Tuesday, September 17, 2013

Maut itu Pasti..

Ntah camner masa view blog kwn2, aku ter'link' ke satu blog mawarnafastari...
Tersentap jiwa dan emosi bila baca nukilan2 Mawar..
Terasa mcm nukilan drama je, tapi hakikatnya...itulah realiti kehidupan Mawar..

Mawar kehilangan suami dlm satu tragedi, disaat Mawar masih terlalu  muda utk harungi kehidupan dgn 2 anak yang masih kecil...
Beratnya dugaan dia..
Aku doakan semoga Mawar tabah hadapi perjalanan hidup ni...

Terus hati berdetik, adakah jodoh aku n en faiz di dunia ini panjang?
Adakah aku akan sekuat Mawar tutk hadapi dugaan itu?
Dan jika yg pergi dulu adalah aku, bagaimana kehidupan anak2 seterusnya?
Tapi, kita kena yakin yg Allah tahu segalaNya...
Bak kata Mawar, 'Allah know the bests'

Kadang-kadang kita alpa dgn nikmat dunia sampai lupa kematian yg menunggu kita..
Tapi MATI ITU ADALAH PASTI..

Monday, September 16, 2013

Berkampung di KPJ Ampang Puteri

Mmg dugaan jd mak ni betul2 menguji ketabahan dan kesabaran aku. Alkisahnya bermula jumaat tadi dlm kul 2.30 ptg...aku dpt call dr rumah. Bibik ckp yg yana nangis teruk dr kul 2 ptg tadi sbb berdarah dlm mulut..maybe jatuh kot..aku minta bibik monitor..10 minit kemudian, bibik call lg kata yana still nangis kuat..bibik x tahu nak pujuk..
1 jam dah berlalu tp yana still nangis..pelik gak sbb setahu aku anakanda nana ni kuat orgnya..
dlm kul 3,  aku jumpa bos minta time off..Thanks bos sbb memahami jiwa seorang ibu.

Sampai rumah, aku tgk yana still merengek..bila check, nauzubillah..rupanya luka dlm mulut nana besar giler, dlm 2 cm gak...ishhh,, x sanggup aku bygkan kesakitan nana..patutler dia nangis teruk...aku terus bw dia gi Klinik Zalfah. Dr kata luka tu besar, maybe kena jahit..so, kena refer ke KPJ Kajang. Aku blk rumah dulu utk tunggu en faiz balik..

Lepas maghrib, kitorang gerak ke KPJ Kajang..tunggu dlm 1 jam, baru dpt jumpa Dr. Dr kata sbb luka tu agak teruk dan melibatkan gusi, so.diorang x berani buat dan kena refer ke dentist specialist..disebabkan xde dentist di KPJ Kajang, so kena refer lak ke KPJ Ampang Puteri...Disebbkan letih, aku pun blk rumah, dan terus pengsan ngan yana...Alhamdulilah, yana okay je cuma dia xnak makan n minum langsung..sbb sakit kot...



Masa tgh tunggu giliran di KPJ Kajang..macam org tak sakit kan..

Esoknya, dlm kul 6 pg, yana bangun n dia minta susu..en faiz tlg buatkan susu 4 oz je sbb takut dia minum..nnt bazir lak mcm smlm...masuk je botol dlm mulut, yana merengek kata sakit..tapi, maybe sbb lapar sesangat kot dek x makan minum sejak kejadian smlm, dia minum habis susu tu...Alhamdulilah

Then, kami bersiap utk ke KPJ Ampang Puteri..sampai hospital dlm kul 9 pg..lepas register, masa menunggu tu yana request susu lg..dia minum dlm 2 oz..Sampai turn, kitorang jumpa Dr Majinah, pakar dental kat situ..
Dr kata mmg kena jahit.. tp disbbkan luka tu kat hujung gusi n involve bhgn pipi, Dr Majinah x sanggup nak buat..so, Dr call pakar bedah kanak2, Dr Wan Usamah utk tgk kes ni..

Lps direfer ke klinik Dr Wan, Dr Wan inform yg utk jahit luka tu, dia kena tidurkan yana sepenuhnya sbb proses tu amik masa lbh setengah jam gak...Disbbkan nana kena puasa 6 jam b4 masuk OT n last dia minum kul 9 pg td, so proses tu just boleh buat on 3 pm..

