Tuesday, March 15, 2016

Simple celebration for 10th anniversary

Alhamdulillah...rasa sekejap je masa berlalu. Dalam tak sedar, dah 10 tahun rupanya aku dan En Suami hidup sebumbung, berkongsi hidup susah dan senang. Dari zaman menyewa rumah flat dua bilik hingga ler memiliki rumah teres dua tingkat yang kecil je. Walaupun kecil, tapi besar maknanya buat kami lima beranak sebab rumah inilah saksi kasih sayang kami.  

Untuk anniversary kali ni, aku tak prepare apa pun sebab seminggu sebelum tu, aku kena masuk Operation Theatre untuk prosedur Hysteroscopy. Jadi, jiwa dok fikir pasal prosedur tu je sampai tak terfikir pasal anniversary celebration. 

Bangun tidur on 11 Mac tu, aku terus wish Happy Anniversary kat En Suami. En Suami tanya nak dinner mana malam ni, jawapan aku...terpulang kat abang.. :)

Kat ofis, lepas lunch, receiptionist call kata ada orang nak jumpa aku. Pelik gak aku, sapa lak yang cari aku ni..mmmm 
sampai kat kaunter receiptionist, nampak ada sorang mamat ni pegang bunga..lorrr..en suami buat surprise le plak...siap suruh florist buat delivery ke ofis lagi..huhu
Berbunga-bunga le hati ni bila dapat jambangan 33 kuntum bunga..hihi..Terima kasih abang..

33 kuntum mawar..

Malam tu, kitorang dinner kat Restoran Perantau Seafood yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Actually restoran ni tempat kitorang dating masa couple dulu. So, lebih kepada mengimbau kenangan lama le ni..hihi..


Terima kasih abang untuk jambangan bunga ni... semoga jodoh kita kekal hingga ke Jannah. 


There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.