Showing posts with label Sweet love. Show all posts
Showing posts with label Sweet love. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Sambut besday En Suami di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi

11.3 - Anniversary
18.3 - Besday Arianna
23.3 - Besday Amar
10.4 - Besday Ameera
.
.
.
dan akhirnya 17.4!!!!!! - Besday En Suami. 


Fuhhh...5 celebration untuk tempoh 2 bulan. Kering poket dibuatnya..huhu

Sebagai penutup celebration untuk 2 bulan ni, kita buat special ler sikit untuk besday En Suami. 

Time lunchbreak, aku gi beli flower bouquet and kek. Balik kerja, terus pecut pegi restoran untuk drop cake n flower. Banyak kisah di sebalik cerita pilih restoran ni. Mula-mula decide Manhattan Fish Market, pastu San Francisco, then Fizo Omar Kitchen. Semua x jadi atas reason tertentu, lastly aku decide try Red Card Cafe di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Lepas setel booking dan order makanan, aku balik rumah. 

Lepas solat maghrib, baru kami gerak ke restoran. Sampai je, staf cafe terus tunjuk meja untuk kami. Disebabkan aku dah order awal2, staf cafe terus hidangkan semua makanan. Anak-anak bising tanya kenapa tak perlu order? Aku cakap yang restoran ni magik boleh tahu apa favourite kita. Hahaha..diorang tak tahu yang mama diorang dah orderkan siap2 ikut favourite diorang. Amar siap cakap ' abang rasa macam restoran ni special sangat le mama'. kihkihkih

Baru nak start makan, tiba2 dalam 3 orang staf cafe berderet keluar dari dapur nyanyi lagu Selamat Hari Jadi sambil bawa kek dan bunga ke meja kitorang. Muka En Suami dah merah, surprise!!!! 
Kebetulan pula ada kawan En Suami dalam restoran tu, lagi malu le En Suami kena bahan dengan kawan dia tu.. hahaha.. 

Tq banyak2 to staf Red Card Cafe yang sporting bantu buat birthday surprise ni. Siap sediakan stand untuk letak kek tau.. terharu sungguh I tau. 

Untuk Red Card Cafe, ni review dari kami sekeluarga: 

Makanan - sedap sangat! (4.9/5) 
Harga - berbaloi dengan kualiti dan kuantiti (4.5/5)
Kebersihan - Terbaik (5/5) - anak-anak aku cerewet bab ni, jd kalau diorang kata ok tu, memang okay sangat ler tu
Dekorasi - 5/5 (kena jiwa kami sekeluarga)

Keseluruhannya, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan pengalaman pertama kali makan di sini. 

Semua happy tak sabar nak melantak

Besday boy
  
Cake dari Harold's Bread

Kek dan flower bouquet untuk En Suami. Hadiah kita bagi dalam bilik yer..hikhik



Tuesday, March 13, 2018

12 tahun dah tido sekatil

11.3.2006 - 11.3.2018. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri selama 12 tahun ni. Rezeki memiliki seorang lelaki bergelar suami, teman tidur sekatil dan juga kawan baik.

Asalnya ingat nak plan something untuk anniversary kali ni. Tapi, dek kerana anak2 tengah busy dengan preparation untuk exam minggu ni, maka kami tangguhkan semua plan tu. 

So decide utk celebrate simple2 je just untuk kenangan. Jadi, malam anniversary tu lepas anak2 masuk tidur, kami berdua keluar dating jap. Saja nak ambik feeling dating tengah2 malam macam time berdua dulu2.. hehe

Pusing2 Bangi, tak tahu nak lepak mana.. lastly, lepak kat McDonald je..hakhak. Rupanya McD time tengah2 malam ni penuh orang gak.. mujur kebetulan masa kitorang sampai, ada couple ni baru bangun dari meja. Betul2 rezeki kitorang..



Apasal le muka laki aku gitu :)- hahaha, dah ngantuk le tu

Lepas sejam lepak sambil borak2, kitorang pun balik. Risau gak takut si kecik yana tu terjaga cari mama.

Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua dan sentiasa penuhkan jiwa kami dengan rasa cinta dan kasih sayang. Aminn..


Monday, October 9, 2017

Double surprise for Sweet 37


29.9.2017 - TQ En hubby sbb kasi surprise for my birthday. Terkejut gak tetiba ada delivery ke rumah. Kebetulan lak, aku MC hari ni. Cuma x best sbb En Hubby xde, kena outstation ke Kuantan :(. 




30.9.2017 - Hmm...betul2 tak sangka ada surprise lagi. Anyway, lakonan En Hubby memang menjadi kali ni. Hahaha..



Haih...bila dah tua ni, tak tahu le nak happy or tak bila sambut besday. Maklumler, bila sampai date besday kita, maknanya kita makin tua setahun dari sebelum ni... huuwaaaa!!!!!



