Sunday, December 29, 2013

Anak yatim miskin ni perlukan kita...

Walau penat dan sakit satu badan, aku rasa gembira sgt sbb dpt peluang bersama anak2 yg kurang bernasib baik ni smlm (29.12.13)...

Program "Back-to-scholl" anjuran bekas pelajar Pusat Matrikulasi UKM (PMKP) sessi 98/99 bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik bagi memulakan persekolahan khamis ni. Disebabkan aku dan En Faiz sama-sama ex PMKP sesi 98/99 ni, jadi kami mmg sokong le program ni.. En faiz lak jd salah seorang AJK bagi program ni..

After a few discussions and visist to beberapa rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak miskin, akhirnya kami memilih anak-anak dari Pusat jagaan Anak Yatim Miskin Sri Kundang, Rawang. Buat masa ini, pusat jagaan ni mempunyai 19 anak-anak yang semuanya adalah lelaki. 

Program ni bermula dlm kul 10 pagi di mana kami mulakan dgn breakfast bersama-sama anak-anak ni. Then, kaum lelaki akan bawa anak-anak ni pergi shopping pakaian sekolah sebanyak 2 persalinan setiap seorang. Dalam masa tu, kaum ibu2 bergotong-royong membersihkan pusat jagaan ni..lepas selesai shopping, kitorang akan lunch bersama2. lepas solat zohor, ada program aktiviti dalam kumpulan yg bertujuan untuk develop semangat anak2 ni..dan lepas minum petang, ada program futsal antara kami dan anak-anak ni..

Selain bantuan pakaian sekolah, duit collection yang kami dapat utk program ni turut digunakan untuk membiayai jamuan pada hari program, barangan toiletries, barangan permainan, peralatan rumah, alat tulis, beg sekolah, kipas angin dan duit baki turut disumbang kepada pusat jagaan ni. Alhamdulillah sbb collection yang dibuat amat memberangsangkan dan melebihi dari apa yg kami jangkakan..selain tu jugak, ada rakan-rakan yang sponsor penapis air, khemah utk program ini, dan macam-macam lagi..semoga niat murni anda semua dibalas olehNya, InsyaAllah...

Aku tak snap banyak gambar masa program ni, lagipun bateri phone pun dah kong..hehe..anyway, thanks banyak2 pada gambar2 yang aku amik dr oskortos dan kekawan yang lain..jom kita layan gambar..

Ini ler gambar depan pusat jagaan ni. Diorang masih menyewa sbb belum ada building sendiri..mereka perlukan RM1.4 juta untuk bina bangunan pusat jagaan sendiri..jom kita bantu mereka.. (berselerak sket sbb baru habis program, khemah pun belum buka..)

Sebelum tart program..anak-anak baru nak amik tempat..masa ni ex PMKP 98/99 dlm 20 orang je sbb masih ramai yang tak sampai..

En oskortos tgh drive bawa anak-anak ni gi shopping..depan skali tu anak aku tu..yg tgh tu anak oskortos..hehe..sibuk je diorang nak ikut gak...

Wajah segelintir anak-anak yatim miskin yang penat tapi happy dapat pakaian sekolah..
Tgh kusyuk jayakan program aktiviti dalam kumpulan..sesi petang..TQ to Pn Seri (berbaju pink) yang menjayakan program ini!!!

habis je program, anak-anak ni terus buka mainan yang kitorang bagi... set carrom, congkak, sahibba, chess, dam, etc...terharu tgk wajah excited diorang!!!!

Segelintir anak-anak yang lain tgh berfutsal dgn PMKP 98/99. Kemenangan lebih berpihak pada anak-anak ini dengan 10-8. hehe...maklumler, semua PMKP 98/99 dah tak fit..perut pun dah besar..hahahah

Pusat ni juga masih belum diberi bantuan formal dr kerajaan, oleh itu bantuan dari organisasi atau orang persendirian amat mereka harapkan...sekiranya korang terpanggil untuk membantu, leh le hubungi pakcik Azmi seperti maklumat di bawah...tak salah kalau kita kongsi sedikit dari rezeki dengan anak-anak yang tak bernasib baik ini.. lagipun kita tak tahu apa yg terjadi di masa depan kelak kan, mungkin anak-anak kita atau anak kepada mereka yang kita kenal terima nasib seperti mereka..hidup ni kan macam roda, anything can happen..jadi bantulah mereka yang memerlukan..sekiranya sudi, sebar-sebarkanlah psl pusat jagaan ni pada rakan-rakan anda..

