Happy family..semoga Allah kekalkan kebahagian kami..Amin...

Sweet moment..

Tiga mak dara..

Lompatan yg x menjadi..huahuahua...sebabnya tukang snap tu si bapak..(ceh..salahkan si bapak lak, hehe)

Bila hari dah mula nak gelap,. Kitorang pun naik, mandi solat dan tukar baju. Then dalam pukul 8 lebih, kami turun kafe utk dinner..makanan kali ni sedap…mcm masakan mak di kampung..mmg puas hati ler…

Lepas kenyang melantak, kami pegi berkaroke…tempat yg chalet provide utk karoeke ni biasa-biasa je… tapi En faiz, En najib dan Cikun tetap enjoy beradu suara .. anak2 lak melalak sesuka hari diorang..lantak korangler asalkan korang bahagia…

En faiz tgh melayan...

Dah penat berkaroke, kami balik bilik… aku terus pengsan sambil peluk meera n yana…good night….

No comments:

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.