Then, nana dimasukkan ke wad..klu ikut kelayakan insuran Prudential, nana dpt wad 2 katil. Tp, nurse inform yg wad penuh dan hanya wad 3 katil yg available..aku okay je, lgpun semalam je stay kat wad..
Walaupun sempit sikit, tp not bad ler bilik dia... tambahan lak aku sorang je dlm bilik tu..so, mmg terlebih selesa le ..
Anak2 pun seronok melepak, mcm rumah sendiri lak gayanya..org dtg melawat pun selesa..

En Faiz tgh uruskan pendaftaran masuk wad



Ni ler bilik wad utk nana..3 katil tp luas le jugak

Buka je pintu bilik terus nampak playground ni...so, anak2 pun keluar masuk bilik sesuka hati je ke playground ni...

Nak tunggu kul 3  tu seksa giler bagi aku sbb nana asyik merengek nk susu..sian giler kat dia..mesti dia lapar sgt sbb x mkn dr kejadian smlm..huhuhu..

Dlm kul 3, nurse dtg bw baju utk masuk OT..lps tukar baju, aku n faiz bw nana turun ke OT.

Nana ikut je sbb aku kata nak amik susu dia..sampai bilik OT, aku sorang je yg bo teman nana..dkt 30 min gak tunggu Dr Hashim, pakar bius sampai. Bila semua dah ready, aku bawa nana ke bilik bedah dan baringkan dia..pakar bius terus bg gas utk tidurkan nana..mula2 nana melalak sbb takut kot, tp x sampai 20 saat hidu gas tu, nana terus pejam...Dr terus suruh aku keluar sbb diorang nak start proses... aku pun lepak kat tmpt menunggu...


Jalan-jalan mencari susu...siannya dia...

Dlm kul 4.30pm, nurse panggil aku masuk sbb prosedur dah selesaii.. sebaik masuk recovery area, aku nampak yana atas katil sambil 2 nurse tgh kejutkan nana.. nurse inform yg nana x sedar lg sbb kesan ubat tidur n ubat tahan sakit..so, nurse minta aku kejutkan sbb normally patient akan respon bila mother yg kejutkan...


Masih tak fully sedar...

Dlm 15 min gak, lastly nana bg respons tp still tidur n mamai..lepas Dr check, diorang benarkan nana naik ke wad.. dlm kul 7, nana bangun dan dia request air n nasi..aku bg air masak dulu takut dia muntah..lepas nampak dia okay sket, aku bg dia makan bubur nasi..maybe sbb lapar sgt kot, nana terus rampas bubur tu dan dia makan sendiri sambil terketar2..laju giler dia makan mcm tak sakit langsung jahitan td. Maybe x rasa sakit sbb ubat bius tu masih ada lg kot...sedih giler aku tgk keadaan dia yg mcm org kebuluran...tersentuh jiwa seorang ibu sambil bergenang gak air mata aku ....huhuhu, emosi ke plak...

Gaya budak kebulur..huhuhu

Lepas bertenaga sket, nana main ngan abg n kakak dia...dlm kul 9 lebih, nana tidur balik, maybe sbb kesan ubat tidur tu lg..dlm kul 10.30mlm, en faiz bw amar n meera balik rumah.tinggal le aku n nana..seram gak tinggal sorang2 dlm bilik besar tu..  

Esoknya dlm kul 6 pg, nana request susu. Alhamdulilah, nana mng anak yg kuat..dia minum susu mcm xde masalah je mulut dia tu...Then, dia melantak bubur lak...Dlm kul 9 pg, Dr Wan dtg check n dia kata nana bo kuar wad...hooreyy!!!! 

Breakfast sambil melukis...xde gaya org kena jahit kan..

Ala tomei-tomei


Nana dah ready nak balik..selamat tinggal katil 618..

Semoga nana sembuh segera...thanks a lot pd semua yg dtg melawat dan yg sudi mendoakan kesihatan nana.


Sunday, September 15, 2013

Aidilfitri 2013

Syawal dah lama berlalu..tp, aku still nak post gambar raya utk buat kenangan...


Gambar beraya di kelantan je ada...Kat Perak x sempat nak bergambar, lgpun majoriti beradik yg lain dah pegi beraya rumah mertua lak..huhuhu..

