Wednesday, December 30, 2015

Seminggu cuti di Parit Buntar...Aishah Kawin

Alhamdulillah, selesai sudah minggu yang memenatkan..

18.12.2015 (Jumaat), balik dari ofis, aku terus mengemas dan masukkan barang dalam kereta. Setel  kunci rumah, aku terus hantar bibik ke bus stop. Call husband cakap yang aku dah nak gerak balik ke Perak...banyak betul amanat yang en faiz bagi. Almaklumler, ni kali pertama lepas 9 tahun kitorang kawin, En husband benarkan aku drive balik kampung tanpa dia. Susah gak nak yakinkan en husbandutk bagi kebenaran kat aku. Kalau boleh, dia suruh aku amik tiket bas jer..tapi, disebabkan aku nak duduk kampung seminggu, susah kalau takde transport. en husband takleh balik hari tu sbb dia kena keje esok.. aku lak mesti balik sbb adik aku nak nikah lepas zohor sabtu tu..

Alhamdulillah, perjalanan aku tiga beranak (amar takde sebab dia ikut tokma balik kelantan) lancar. Cuma traffic slow sket kat area behrang – ipoh sebab jalan 2 line jer..pastu ada accident lak kat sekitar tapah dan ipoh..meera dan yana banyak main ipad jer sbb aku dah warning jangan ganggu mama drive..Cuma, diorang asyik tanya kita dah sampai mana? So, aku kena jadi ala-ala tourist guide update setiap tempat yang kitorang tengah lalu tu..huhu..

Malam tu, kitorang pakaikan inai pada Aishah dan sibuk packing kuih untuk goodies tetamu. Semua tidur lewat malam tu, rasanya pukul 3 pagi baru aku dapat letak kepala atas bantal. Terussss....dengkur...kihkih

Pagi sabtu, kami adik beradik dah sibuk prepare untuk masak mee kari bagi hidangan majlis pernikahan petang tu.. Dalam pukul 11 lebih pagi, aku mula tugas jadi mak andam lak...hahaha...ni gara2 adik aku taknak upah makeup pengantin. So, kakak dia ni ler yg jadi bidan terjun..dah lama aku tinggal dunia alat2 makeup ni, so...terhegeh2 le sket nak conteng muka aishah ni... masa tunang dulu, aishah tak sempat nak belajar pakai contact lense. Tapi, aku dah warning dia untuk belajar pakai contact lense gak masa kawin ni. Lepas 1 jam menconteng muka si aishah ni, mak aku inform yang aku kena iring aishah ni masa dia akad nikah.. aduhhh, jadi bidan terjun lagi...huhu  

Sebelum ni, kalau ada majlis kawin, aku akan jd org kuat di dapur jer sbb kakak tikah aku yg akan jadi pengiring pengantin..tapi, kali ni dia ada anak kecik. So, aku ler yg jd bidan terjun..
Alhamdulilah, lepas 2 kali akad, Aishah jadi isteri orang ..

-          
Aishah dan husband 


Malam tu, En Faiz sampai dari KL...kami semua sibuk untuk last preparation untuk majlis esok..

Ahad, untuk majlis walimatulurus sebelah pengantin perempuan, lagi sekali aku jadi mak andam bidan terjun...lagi sekali gak, aku kena iring pengantin dan uruskan semua rombongan peneman...segan wehh, selalunya pengapit pengantin ni muda dan cun, tapi ni pengapit tua..huhu

-        


Pengantun dengan pengapit tua..kihkih 
 
Selesai majlis, petang tu jugak En Faiz terpaksa gerak balik KL sebab esoknya dia kena masuk ofis..hujung tahun ni, En Faiz mmg busy...tinggal ler aku dan 2 anak dara di Perak..Hari Selasa dan rabu , EN Faiz kena outstation ke Kuantan lak. Lepas setel keje di Kuantan, dia terus ke Kota Bharu untuk amik anak teruna aku yang tengah seronok bercuti di rumah tokmanya. Almaklumler, cuti sekolah dah nak habis..baju sekolah dia pun belum beli lagi.

