Tuesday, April 28, 2015

Homestay D Usrati @ Gopeng / Simpang Pulai, Ipoh

Homestay D'Usrati ni baru dibuka pada awal bulan ni. Actually, homestay ni milik abang sulung aku yang tinggal kat Simpang Pulai, Ipoh. 

Jadi, kalau korang teringin nak bercuti di area Ipoh/Gopeng/Simpang Pulai atau ada urusan tertentu, bolehler menyewa di homestay ni. Call je abg aku, Ustaz Fadli di nombor  013-5969357 (Ustaz Fadli) / 019-5592481 (Cikgu Mazlina). 

Antara keistimewaan Homestay ni adalah terletak lokasi yang strategik, berdekatan lebuhraya plus, dekat dengan pusat-pusat pengajian iaitu SBPI Gopeng, Kolej Matrikulasi Gopeng dan Politeknik Ungku Omar. Jadi kalau ada parents yang nak hantar anak daftar masuk pusat-pusat pengajian ni, bolehler menginap di sini. Lepas hantar anak, bolehler pergi bercuti sebab Homestay ni pun dekat dengan beberapa pusat pelancongan seperti Gua Tempurung, Lost world of Tambun dan banyak ler lagi...

Homestay D'Usrati ni amat sesuai kalau korang datang berkeluarga sebab Homestay ni dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur dan 2 buah tandas. 3 bilik tidur ni dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil queen dan 1 bilik lagi dilengkapi kipas angin dan katil single. Peralatan lain seperti periuk nasi, cerek elektrik, dapur gas, peti ais, mesin basuh pun ada disediakan...

Nak tahu lebih detail, sila le ke website Homestay D'Usrati iaitu http://homestay-d-usrati-ipoh.blogspot.com

Ni aku jamu sket gambar Homestay D'Usrati yer...


Pandangan hadapan Homestay D'usrati. Porch muat untuk 2 kereta yer..

Bilik 1

Bilik 2

Bilik 3

Bilik 4

Ruang makan

Ruang tamu

Jangan malu-malu call.... abg saya tu peramah orangnyer...:)




6 comments:

Anonymous said...

Brpa harga sewa smlm tuan ?? Brpa jauh dr matrikulasi gopeng

Anonymous said...

Salam ..brpa harga 1mlm tuan

Dila said...

Biasa rm200..lbh krg 8km

Dila said...

Rm 200...kalau byk hr blh krg lg

Dila said...

Blh wasap utk booking & pertanyaan...harga blh runding

Dila said...

W.slm..rm 200 ..blh runding lg..

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.