Monday, September 9, 2013

Bibik baru-belajar bahasa jawa

Dah sebulan lebih kehidupan aku sekeluarga dibayangi kehadiran bibik semula…walaupun agak serik dgn manusia bergelar bibik (refer kes bibik buat hal), tapi disebabkan komitmen kerja, lastly kami ambil juga bibik ni.itupun terjadi secara kebetulan apabila tetiba kawan hubby offer utk ambil sepupu bibik dia yg msuk ke Malaysia secara pas pelancong sosial..

Lepas berfikir, kami decide utk tgk dulu calon tu… ceh, macam nak tgk calon menantu lak…hihihi..lepas tgk, rasa mcm ok..then, hubby pegi pejabat imegresen tanya prosedur pertukaran pas pelancong ke pas lawatan kerja sementara (PLKS). Disebabkan bibik ni dah masuk Malaysia guna pas pelancong, so kitorang kena mohon PLKS melalui JPVisa (Journey Perform Visa). Bukan apa, takut lak imegresen dah tak benarkan prosedur JPVisa ni. Pegawai kat Imegresen kata yg permohonan JPVisa ni boleh dilakukan sebelum September 2013 sbb kerajaan dah tak benarkan lagi JPVisa starting September ni..so, maybe rezeki kitorang kot…Lepas dpt greenlight dr pihak imegresen ni, kami pun mulaler operasi memohon Jpvisa bagi bibik ni, Mula2 rasa mcm remeh sebab kena buat sendiri..tapi, dgn panduan dr beberapa rakan blogger (http://aweng-mamaglam.blogspot.com/2011/07/prosedur-pengambilan-pembantu-rumah.html dan yg lain dah lupa ler…), rupa-rupanya proses ni xlah rumit sgt pun.. Dan Alhamdulillah sekali lagi, aku baru dpt surat dr Imegresen inform yg permohonan kami dah diluluskan….So, bermulalah semula kehidupan aku dan bibik..

Bibik baru ni dari Jawa Tengah, Wonosobo…dia pernah keje as maid kat arab saudi selama 6 tahun dan ni first time dia datang Malaysia.. walaupun berpengalaman tapi susah gak kalau x faham bahasa melayu.. dia minta anduh, pening aku fikir buat apa dia nak anduh..sapa yg patah tangan..rupa-rupanya anduh tu tuala..sebulan ni byk gak bahasa Jawa yg aku belajar..cthnya, sudu tu senduk, senduk tu cangkrong, lipas tu coro, percuma tu gratis,…ishh, pening gak nak makesure aku boleh berinteraksi ngan bibik ni….terpaksa le jugak aku minta tlg dr mr google..dan antara website yg sedikit sebanyak membantu aku spt http://www.familiazam.com/kamus_mel_ja.htm. Kalau korang nak belajar bahasa Jawa, boleh ler jenguk2 website ni..huahua..

Kaylah, korang doa2kan ler semoga jodoh aku n bibik ni panjang…hope kebetulan yg Allah atur utk pertemuan jodoh famili aku dgn bibik ni ada hikmahnya…respon dr anak2 pun okay…setakat ni mereka suka dgn bibik ni.. 


Niler pic bibik baru aku, namanya Kasiyam, umur 41 tahun..berisi sikit kan…:)

Saturday, September 7, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 6: Appreciation for Juara Mutiara Resort

Tu dia...sampai episode 6 entry psl Tioman ni...korang pun dah muak cite Tioman ni kan..huahuahua..

Actually, entry ni aku buat special untuk Juara Mutiara Resort (JMR) sebagai penghargaan di atas layanan yang baik sepanjang percutian kami di sana…

Apa yang aku suka psl JMR:

i.                     Layanan mesra dari pihak pengurusan
Layanan dr owner JMR suami isteri membuatkan aku rasa mcm dok rumah sendiri je…maybe sbb Ayu ni kwn kepada menantu dia kot…hehe, xlah..pakcik n makcik ni mmg baik…anak2 dia pun okay..x sombong la..
Aku lupa nama Pakcik owner chalet ni..tapi, pakcik ni mmg baik melayan kitorang..hehe thank pakcik!!