Majlis sebelah lelaki buat sabtu minggu seterusnya. Disebabkan ituler, aku amik cuti direct seminggu. So, sabtu (26.12.2015), untuk majlis walimatulurus sebelah lelaki, sekali lagi aku jadi bidan terjun makeup Aishah. kihkih
 -          
Tema purple  



Walaupun, tempoh masa untuk persediaan kenduri ni agak terhad, berkat kerjasama kami 10 beradik dengan ipar2 yang komited, Alhamdulillah, majlis perkahwinan Aishah ni berjalan lancar...
Pagi Ahad, aku bangun awal sebab nak mengemas barang. Lepas breakfast, dalam pukul 8.30 pagi..aklu terus gerak balik ke Bangi. Alhamdulillah, jalan masih clear walaupun kereta banyak..pukul 1 petang, aku selamat sampai Bangi..En faiz yang bergerak dari kota bharu malam tadi pun sampai dalam pukul 12 tengahhari tu. Dia singgah Kuantan dulu malam tu sebab hantar adik dia. Lepas sarapan pagi, baru dia gerak dari Kuantan ke Bangi..

Sampai rumah, aku kemas apa yang patut dan makan tengahari..pastu, aku terus pengsannnnnn.........fuhh..satu minggu yang memenatkan.................


Huhuhu..malasnyer nak keje lepas seminggu cuti...


Tuesday, December 8, 2015

Tetiba rindu..

Tengah busy buat keje kat ofis, tetiba teringat kat anak teruna. Memang biasa kot kalau mak tetiba teringat kat anak masa tengah sibuk buat keje...tapi, kali ni rasa semacam jer..maybe sebab dah seminggu kot aku dah tak bebel kat amar..hihi..maklumler sekarang ni amar ada kat kelantan.

Dia ikut MIL balik Kelantan pada 1hb yang lepas. Lagipun, cuti sekolah kan..memang dari awal lagi amar request nak balik kelantan sebab nak lepak dgn abg cupie..

Hmm...kalau amar ada, rumah sentiasa meriah sebab amar ni kuat mengusik adik-adik gak.. bila dia takde ni, yana dan meera pun sunyi sebab tak cukup kuorum nak bergaduh..huhu


Bila rindu ni, mula le nak belek balik gambar2 yang ada dalam hp.. macam poyo je kan..hihi..


Amar masa baby..


Umur 2 tahun..tembam masa ni..

Dengan abang sepupu kesayangannya, cupie..a.k.a idola kesayangan. kuat betul chemistry diorang berdua ni walaupun jarak umur diorang dekat 5 tahun gak. 
kalau berjumpa, memang berkepit je ler 24 jam..

Gaya seorang abang..dah jadi anak teruna..

Seorang abang yang penyayang. tapi, kuat mengusik gak ni... 

Sedih gak aku bila meera and yana dok tanya bila abang nak balik. bukan mama je rindu, adik2 pun rindu kat abang..hmmm..... 



Sunday, November 29, 2015

Novel DONA KARAN PENANG – Tahniah buat novelis Fatihah Pauzihal

25 – 29 November yang lalu telah berlangsung Ekspo Buku Malaysia bertempat di PWTC, KL. Mungkin pada kita Ekspo macam ni adalah biasa. Tapi, bagi kakak iparku, Ekspo kali ni amat istimewa sebab novel terbaru dia berjudul DONA KARAN PENANG dilancarkan pada pesta buku ni.

DONA KARAN PENANG 

Nama sebenar kakak ipar aku aka Kak Ah ni Siti Fatihah Bt Pauzihal-Ali, manakala nama pena dia adalah Fatihah Pauzihal. Sebenarnya Kak Ah ni memang minat menulis dari kecil. Novel DONA KARAN PENANG ni adalah novel ketiga beliau selepas novel Nurul Laila Suria dan Lavender dari Rochester.
-          
Novel Nurul Laila Suria dan Lavender dari Rochester.