Contact le pakcik Azmi ni..

Sebahagian dari PMKP 98/99 yang hadit program ni bersama sebahagian anak-anak pusat jagaan ni..

Semoga usaha kecil kami ini untuk memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini tersenyum gembira dan bersemangat untuk memulakan persekolahan diberkatiNya..Amin..

Saturday, December 28, 2013

Rasa makin tua ler....

Bila start htr anak pegi sekolah rendah, terasa diri macam dah tua jer...huhuhu..mcm x percaya yg anak teruna aku ni dah besar. Terasa mcm baru je aku bersalinkan dia...

Tahun 2014 ni, amar dah masuk tahun 1... jd hr ni, ada sesi suai kenal bagi student tahun 1 dan sesi taklimat utk parents .

Mama doakan semoga amar farouq jd pelajar yg bagus dan berjaya capai apa yg diimpi..mama cuma nak yg terbaik buat anak2...:) 

Friday, December 20, 2013

Beli seafood fresh-fresh di Jeti Kuala Sungai Kota dan Jeti Kuala Bagan Tiang



Umur aku dah pun melebihi angka 30an. Tapi, aku tak pernah pun jejak kaki kat dua-dua tempat Jeti Kuala Sungai Kota dan Jeti Kuala Bagan Tiang ni walaupun lokasi kedua2 tempat ni dekat je dgn rumah org tua aku…maybe sbb dari umur 13 tahun, aku dah duduk di asrama dan jauh dari kampung halaman…hehe, jauh sangat ler..kat KL jer pun…

Meh aku nak story psl kampong halaman aku sket…kampung Sungai Kota, Bagan Tiang ni adalah border antara Pulau Pinang dan Perak. Korang leh tgk kat map di bawah ni..


Kiranya dulu aku merentasi dua negeri untuk ke sekolah sbb aku sekolah di sek keb Sungai Bakau yang terletak dalam kawasan Seberang Perai Sealatan, Pulau Pinang. Jarak rumah aku dgn sekolah tu dalam 1 km lebih jer…

Dah intro psl kampong halaman aku, ni aku nak citer lak psl tajuk entry ni.. Alkisahnya terjadi masa aku balik kampung weekend lepas. Memandangkan meera dan amar ikut tokma diorang balik Kelantan and en faiz lak ada mesyuarat penting kat ofis sabtu lepas, so aku balik kampong naik bas dengan yana dan bibik pada Khamis malam. Aku naik bas transnasional dr puduraya kul 11mlm, sampai di parit Buntar kul 3 pagi. Sbb ngantuk, aku terus tido bila naik bas. Sedar2 dah sampai parit buntar.. sbb taknak susahkan adik aku, aku amik cab je balik ke rumah..risau gak naik cab tgh2 mlm tu..tapi, tawakal je, InsyaAllah selamat. 

Memandangkan aku balik naik bas, so aku xde transport le nak gerak kat kampong. Jadi, aku minta kat adik aku utk pinjam keta dia.. adik aku no hal je, dgn syarat aku hantar dan amik dia  gi keje..lagipun ofis dia dekat jer…Tghr tu, aku gi amik adik utk lunch break sbb break hr Jumaat kan lama.. on the way balik tu, aku ajak dia pusing2 kampung sambil nak tunjuk kampong aku kat bibik. Kitorang pilih jalan tepi laut..Masa lalu kat satu tali air tu, aku nampak ada bot nelayan baru sampai..so, aku redah masuk lorong yang boleh ke tempat bot tu stop..rupanya kat situ jeti Kuala Sg Kota…  kecik je jeti dia… 

-
Yg kiri tu adik aku no. 9..budak lelaki tu lak anak adik no.5, nama budak tu Iskandar. Budak comel kat blkg tu anak I ler...dan tudung purple tu bibik aku.... aku? aku jd photographer ler... 
actually, gambar ni diambil atas jeti tu. haa..nampak kat blkg tu, bot nelayan yg baru sampai tu...