Ala, gambar blur..tapi, ni je gambar makcik owner cafe yg aku ada...makcik ni byk duduk di cafe je, uruskan cafe...simple je kan makcik ni, macam mak2 kita di kampung...

ii.                   Perkhidmatan 4WD yang baik
Bila aku baca review blogger yg lain psl kena naik 4WD ke Kg Juara, aku risau gak bila fikir klu 4WD yang disediakan oleh chalet tu x okay…bahaya beb sbb jalan tu curam gak..tapi, alhamdulillah sbb fizikal 4WD tu mmg okay, driver pun bw kenderaan dlm keadaan berhemah… comel gak driver tu..huahuahua…

i.                     Memenuhi semua janji dalam Pakej yang ditawarkan
Kadang-kadang ada pakej percutian ni promosi je lebih tapi, realitinyer byk yg x sama ngan pakej..tapi, alhamdulillah, pakej yg JMR offer semua betul…hehe, sempat lagi aku audit kan..maklumlah, nama pun auditor kan..hehe

ii.                   Berbaloi dengan harga pakej
Untuk percutian ni,  bagi pakej 3 hari 2 malam, aku hanya bayar RM960 untuk satu family (2 dewasa dan 2 kanak2). Disebabkan yana bwh umur 3 tahun, so FOC. Harga ni pun kami dpt selepas diskaun.
Pakej ni termasuk
a)  Return Ferry (Mersing – Tioman – Mersing)
b) Return Land Transport
c) Meals (2xBreakfast + 1xlunch + 1xDinner + 1xBBQ dinner)
d) Snorkeling trip + Marine park – 2nd day
e) 2 nights’ Accommodations: 3 Quad A/cond chalet.
So, consider murah le kan..klu kita nak item B tu pun dah RM50 per trip. Ulang alik dah RM100. Feri lak tambang RM70 bagi dewasa n RM60 bagi kanak-kanak utk perjalanan pegi balik dr Mersing ke Tioman. Snorkeling tu lak, klu kita pakej asing, boleh cecah RM50-RM100 bagi dewasa. Kanak-kanak maybe halfprice le kot…makanan dan minuman kat Tioman ni mahal sket berbanding di tanah besar, maybe sbb kos pengangkutan bahan mentah kot…so, berbaloi le klu makan minum kita dah masuk pakej..lagipun, kos penginapan pun dah termasuk dlm pakej…

iii.                  Makanan yang best
Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan untuk tekak dan perut kami sepanjang 3 hari dan 2 malam di Tioman. Makanan yang JMR provide amat memuaskan selera kami..mmg le tak dapat nak dibandingkan dengan selera hotel 5 bintang, tapi…hidangan yang ala-ala mak kita masak di kampung tu tak menghampakan kami ler.. anak-anak pun enjoy dengan makanan ni. Aku cukup risau dengan amar sbab dia cerewet sangat psl makanan, klu x kena selera dia, mmg dia tak makan..akibatnya, mama yang peninh\g..sebab tu ler mama siap2 bw bekal maggi and roti yang akan digunakan bila kecemasan.. tapi, alhamdulillah..semua makanan yg JMR provide mmg kena selera amar..so, mama x pening le ngan karenah amar…

iv.                 View yang menarik, damai, tenang
Tenang dan damai. Itulah perkataan yang sesuai untuk describe keadaan di sekitar JMR. Biarler gambar-gambar mengambarkan dua perkataan ini…







Gambar2 view byk yg diambil oleh En Najib..Thanks Najib sbb kongsi gambar ni..

Bak kata pujangga, setiap yang wujud pasti ada kelemahan. Begitu juga JMR. Hakikatnya, setiap benda tiada kesempurnaan. Namun kami terima seadanya..walauapapun, kami doakan semoga JMR sentiasa berjaya dalam urusannya..dan personally, bagi mereka yang inginkan percutian yang tenang dan damai tanpa mementingkan prestij, aku amat mencadangkan JMR sebagai lokasi pilihan…hehe, promosi x langsung ni….

Lastly, thanks JMR!!!!!ada rezeki InsyaAllah kitorang datang lagi…

Dan aku rasa entry ni dah jd penamat story psl Tioman....hopefully, 6 episod psl Tioman ni dpt memberi gambaran pada sesapa yg nak mengenali Tioman and Kampung Juara khasnya....

END-


Percutian di Pulau Tioman: Episod 5: Haiwan2 di Pulau Tioman

Huahuahua..tak habis2 lagi psl Tioman...