Selain tu, ada gak cerpen beliau yang diterbitkan melalui buku Antologi Cerpen - Kisah Cinta Seribu Wajah. Cerpen ‘Mengenangmu’ ni pasal real story kisah hidup kak ah masa kehilangan arwah suami. Memang best dan menyentap emosi! 
-          
Kisah Cinta Seribu Wajah

Sempena pelancaran ni, kak ah diminta untuk hadir ke Booth Jemari Seni pada 28 November 2015 bagi sesi bertemu pembeli/peminat... Disebabkan husband kerja sabtu tu, jadi aku tolong hantar Kak Ah dan husband lak akan amik lepas Kak Ah selesai sesi bertemu peminat. Sebab nak elakkan jam, kitorang keluar awal dalam pukul 9 pagi. Alhamdulillah, walaupun keta banyak tapi jalan masih lancar. Kitorang sampai PWTC dalam pukul 9.45 pagi.. Kali ni, aku bawa Amar dan cupie (anak Kak Ah) je. Yana dan Meera kena tinggal di rumah dengan tokma diorang...menangis2 yana dan meera nak ikut. Tapi, kalau aku bawa diorang, aku risau aku jadi hulk je nanti..huhu

Sampai tapak Ekspo, Amar terus cari booth gempak starz sebab nak cari komik favourite dia. Dah dpt komik dia, dia terus ajak balik. hmm...boleh gitu?  

Lepas pusing semua booth, kitorang pergi booth Jemari Seni. Jam pun dah pukul 11 pagi..Kak Ah dah kena mula bertugas.. Amar lak terus cari tempat duduk dan mengadap komik dia..

Tengok tu..amar terus mengadap komik jer.. cupie lak dok layan gajet..

Booth Jemari Seni milik JS Adiwarna Publications & Distributions Sdn Bhd

Banner Jemari Seni

Kak Ah memulakan sesi sain autograf pada buku Novel Dona Karan Penang.. berdebar-debar tu..hihi

Antara buyer awal yang beli Novel Dona Karan Penang hari tu.. thanks dear sebab support my sis..:) 

Another buyer.. thanks dear :)

Novel DONA KARAN PENANG di ruang buku TERBAHARU... fresh dari kilang gitu!!

View dari luar.. masa ni awal lagi, dalam pukul 10 pagi lebih...masih belum sesak.

Pengunjung dah mula ramai...

EKSPO BUKU MALAYSIA, 25-29 November 2015. 


Dalam pukul 11.30, aku terus gerak balik sebab takut jalan makin jem kalau gerak lambat.

Untuk Kak Ah, tahniah sempena pelancaran novel ketiga ni. Untuk rakan yang berminat, novel ni mula dipasarkan bermula esok (1 Disember 2015). Jadi, boleh ler dapatkan novel ni di kedai buku berdekatan yer... J




Thursday, November 26, 2015

November Event 3 - Pergi meminang bakal adik ipar (Tunang Daud)

Walaupun aku ada 10 orang adik beradik, tapi aku ada sorang je adik lelaki dan sorang abang. Jadi, pengalaman pergi meminang tu mmg xde ler sebab selalunya orang yang rumah aku untuk datang meminang kakak dan adik perempuan. Termasuk le aku..hihi..masa abang aku kawin, aku budak lagi. So, mmg x ambik tahu le hal2 macam ni..

Kalau minggu lepas, aku kelam kabut dengan pertunangan esah (masukkan hyperlink) dan majlis konvokesyen ameera (hyperlink), minggu ni sekali lagi aku balik Perak untuk urusan meminang bakal isteri Daud. Disebabkan bakal tunang Daud ni orang Seri Iskandar, jadi aku terus pergi rumah abang aku di Ipoh pada malam Jumaat tu. 

