Showing posts with label Alkisah. Show all posts
Showing posts with label Alkisah. Show all posts

Monday, October 9, 2017

Sesi CSR Alumni PMKP 98/99 dengan Pusat Anak-Anak Yatim & Miskin Sabak Bernam (PAYSA)

Story Throwback - lama dah tersimpan kat 'draft', lupa nak post..hehe

Sebenarnya, program CSR anjuran Alumni PMKP 98/99 ni dah mula dijalankan sejak tahun 2013 lagi. Masa tu, kami pilih Pusat jagaan Anak Yatim Miskin Sri Kundang di Rawang (http://af-aziey.blogspot.my/2013/12/anak-yatim-dan-anak-miskin-perlukan-kita.html), Untuk program CSR kali ke 4 ni pulak, kami pilih Pusat Anak-Anak Yatim & Miskin Sabak Bernam atau singkatannya PAYSA. 


Alhamdulillah, kali ni kami dapat kumpul lebih kurang 30 alumni untuk terlibat secara langsung pada hari program. Tapi sebenarnya, ramai alumni lain yang terlibat secara tak langsung dari segi sumbangan idea, wang dan sokongan. Cuma, mereka ni tak dapat join pada hari program disebabkan faktor jarak, kekangan tugas dan hal-hal peribadi.


Atas faktor logistik, kami pilih Sekin Resort untuk jadi lokasi program disebabkan rumah PAYSA tu dekat je dekat Resort ni. Mulanya aku tak tahu pun Resort ni kepunyaan Dato Jamal yang suka buat havoc depan pejabat SUK Selangor tu.. bila kes Resort dia kena serbu dengan Majlis Perbandaran Sabak Bernam, baru ler aku tahu ni Resort ni milik Si Jamal tu..



Ikutkan program CSR ni hari Ahad iaitu 22.1.2017. Disebabkan ramai yang tinggal jauh, so kitorang decide untuk bermalam di Sekin Resort ni dari hari Sabtu. Alang-alang dah berkumpul, kitorang buat sekali ala-ala family day pada hari Sabtu tu. Lepas check in, akan ada program D’Tour d Sekinchan. Hihi..macam gah je kan bunyi.. actually, lawatan ni guna tram yang disediakan Resort untuk tengok sawah padi, kilang padi, kilang kerepek, kilang bahulu dan pantai Redang. Malam lak ada BBQ, sukaneka dan karoake.






Tapi, aku tak leh nak citer panjang pasal program hari sabtu ni sebab aku sampai Resort pun pukul 12.00 malam. Sebabnya, pagi sabtu tu masa tengah packing barang nak ke Sekinchan, aku dapat call dari kampung inform yang pakcik (adik mak aku) meninggal di Taiping. So, kitorang terpaksa tukar plan balik ke Taiping dulu. Lepas selesai urusan pengebumian, kitorang patah balik ke Sekinchan dan Alhamdulillah sampai pukul 12 malam. Sebab penat sangat, aku dan anak2 tidur awal tapi laki aku gi melepak lak dengan kawan2 dia sampai pukul 5 pagi.. lelaki kan..

Esoknya, lepas subuh, terus kejut anak2 untuk bersiap. Dalam pukul 8 pagi, anak-anak PAYSA dah sampai. So, kitorang suruh diorang breakfast dulu. Kami pun join breakfast sekali dengan diorang gak..




Lepas breakfast, program mula dengan sesi bersama Jabatan Masyarakat Malaysia (JKM). Banyak info yang pegawai JKM ni bagi.. Lepas tu, program santapan jiwa dengan Ustaz Ashraf Al-Muqri Suarin. Bagi sapa yang selalu tengok TV Al Hijrah, memang kenal le ustaz ni sebab ustaz ni selebriti TV Al Hijrah. Tapi, slot dengan ustaz ni memang terbaik ler. Santai tapi betul-betul terkesan di hati semua samaada anak2 PAYSA dan kami sendiri. Boleh kata 99% yang hadir bergenang le air mata.  