Haa..ni ler brader2 nelayan tu..diorang tgh sibuk bersihkan bot diorang.. si Yana dan si Iskandar ni lak kusyuk tgk diorang buat keje

Aku try tanya kat abg nelayan tu samada dia nak jual  hasil yg dia dpt..dia ckp tak byk hasil …aku tgk mmg sket je ikan yg dia dapat, maybe cukup2 utk family dua abng tu jer.. then, udang ada dalam satu baldi kecik. dan maybe rezeki aku kot sbb brother tu nak jual udg segar2 tu dengan harga RM40 seplastik..murah beb!! Klu beli kat kedai or pasar, maybe dah cecah RM100 lebih tau..harga tu aku tak kisah sangat sbb sian gak tgk hasil yg abg nelayan tu dapat sedikit je walaupun diorang turun laut lepas subuh sampai ler matahari tegak atas kepala…  tapi, yg best tu sbb FRESSHHHH beb!!!!      

Tu jer hasil yg abg nelayan tu dpt utk haritu...udang tu, aku dah borong separuh..hehe

      
Lepas borong udang, aku terus bawa keta menyusuri  jln kecik tu..tiba2 kami tembus kat satu kawasan yg tulis Jeti Kuala Bagan Tiang..ni gamba dia..


Lepas park keta, aku nampak ada mesin proses kerang….apalagi, jadi sesi lawatan le plak …macam2 soalan aku tanya kat brader yang ada kat situ..rasa cam jakun gak sbb ni first time aku tgk mesin ni.. korang penah tgk ke? Ni mesin dia..

Lepas brader yg kat bahagian kiri tu tuang kerang ke dalam mesin, mesin ni akan berpusing untuk asingkan bendasing, kerang kecil dan yang keluar kat kanan tu adalah kerang dengan saiz besar...sambil tu, air turut dialirkan utk bersihkan kerang

Brader ni macam QC ler..dia akan pastikan hanya kerang yg elok diambil

Ni kerang yang belum diproses lagi..

Yana and anak saudara aku si Iskandar tu ternganga je tgk…baru ler aku tau camner diorang nak proses kerang sebelum di jual…huhuhu.. dah puas tengok, aku beli kerang tu 10 hengget. Brader tu kata dpt 4 kilo.. Sekali dia masukkan kerang dlm plastik tu punyaler banyak, dekat 7 kilo gak kot..berat giler aku nak angkat..huhuhu..takpelah, rezeki katakan....Alhamdulillah..

Pastu, aku tanya ada tak sotong..diorang ckp kena tgk kat jeti yang ke dalam sket..so, aku pun terus jalan masuk ke dalam kawasan jeti tu..lastly, aku jumpa satu jeti yg ada nelayan baru sampai. tapi, ada ikan n udang je..diorang kata sotong xde sbb bukan musim sotong…lastly, aku borong ikan sebelah je..murah wooo...pakcik tu bagi aku RM6 utk 8 ekor yg besar2 gak..rezeki lagi, Alhamdulillah...

Panas giler time tu, ye lah jam pukul 1 tengahhari kan. Dahler matahari tengah tegak atas kepala, pastu tepi air lak, mmg panas ler..dok kejap, aku dah merungut panas..bayangkan nelayan tu keluar lepas subuh tatkala kita masih syok di bawah selimut, diorang terpaksa berjemur bawah panas matahari kat laut semata2 nak cari rezeki,…tapi, kita yang sedap2 dok kat ofis beraircond, still merungut mcm2…bayangkan kalau Allah tukarkan takdir kita jd nelayan dan nelayan jadi kita…masihkah kita merungut???? 

mmm… lawatan lebih kurang satu jam di Jeti tu membuat aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. sama-sama lah kita bersyukur dan berterima kasih padaNya atas seribu jenis nikmat yang Dia berikan pada kita.. bayangkan sekiranya Dia menarik semua nikmat tu dari kita…..

Cuma, on the way balik ke rumah, aku lalu satu masjid..ramai gile orang..baru aku sedar yang hari tu hari Jumaat, so..semua org gi solat Jumaat..terlintas kat kepala aku, abg2 dan pakcik2 nelayan tu sempat tak gi solat Jumaat? Sian mereka..disbbkan nak cari rezeki utk hari tu, maybe diorang terlepas solat Jumaat.. pelik lak bila fikir ramai je lelaki kat supermarket jalan2 time solat jumaat..kalau nelayan tu, aku boleh le faham sbb diorang tak sempat dek rushing baru balik dr laut..tapi, yg dok lepak kat shopping complex time solat jumaat tu apasal lak yek? Takkan diorang pun cuti datang bulan macam perempuan.. hmmmm….korang ada komen?