Kami bertolak pukul 12 tengahmalam tapi singgah Subang jap untuk hantar bibik ke rumah husband dia..kasi can bibik honeymoon ngan husband..huhu..utk pengetahuan korang, tahun ni aku n hubby baik hati bagi bibik bercuti every weekend. Bukan baik hati sebenarnya, tapi malas nak tgk bibik monyok je teringat kat laki dia..pastu, menyampah aku tgk dia dok bergayut ngan husband dia.. so, lebih baik dia cuti, mata aku pun senang x nampak dia bergayut.. lagipun, boleh ler aku n husband berseksi-seksi di rumah..hikhik..

Huhu..melalut lak... Balik pada cerita asal yer.. lepas hantar bibik, kitorang terus pecut ke Ipoh. Sampai rumah abang aku dalam pukul 4 pagi..dek ngantuk, terus tido.. pukul 6 lebih, aku bangun kononnya nak tolong kakak ipar aku sediakan breakfast. Tapi, hehe..kakak ipar aku dah siap pun masak..

Pukul 7 lebih, adik aku inform yang diorang 4 biji kereta termasuk makcik2 dan pakcik2 aku baru bertolak dari Parit Buntar ke Ipoh. Pukul 9 lebih diorang sampai rumah abang aku. Kitorang breakfast dulu. Dalam pukul 10 pagi, kitorang mula bertolak ke Seri Iskandar. Dalam 30 minit, kitorang sampai Seri Iskandar. Adik aku yang stay kat Manjung dah siap tunggu kitorang kat situ..

Dah kumpul semua 7 biji kereta, kitorang terus bergerak ke rumah bakal tunang Daud. Sampai je, kitorang dihidang dulu dengan jamuan ringkas. Lepas minum, majlis perbincangan dimulakan..

Hidangan kedua-dua belah pihak lekaki (kanan) dan perempuan (kiri)
  

Sesi perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan

Aku tak masuk dalam rumah masa ni sebab dah penuh. Jadi, kitorang duduk luar je.. Lepas perbincangan dimuktamadkan, bakal pengantin perempuan dipanggil keluar untuk sesi sarung cincin sebagai tanda termetrainya janji pertuangan..

Cincin jari kanan dulu.. gabra mak aku nak sarung cincin kat bakal menantu..hihi

Cincin kedua di jari kiri. Actually satu cincin untuk merisik dan satu lagi untuk meminang

Salam bakal mak mertua

Bakal pengantin dengan mak dan bakal mak mertua

Bakal Pengantin dengan bakal kakak dan adik ipar.. huhu..tembamnye aku dalam gambar ni..

Pose istimewa dari Syatrah An-Nujma

Gambar ni aku candid. Comel kan kucing tu? siap pakai baju lagi..ni kucing kesayangan Syatrah.

Lepas habis sesi bergambar, kitorang dihidangkan pulak dengan makan tengahari..huhu..makin gemuk le aku..

Ni ler adik aku, Daud. Masa majlis perbincangan, adik aku ni gi lepak kat kedai mamak. Lepas perbincangan, pihak perempuan suruh panggil dia untuk makan kononnya.. Lepas adik aku makan, diorang suruh masuk rumah untuk bergambar.. mula2, malu kucing le Daud ni..hikhik 

Malu le sangat yer.. dalam hati, bukan main lagi excited kan..
 
Lepas selesai, kitorang bergerak ke rumah abang aku di Ipoh untuk solat zohor dan berehat jap.. Geng2 driver sempat lagi time ni amik peluang tidur kejap untuk caj bateri sebelum mula perjalanan pulang ke KL (bagi family aku), Pangkor (Adik aku Teah) dan Parit Buntar. Pukul 4 petang, semua yang lain bergerak pulang. Lepas tolong mengemas apa yang patut dan siapkan anak2 aku, pukul 5 petang kami bergerak pulang ke KL. Alhamdulilah, perjalanan kami lancar dan pukul 9 malam kami selamat tiba di rumah...