Actually entry ni just nak share psl sesuatu yg tak penting pun...hehehe

Kalau korang datang Pulau Tioman, korang kena ready untuk berjumpa dengan beberapa makhluk Allah yang lain di sini selain manuasia. Makhluk bergelar haiwan ye…makhluk lain dr manuasia n haiwan tu aku xnak sentuh ler..huahua

Haa..ni le haiwan yang aku rasa paling banyak kat sini…



Masa aku sampai kat Kg Juara tu, aku dengar bunyi mcm burung tapi pelik sket…bunyi tu dr atas pokok kelapa..mula-mula ingatkan gagak..bila tgk betul2, rupanya kelawar…besar2 and banyak lak tu...boleh dikatakan kat semua pokok ada kelawar bergayut....
mula-mula tu risau gak klu kelawar ni ganggu org..silap2 boleh jadi pontianak lak…tapi, alhamdulillah sepanjang 3 hr and 2 mlm tu, xdelah kelawar tu menganggu kami..Cuma, bising je bila dia nampak kami… maybe dia nak tegur kot n wish welcome…huahuahua…

Haiwan kedua ni mmg banyak di Kampung Juara..terutamanya di Kafe JMR. Bersepah-sepah…sampaikan anak-anak aku tak nak duduk diam kat kerusi msm makan..kerja diorang mengejar kucing-kucing… aduhh, kucing-kucing kampung ni lak jinak-jinak gak.. tapi, bila syik dikejar dan dibelasah dek budak2 ni., diorang pun fobia..nampak je anak-anak aku dtg, habis diorang menyorok…
Actually, ni bukan gambar kucing di Tioman. Gambar ni dr Mr Google...

hehe...aku x ambil pun gambar kucing sepanjang di Tioman..tak terfikir pun nak ambil...tapi, lebih kurang mcm ni ler rupa kucing kat situ..
Aku siap tanya kat En Faiz camner ler kucing byk2 ni boleh sampai di Pulau Tioman..takkan diorang berenang merentasi laut cina selatan kot..hehe...bengong kan..mesti ler ada org bawa diorang kan..huahua...

Binantang lain yg aku byk kali nampak adalah biawak…besar2 lak tu..Nana panggil buaya..hihi

Dlm 10 ekor biawak gak yg aku nampak/bertembung sepanjang 3 hr kat Tioman..consider banyak le tu..

Binatang2 lain yg aku jumpa....
- penyu (mcm yg aku story kat episode 3)
Joe, si penyu buta...balik rumah, meera n amar asyik tanya psl Joe. Nape Joe buta? Berapa umur Joe? Mana mama Joe? ...aduhhh..mana ler mama tahu...pening mama nak fikir jawapan...

- tupai

Ni antara gambar tupai yg dpt disnap oleh En Najib...

dan mcm kat kampung-kampung lain, kita boleh nampak binatang2 ternakan yang lain mcm ayam, burung and etc. di Kampung Juara ni.... 

Hehe..dah, tu jer...nak tengok haiwan lain, pegi zoo negara yek..:)

Thursday, September 5, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 4: Selamat tinggal....

Hari ni aku bangun awal sbb nak packing barang. Aku masak air siap2 utk buat air mandian (hehe..takut sejuk ler)…pukul 6.30pagi, aku kejutkan anak2 untuk mandi dan bersiap..
Pukul 7.30pg, kitorang gerak ke kafe utk ambil last breakfast di Tioman..menu hari ni mee goreng mmg kegemaran anakanda amar. So, dengan senyum lebar, amar habiskan 2 pinggan mee goreng..huhuhu..aku tak berani nak makan byk, takut termuntah lak dlm feri nnt..

Amar masih menikmati mee goreng..meera lak posing jap..

Bergambar bersama owner chalet..

Ala..nape nampak gemuk jer...(x sedar diri lagi tu..huahua..)

Suami sape le tu..baguih sungguh..rajin bebenor..

Lepas dah kenyang, kami balik ke bilik semula utk ambil semua beg. Tgh tunggu pajero datang, kita posing dulu….

susahnya nak suruh anak2 berposing..Ada yg masam..ada yg buat hal sendiri..meera n najmi gak yang sporting..

Pindah lokasi..tapi, hasil ttp sama..susah sungguh!!!

Kami semua..

Moga persahabatan kita berpanjangan..Amin..
 
Ayu and azhar tgh bagi budak2 makan ubat tahan mabuk..