Wednesday, December 11, 2013

Icon bisnes online pilihan Af-Aziey


thevoicedesigns.blogspot.com
Mmm..actually, agak susah bagi aku untuk tulis entry pasal tajuk yang diberi ni…tambahan lak definisi icon tu agak sukar untuk aku definisikan… dan aku rungkaikan definisi icon ni sebagai seseorang yang menjadi inspirasi aku untuk berblogging seterusnya untuk berbisnes online sekiranya serunya tiba suatu hari kelak.

Kesukaran ini juga disebabnya factor aku masih di kategori junior dalam dunia online ni..walaupun blog ni dicreate pada tahun 2008 (5 tahun yang lalu), tapi blog af-aziey.blogspot.com ni kurang aktif pun sebelum ni disebabkan kesibukan kerja. Buktinyer, tengokler statistik entry aku …

Dalam tempoh 2008 hingga 2011,  komitmen kerja menjadi keutamaan aku mengetepikan kehidupan aku dan keluarga.. Tengokler tahun 2010, langsung aku tak update apa-apa di blog ni.. 



Kemudian aku pindah kerja pada Mac 2012. Bermula detik ini, aku mendapat semula kehidupan aku..aku ada masa yang cukup untuk keluarga, anak2 dan diri aku..dan turut ada masa untuk menjenguk blog aku..

Kenali dulu pencipta blogspot

Sebelum aku jawab soalan task 3 ni, aku nak slotkan citer pasal mamat Evan Williams. Jom kenali sedikit mamat ni..Evan Williams yang lahir pada 31 Mac 1972 di Nebraska, merupakan pencipta Blogspot yang merupakan situs blog pertama, yang kemudiannya dijual kepada Google pada tahun 2005 seharga Rp 400 milliar. Awalnya bernama Blogger dan kini lebih dikenal sebagai Blogspot. Williams ni juga adalah pencipta Twitter.

http://rockypanjaitan.blogspot.com/2010/03/siapakah-pencipta-blog.html
Kenapa mengenali mamat ni penting bagi aku? Sebabnya, kalau takde mamat ni, maybe aku tak kenal dunia blogger kot..hehe..so, aku rasa wajar semua blogger yang menggunakan domain blogsot macam aku ni perlu mengenali si mamat ni..

Icon Pilihan Af-Aziey

Dan untuk menjawab soalan task 3 ni, aku nak kenalkan seorang insan yang aku kenali dalam dunia blogger. Maybe insan ni hanya insan biasa bagi korang, tapi… kalau tiada insan ni, aku takkan mengenali dunia blogger ni dengan lebih jauh…Meh aku kenalkan sapa Mr Online yang menjadi Icon aku..

 www.mediarcorp.com 
Hehe..diperkenalkan tidak lain dan tidak bukan, blogger terkenal…Mr Ben Ashaari!!! (announcement ala-ala anugerah skrin yer..)


Sejak berubah kerja Mac 2012, skop kerja yang berubah juga menyebabkan aku terdedah pada dunia teknologi.. kerja harian aku memerlukan aku banyak menggunakan khidmat carian Mr Google..dan akhirnya, dalam menggoggle mencari maklumat berkaitan kerja, aku dijodohkan bertemu dengan blogger bernama Ben Ashaari..

Kenapa Ben Ashaari menjadi icon aku? Ni jawabnya…











Antara iklan yang ditempek di blog ben ashaari...hmmm, banyakkan?
Teruskan impian abg ben..semoga berjaya suatu hari kelak!!!

Buat masa sekarang, belum sampai lagi seru untuk aku terjebak dalam dunia bisnes online  sepenuhnya.. biarlah blog ni sekadar catatan santai aku untuk tatapan anak2 kelak..sampai seru nanti, aku akan berguru lebiuh dengan abg Ben..boleh yek abg ben??? Bila sampai seru untuk besbiz Shaklee, aku akan berguru lak dengan otai2 Shaklee macam list penganjur/sponsor di bawah ni….

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.



Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.