Wednesday, May 23, 2012

MEMORI BIBIT PERCINTAAN 7 TAHUN YANG LALU


Melihat gambar di atas, tanpa sedar aku akan tersenyum sendirian. Kalau tak silap, gambar ini diambil pada tarikh 20.3.2005 iaitu semasa faiz menghantar aku ke KLIA untuk menghadiri kursus di Pathumthani, Bangkok Thailand selama seminggu. Tika ini, perpisahan seminggu bagaikan setahun rasanya, maklumler tengah mabuk bercinta...

Masa dah berlalu lebih dari 7 tahun dari saat gambar ni diambil… Alhamdulillah, manisnya percintaan itu masih utuh hingga ke hari ini… Cuma, apa yang berbeza adalah kami bukan lagi berdua sebaliknya dah berlima dengan 3 anak-anak tercinta (Alhamdulilah di atas rezeki dariNya), saiz faiz dah bertambah (hehe..pandai gak aku jaga suami sampai bulat jadinya, amar kata abah macam Garfield), dan usia kami pun dah makin bertambah…   

Semoga kasih saying antara kami diberkatiNya dan kekal hingga ke alam akhirat, InsyaAllah..AMIN…

Monday, May 21, 2012

SYABAS N SAINS

SYABAS VS SAINS

Dalam tak sedar rupanya dah hampir 3 bulan aku meninggalkan SYABAS. Tak terasa masa berlalu kerana kesibukan dengan tugas-tugas harian sebagai seorang auditor, seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang cahayamata. 

Cuma satu perbezaan ketara yang aku rasai sekarang berbanding 3 bulan lepas. Aku bukan lagi bos kepada 10 insan bernama Fadzly, Faizal, Firdaus, Fuad, Azim, Ezuhan, Norbi, Salyaraja, Amarul dan Ruzaimie. Kalau dulu aku asyik menjerit di pejabat, sekarang ni aku boleh kira berapa patah perkataan aku bercakap di pejabat. Tak lebih dari 100 patah perkataan pun!!!. Kadang-kadang aku hanya bercakap masa lunch sahaja. Selebihnya, mengadap computer dan menyiapkan laporan audit. Perbezaannya bagaikan LANGIT dan BUMI!!!! 

2 minggu pertama di SAINS, aku rasa kehidupanku  penuh keBOSANan. Namun, aku yakin dengan kata2 En Shahruddin (HOD SYABAS KL year 2011), pekerja yang bagus ialah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk keadaan dan skop kerja. 

Alhamdulilah, pada saat dan tika ini, aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Sebagai auditor, aku belajar tentang keseluruhan operasi syarikat yang mana menyedarkan aku tentang banyak lagi bidang yang perlu kita pelajari dalam mematangkan diri kita .
Terima kasih SYABAS di atas pengalaman 4 tahun yang amat berharga!!!!
Terima kasih juga buat mereka yang pernah bekerja dengan aku samada sebagai staf, rakan seperjuangan or sebagai bos, kalian tetap di hati..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.