Untuk Daud dan Syatrah, akak doakan moga hubungan korang diberkatiNya dan masjid yang dirancang akan terbina dengan kukuhnya..Aminnn...


Tuesday, November 24, 2015

November Event 2 _ Konvokesyen Ameera

Cepat je masa berlalu kan.. dalam x sedar, anak dara aku ni dah nak masuk sekolah rendah tahun depan..

15hb November yang lepas, majlis konvokesyen Ameera sempena tamat alam tadika..
Disebabkan nak attend gak majlis konvokesyen ameera, lepas habis majlis tunang esah 14hb tu, aku terus amik bas balik ke KL pukul 12 malam tu. Dek penat seharian dengan urusan majlis esah tu, aku terus terlelap bila bas mula berjalan..yana lak mmg dah tertidur dari rumah mak aku. Masa aku kejutkan dia nak gi bus stop tu pun, dia mamai2 jer.. aku tersedar bila bas sampai Hentian Jalan Duta. Sampai TBS dalam jam 4.30 pagi, aku call en husband tapi tak berangkat. Huhu..mesti en husband tidur mati ni..

Aku ngan Yana pun jalan2 kat TBS tu sambil tengok gelagat org. Semua kerusi dan ceruk2 kat TBS tu penuh ngan org tidur. Macam2 gaya lak tu..hihi.maklumler baru pukul 4 lebih kan, sure semua orang mengantuk..  Yana tanya aku nape semua orang tido sini, mereka tak ade rumah ke? Hihi...
Aku bawa Yana masuk kedai 7 eleven tp semua meja kecik tempat org lepak minum dlm 7 eleven tu penuh..so, aku gi KKMart. Mujur ada meja kosong. So, aku lepak situ sambil pekena kopi.. yana lak request nak makan maggi. Aku okay je ler sbb kesian dia kesejukan.. dapat pekena maggi panas, memang ummppphhh!!!

-         


Dlm masa tu, aku try call en husband lagi. Lepas cubaan kali ke 20 kot, baru ler suara hubby angkat call aku.. dalam kul 5.30 pagi, baru ler en hubby sampai amik aku n yana.. sampai rumah jer, aku terus sambung pengsan..hihi

Sedar2, hubby kejut aku. Rupanya, dah pukul 10 pagi.. Hubby ajak gi Seremban utk majlis akikah anak kawan. Aduhh...kelam kabut le aku bersiap. Habis majlis dalam pukul 1 petang, kitorang terus rushing balik ke Bangi.. hujan lak lebat.. mmg x sempat ler kalau nak balik rumah sebab majlis konvokesyen meera start pukul 2 petang. Dek dah lambat, aku siapkan meera dalam kereta. Sampai sekolah meera jam 2.05 ptg. Kerusi tetamu semua dah penuh, huhu....terpaksaler kitorang ambil kerusi tambahan dan dok tepi tangga..xpelah, yg penting boleh nampak meera buat persembahan dan naik pentas..

Persembahan lagu 'Teman Sejati'dari kelas ameera. 

Tengah beratur nak amik sijil konvokesyen

Lor...nape serius je meera? 

Gambar kenangan semua student 6 tahun.. tapi, mmg susah nak manage budak2 ni bergambar..
nampak tak yang mana satu meera?

Haa..tu dia!!! barisan kedua dari bawah..no 2 dari kiri..


Tahun depan tinggal yana sorang kat tadika sebab meera dah masuk sekolah rendah. Risau je rasa sbb yana ni angin dia pelik sket.. tahun ni jer, dia sekolah sampai bulan 7 jer..pastu, dia xnak gi sekolah dah.. kena paksa pun, dia buat dek jer..bibik pun pening bila yana mengamuk kat depan sekolah x nak masuk sekolah.. haih, macam2 ragam anak2 ni.. Hopefully, Allah permudahkan semuanya tahun hadapan..