Tuesday, March 15, 2016

Simple celebration for 10th anniversary

Alhamdulillah...rasa sekejap je masa berlalu. Dalam tak sedar, dah 10 tahun rupanya aku dan En Suami hidup sebumbung, berkongsi hidup susah dan senang. Dari zaman menyewa rumah flat dua bilik hingga ler memiliki rumah teres dua tingkat yang kecil je. Walaupun kecil, tapi besar maknanya buat kami lima beranak sebab rumah inilah saksi kasih sayang kami.  

Untuk anniversary kali ni, aku tak prepare apa pun sebab seminggu sebelum tu, aku kena masuk Operation Theatre untuk prosedur Hysteroscopy. Jadi, jiwa dok fikir pasal prosedur tu je sampai tak terfikir pasal anniversary celebration. 

Bangun tidur on 11 Mac tu, aku terus wish Happy Anniversary kat En Suami. En Suami tanya nak dinner mana malam ni, jawapan aku...terpulang kat abang.. :)

Kat ofis, lepas lunch, receiptionist call kata ada orang nak jumpa aku. Pelik gak aku, sapa lak yang cari aku ni..mmmm 
sampai kat kaunter receiptionist, nampak ada sorang mamat ni pegang bunga..lorrr..en suami buat surprise le plak...siap suruh florist buat delivery ke ofis lagi..huhu
Berbunga-bunga le hati ni bila dapat jambangan 33 kuntum bunga..hihi..Terima kasih abang..

33 kuntum mawar..

Malam tu, kitorang dinner kat Restoran Perantau Seafood yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Actually restoran ni tempat kitorang dating masa couple dulu. So, lebih kepada mengimbau kenangan lama le ni..hihi..


Terima kasih abang untuk jambangan bunga ni... semoga jodoh kita kekal hingga ke Jannah. 


Wednesday, October 2, 2013

Tq En Faiz for the lovely besday present:)

Tahun lepas aku ada story psl aku dpt hadiah besday handbag. Tahun ni aku ingatkan xde hadiah besday sbb bulan 8 yg lalu, en faiz dah belikan aku hp baru..samsung SIII Mini. Masa beli hp tu, en faiz ckp yg itulah hadiah besday aku..

Tetiba on pg ahad 29 sept yg lepas en faiz bg aku hadiah besday...hehe, kali ni hadiah  wallet lak..


Hmmm, ni first time aku ada koleksi wallet brand oroton.
bila aku tanya harga, confirm En faiz xkan jwb..cuma aku tahu yg dia beli kat Johor Premium Outlet (JPO) masa dia outstation last time.

So, aku pun Google cr psl product ni. rupanya international brand gak...huahuahua..jakunnya you Jijah (hihihi)....
kot2 ler korang berkenan ngan brand ni, bolehler tgk website Oroton or blog.oroton.com. Setakat ni ada 5 store oroton kat Malaysia iaitu di The Gardens, KLCC, JPO, 1 Utama n Pavilion...

Anyway, thanks a lot my dear hubby...luv u so much!!!! Moga cinta kita sentiasa diberkatiNya..

Sunday, March 10, 2013

Jambangan bunga buat wedding anniversary ke 7






 Sumber gambar: wonderfulartcreation.blogspot.com

Pagi2 tadi, En Faiz tanya aku date hari ni..aku jwb ler 11hb. Bila aku tengok renungan En Faiz, opps...baru aku ingat, hari ni anniversary kami yang ke 7!!!!! Ya Allah, selama 7 tahun berkahwin, ini ler tahun pertama aku terlupa pasal anniversary kami...selalunya, aku akan wish lebih awal dari En Faiz.. tapi nampaknya pada tahun ini, aku yg terlupa..ishh, ni semuanya gara-gara kekalutan hidup yang melanda akhir-akhir ni (mula ler rasa mcm nak salahkan bibik lagi..hehe)..

So, En Faiz ajak dinner malam ni..aku just kata okay...

Dlm kul 11 pagi tadi, masa aku tengah sibuk kat ofis buat preparation untuk program audit 5S, ..tetiba dapat call dr receptionist kata ada org tunggu aku kat lobi...aku pun pegi lobi cari sape ler gerangan yg mencari aku...tetiba ada sorang mamat tegur aku, tanya aku ni Pn Azizah ke? tercengang aku bila tengok ada jambangan bunga kat tangan dia..tetiba dia wish happy anniversary!!! Ya Allah, apa le mimpi En faiz ni...segan gila aku nak usung bunga tu ke bilik aku....apa2 pun, thanks to En Faiz atas surprise ni...Luv u so much!!!!


Cantik tak?? aku suka sangat pilihan bunga ni..thanks abang!!!

Kad yg terselit...

Doakan semoga masjid yang kami bina sejak 7 tahun yg lalu kekal hingga akhirat kelak, Aminnn...

Buat En Faiz, kehadiran abang amat bermakna dalam hidup ayang...semoga ikatan kasih sayang kita diberkatiNya....

Memori perkahwinan 7 tahun yang lalu...

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.