Disebabkan ramai, 2 biji 4WD le kena htr kami ke Tekek..

4WD utk kami

Beg letak blkg je

Jam 8.30pagi, kami mulakan perjalanan dari Kampung Juara ke Tekek. Selamat tinggal Kg Juara…En faiz dan En najib decide duduk kat blkg pajero, kononnya nak menghirup kesegaran udara hutan..amar n najmi beria pujuk abah2 utk join duduk blkg..tp xleh sbb bahaya kot..

Seronok nampak...

Lalaun yang mendebarkan..

Meredah hutan.

Dan akhirnya, sampailer di Kampung tekek..

View dr atas bukit..

Kampung tekek

View gunung and hutan yang kami redah tadi..

Tgh turunkan beg..

Yana posing di jambatan menuju ke Jeti Tekek.bwh tu bot2 nelayan kot..

Sampai Jeti Tekek, kami daftar nama dan dapatkan pas masuk. Dlm 30minit gak kami tunggu feri..boring menunggu, kami berposing dulu…tak habis2 posing, hihi

View ruang menunggu..

Antara penumpang feri

huhuhu..

Geng mama lagi
Dapat keropok, okay ler dia..

En faiz dah tertido..Anak dia lak sibuk main game..

Akhirnya, feri yg dinanti tiba.. Alhamdulilah, kami dapat seat yang okay kali ni…  gara-gara makan ubat mabuk, semua tido, tapi amar sibuk main game dlm hp abah dia. Aku lak ngantuk tapi xleh nak tido sbb penat melayan karenah yana yang xnak tido… aduhh…bila aku dah terpejam, dia cucuk mata aku sambil jerit ‘angun’ (singkatan bagi perkataan bangun..)…

Tu dia feri kami..masa datang dulu, naik feri gemilang, balik lak naik Bistari 2

Feri mula gerak...Selamat tinggal Tioman...huhuhu (emosi lak time ni..)

View dlm feri..selesa le jugak..

Hehehe..aku n hubby..row depan, family Cikun n Najib, row blkg lak family Azhar n Ayu,..

Tengok tu..mcm2 gaya budak2 ni..ingat rumah korang ke..
Keropok lagi...

Nak susu..

Abah dan anak perempuan dah pengsan..anak lelaki lak sibuk ngan game..

Sampai di Mersing, geng2 bapa pegi ambil keta…so, si ibu2 ni kena le jaga anak2. Fuhh..penat jaga anak2 ni…macam-macam aksi yg diorang buat…
Posing pun dah jadi mcm guru besar...pening nak control budak 7 org ni....(hehe..)

Dah masuk semua brg dlm keta, kami singgah ke R&R Mersing  sebab kitorang tak sempat beli souvenior masa di Pulau Tioman. .. tapi, mmg berbaloi sbb harga barang kat R&R Mersing ni jauh lebih murah dari dlm Pulau Tioman..tapi, lupa nak snap gambar..

Lepas memborong, kami terus konvoi gerak ke Kluang. Aman le sikit dunia bila anak2 semua tidur sepanjang perjalanan sebab keletihan melasak dr awal pagi tadi..budak2 ni kalau jumpa geng, mmg takleh nak kawal..mama cakap pun diorang x heran dah…ishh, betul2  mennguji kesabaran mama le..
Dlm pukul 1 petang kot (dah lupa ler actual time..), kami sampai kat rumah Parents Cikun. Mak ayah cikun dah siap prepare lunch utk kitorang..best giler!!! Siap ada asam pedas and  terubok bakar lagi… bertambah-tambah laki aku makan.. lepas melantak nasi, mak cikun keluarkan lak laksa.. aduh, tak muat dah perut ni…

Anak2 seronok sbb ayah cikun belikan aiskrim, pastu bawa sorang2 naik moto round taman…lama gak lepak kat rumah mak cikun..tima kasih banyak2 makcik ajd pakcik kerana sudi menerima kunjungan kami…

Best dpt aiskrim..

Seronok ye dpt makan aiskrim

lepas asar kami bertolak balik…aku yg kekenyangan terus tertido..sedar2 dah kat highway..jalan lak jem giler..rupa-rupanya polis ada buat roadblock..kami sampai kat Bangi dalam kul 11 kot..akibat penat sangat, aku kemas sket2 jer..then, terus tido..esok kena keja lak, aduhhhh….malassssnya….


There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.