Mula-mula yana takut nak bergambar dengan maskot ni..lepas dipujuk, baru ler dia mahu..

Untuk meera, mama doakan akak sukses di alam sekolah rendah. J



Monday, November 23, 2015

November Event 1- Pertunangan Aishah

Huh..November yang sungguh memenatkan.. mana taknya, dua adik aku bertunang bulan ni. Dua-dua lak secara mengejut.. pastu lak, bulan November ni sibuk ngan majlis anugerah dan konvokesyen anak-anak.

Nak tulis semua dalam satu entry, mmg panjang ler.. Jadi, untuk entry ni, aku story dulu pasal majlis pertunangan adik aku, si Aishah yer..

Aishah ni anak ke 7 dari 10 adik beradik aku. Dalam keluarga, nama manja Aishah ni adalah Esah.. Aku sangat2 ler terhutang budi kat aishah ni sebab dia sanggup berkorban untuk tinggal di kampung bagi menjaga mak aku lepas arwah ayah meninggalkan kami pada tahun 2010.

Bulan 10 yang lepas, ada orang datang merisik Esah. Disebabkan sibuk dengan majlis kawin si ajai, mak minta tangguh dulu urusan merisik Esah.. Lepas kenduri kawin ajai selesai, pihak lelaki terus datang merisik pada 6 November. Lepas perbincangan keluarga dan Esah buat solat istikarah, akhirnya pihak kami memberi persetujuan untuk meneruskan hubungan antara dua pihak. Pihak lelaki decide nak masuk meminang pada 14 November 2012. Fuh...ada seminggu je masa nak buat persediaan majlis bertunang. Berpinar gak otak aku ni..

Disebabkan amar ada tournament bola 14hb dan meera ada konvokesyen tadika 15hb tu, aku dan hubby decide untuk agih keje. Aku dan yana balik perak naik bas, manakala hubby uruskan program amar dan meera.

13hb malam tu, aku naik bas terus ke parit buntar. Alhamdulillah, jam 4 pagi, aku selamat sampai. Sampai rumah, terus tengok persediaan hantaran. Lepas hantaran setel, aku uruskan memasak untuk majlis petang tu plak.. Alhamdulilah, kami adik beradik 10 orang berjaya uruskan semuanya dengan baik. Majlis mula pukul 5 petang dan selesai pukul 6.30 petang.

Masa majlis pertunangan, pihak lelaki request nak buat majlis kawin sebelah lelaki pada 26 Disember ni. Errkkk!!!! Ada sebulan je lagi tu.. Mak aku decide untuk buat majlis nikah dan kawin sebelah perempuan pada 20 Disember 2015. Fuh..rasa macam nak gugur jantung aku ni bila fikir kelam kabut nya hidup aku dalam dua bulan ni.. sempat ke nak buat kad kawin, cari baju pengantin, etc dalam tempoh sebulan ni? Huhu...

Selesai urusan, kami sekeluarga bermesyuarat untuk majlis pertunangan adik aku no 8 lak, Daud. Nanti aku story dalam entry lain yer..

Korang tolong doakan sekali yer semoga majlis Esah yang dirancang pada 20hb Disember ni berjalan lancar yer.. Anyway, jom layan gambar majlis pertunangan yang simple...:)







Monday, October 19, 2015

Majlis resepsi Siti Hajar dan Karim

Fuhh...lega rasa bila majlis resepsi adikku, ajai selesai dengan lancarnya...Alhamdulillah..

