Huh..November yang sungguh memenatkan.. mana taknya, dua
adik aku bertunang bulan ni. Dua-dua lak secara mengejut.. pastu lak, bulan
November ni sibuk ngan majlis anugerah dan konvokesyen anak-anak.
Nak tulis semua dalam satu entry, mmg panjang ler.. Jadi, untuk
entry ni, aku story dulu pasal majlis pertunangan adik aku, si Aishah yer..
Aishah ni anak ke 7 dari 10 adik beradik aku. Dalam keluarga,
nama manja Aishah ni adalah Esah.. Aku sangat2 ler terhutang budi kat aishah ni
sebab dia sanggup berkorban untuk tinggal di kampung bagi menjaga mak aku lepas
arwah ayah meninggalkan kami pada tahun 2010.
Bulan 10 yang lepas, ada orang datang merisik Esah.
Disebabkan sibuk dengan majlis kawin si ajai, mak minta tangguh dulu urusan
merisik Esah.. Lepas kenduri kawin ajai selesai, pihak lelaki terus datang
merisik pada 6 November. Lepas perbincangan keluarga dan Esah buat solat
istikarah, akhirnya pihak kami memberi persetujuan untuk meneruskan hubungan
antara dua pihak. Pihak lelaki decide nak masuk meminang pada 14 November 2012.
Fuh...ada seminggu je masa nak buat persediaan majlis bertunang. Berpinar gak
otak aku ni..
Disebabkan amar ada tournament bola 14hb dan meera ada konvokesyen
tadika 15hb tu, aku dan hubby decide untuk agih keje. Aku dan yana balik perak
naik bas, manakala hubby uruskan program amar dan meera.
13hb malam tu, aku naik bas terus ke parit buntar.
Alhamdulillah, jam 4 pagi, aku selamat sampai. Sampai rumah, terus tengok
persediaan hantaran. Lepas hantaran setel, aku uruskan memasak untuk majlis
petang tu plak.. Alhamdulilah, kami adik beradik 10 orang berjaya uruskan
semuanya dengan baik. Majlis mula pukul 5 petang dan selesai pukul 6.30 petang.
Masa majlis pertunangan, pihak lelaki request nak buat majlis kawin sebelah lelaki pada 26 Disember ni. Errkkk!!!! Ada sebulan je lagi tu.. Mak aku decide untuk buat majlis nikah dan kawin sebelah perempuan pada 20 Disember 2015. Fuh..rasa macam nak gugur jantung aku ni bila fikir kelam kabut nya hidup aku dalam dua bulan ni.. sempat ke nak buat kad kawin, cari baju pengantin, etc dalam tempoh sebulan ni? Huhu...
Selesai urusan, kami sekeluarga bermesyuarat untuk majlis pertunangan adik aku no 8 lak, Daud. Nanti aku story dalam entry lain yer..
Korang tolong doakan sekali yer semoga majlis Esah yang dirancang pada 20hb Disember ni berjalan lancar yer.. Anyway, jom layan gambar majlis pertunangan yang simple...:)
No comments:
Post a Comment