Bila family decide tarikh kawin pada hari raya haji ketiga, aku dah bayangkan yang hari raya kitorang takkan berapa nak raya lah sbb masing-masing akan sibuk dgn persediaan kenduri.. aku sendiri pun, pagi raya baru bertolak dari Bangi balik Parit Buntar. Maklumler, komitmen kerja..huhu

24/9-Lepas solat subuh, aku terus siapkan anak2 untuk bertolak balik ke kampung dengan berbaju raya. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar sampai ke kampung. Sampai je kampung, terus sibuk dengan macam-macam urusan. Bayangkan bila 40 orang berkumpul dalam satu rumah..fuhh, nak sediakan makanan pun dah macam nak kenduri jer.. bayangkan dengan hiruk piruk suara budak-budak tgh main, suara baby menangis...perghhh..mmg meriah ler..anak-anak aku pun dah tak ingat mak dia sbb seronok sgt bermain. Diorang cari aku bila lapar dan dahaga jer.. huhuhu..

25/9- Hari raya kedua, yakni sehari sebelum kenduri tu memang sibuk ler.. masing-masing ada bahagian kerja, ada yang buat kuah laksa untuk majlis kenduri nanti, ada yang kena lekat telur pada bunga telur, siapkan bilik pengantin dan siapkan beg hadiah untuk tetamu. Jiran-jiran dan saudara2 pun ramai yang datang tolong..aku? hehe..aku tukang kalut je. Sebagai anak tuan rumah, aku kelam kabut pastikan semuanya lancar..

26/9 – KENDURI!!!! 
Pagi hari kenduri tu, mak aku buat majlis tahlil untuk arwah ayah. So, awal pagi tu busy menguruskan majlis tahlil tu..dalam pukul 11 majlis tahlil selesai. Mujur pihak katering sampai awal. So, boleh terus makan..Alhamdulillah, cuaca pun baik je hari tu..tak panas sangat...Makanan pun sedap. Laksa yang kami buat sold out jam 3 petang, ALhamdulillah.. tetamu datang tak henti2 sampai jam 7 malam. Malam tu jam 11 aku dah pengsan, memang letih sesangat.


Dek kerana sibuk sangat, aku tak sempat pun nak pegang hp utk snap gambar..hp aku pun x tahu kat mana masa majlis tu..Cuma, pada sebelah petang, masa tetamu dah tak ramai, ajai request utk ambil gambar keluarga. So, ada le sket gambar aku terselit kat situ...Jadi, jom kita layan gambar yang aku ambik dr adik aku... 

Pengantin baru sampai.. lol, apasal aku keras je pegang bunga telur tu..

Ni ler adik aku, ajai dengan husband dia, karim. adik aku ni memang sempoi sket.. kalau pengantin lain, mesti nak makeup masa hari kenduri. Ajai ni plak, beria tak nak makeup. Bila aku dah bising2, baru ler dia letak lipstik sket...huhuhu.. xpelah dik..yang penting, laki ko suka..

Ni ler sebahagian keluarga aku..ada 32 orang je dalam gambar ni. Lagi 8 orang ada urusan x dpt dielak kot..hihi.. dapat tak kesan mana I? Hihi..

Hehehe...nak gak jadi pengantin sehari...En Hubby macam muka terpaksa jer..hmmmmm 




Thursday, September 3, 2015

Dapat adik ipar baru

30.8.2015, adik aku 'siti hajar' selamat diijabkabul...Alhamdulillah. 

Maksudnya anggota keluarga aku pun bertambah le lg sorang. sekarang ni mak aku dah ada 7 menantu dan 22 cucu. Total ahli keluarga aku pun dah jadi 40 orang...memang meriah bila semua berkumpul, hikhik...

InsyaAllah, majlis kawin akan diadakan hari ketiga raya haji ni.

Abang aku yang merangkap Wali jadi jurunikah..Hihi...lg berdebar ler pengantin lelaki.  

Alhamdulilah...2 kali lafaz, hajar sah jd seorang isteri... mas kawin jd saksi. 

Gelang tangan utk si isteri

Pengantin dengan mak dan mak mertua

Frust gak sbb x sempat pun nak amik gambar dgn pengantin. Satu keping gambar pun xde sbb aku kena jadi bibik kat dapur...huhuhu..

Utk hajar n karim, tahniah dan semoga masjid yg dibina sentiasa dirahmatiNya..InsyaAllah..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.