Kelakar tul time ni sebab meera beria-ria nangis sambil sapu kaki aku. Ni gara2 ustaz suruh anak2 minta maaf dengan ibubapa sambil sapu kaki ibu dan ayah. Mula2 rasa kelakar, tapi last2 aku lak rasa sebak. En hubby pun merah mata tahan nangis..hahaha

Lepas tu, ada program aktiviti berkumpulan anak2 PAYSA. Anak2 PAYSA ni dipecahkan kepada 5 kumpulan dan seorang fasilitator akan dilantik untuk membimbing kumpulan ni. Ntah camner, tetiba nama aku dipanggil untuk jadi fasilitator. Adoii..
Untuk aktiviti kumpulan ni, semua kumpulan kena buat satu persembahan. Aku memang fail le bab2 ni... jadi, aku terus minta Mas tolong aku. Mas ni cikgu tau..so, bab2 handle budak2 ni memang kacang le bagi dia. Aku jadi penasihat jer., hahah.



Haa.. tengok tu..Mas le yang train persembahan untuk kumpulan aku ni. Mulanya, budak2 tu nak buar tarian raver. Tapi, aku macam mmmmmm... lastly, budak2 tu decide nak nyanyi lagu Ayda Jebat,  Pencuri Hati kauu...aku sengih jelah sbb aku pun tak hafal lagu tu. Hahaha... laki aku yang mai tolong ajar Budak2 ni ada masa 30 minit je untuk berlatih..tapi, diorang memang dasyat.. dengan tunjuk ajar Cikgu Mas, memang terbaiklah..

Masa persembahan, memang enjoy...bukan setakat anak2 PAYSA yang menari atas stage, habis semua anak2 kami pun tumpang sekaki naik stage menari.. Dan, kumpulan aku dapat no 2!!!! Terbaikler Cikgu Mas.. Kalau aku yang ajar, confirm dapat no last..hahaha


Lepas setel bergembira, ada sesi penyampaian sumbangan pada wakil PAYSA. Masa ni pun syahdu gak, aku dengar Pengarah program siap menitik air mata. Aku takde lah dalam dewan masa tu sebab dok sibuk urus kat luar. Dah setel sesi sumbangan, kami buat adhoc majlis sambutan harijadi. Kebetulan hari tu ada besday seorang anak PAYSA dan seorang anak Alumni. So, kita potong kek dan makan ramai-ramai..
Happy birthday dik !!!!!


Macam biasa, Doktor Ainuddin dan staf2 sponsor pemeriksaan percuma gigi. 

Lepas tu, sama-sama lunch. Happy tengok riak wajah anak2 PAYSA. Lepas lunch, kami sama2 pergi ke rumah PAYSA untuk hantar anak2 ni dan semua barang-barang sumbangan yang kami dapat kumpul.

Sebahagian daripada barang sumbangan ke PAYSA. 

Alhamdulillah, walau simple je program ni, harap-harap anak2 PAYSA bergembira dan semoga sedikit sumbangan ni dapat membantu mereka seadanya.

Lepas dah kemas barang2, kami check out hotel dalam pukul 3 petang. On the way balik, sempat lagi kami singgah kat Cendol Durian Borhan, pekena cendol dan rojak dulu. Perghhh, memang puas hati cendol durian kat situ.. dah kenyang, kami sambung perjalanan balik rumah.. masuk highway, laki aku dah lalok sebab perut kenyang sangat. Last skali, terpaksa le tukar driver. Sepanjang jalan, laki dan anak-anak aku tidur, letih sangat le tu.

Pekena cendol dulu.. mmg terbaik!!!!

Untuk alumni PMKP 98/99, tahniah untuk anda semua!!! Semoga sedikit usaha kita ini diberkatiNya...

Alumni PMKP 98/99


Alumni kelas KK7, Seia, Kid, Faiz dan Aku. 
Masa matriks, asyik gaduh jer, mmg tak pernah terfikir aku n Faiz akan jadi lakibini..hikhik


Sama ke muka kitorang? Ntahler, ramai betul yang confius antara aku dan si Siti ni. Yang penting laki aku x confius yang mana satu bini dia..hahaha






Sunday, July 24, 2016

First time dapat derma darah

Dari zaman belajar dulu, aku pernah cuba nasib banyak kali untuk derma darah. Tapi, malangnya setiap kali test mesti tak lepas untuk derma sebab hemoglobin (hb) aku rendah.

Isnin lepas (18 Julai 2016), ada pihak dari Hospital Tunku Jaafar datang ke kompleks D'S2 mall (bawah ofis aku) untuk program derma darah. So, kawan ofis aku ajak turun untuk derma. Aku pun join turun walaupun dalam hati fikir yang aku ni tak layak pun nak derma. Takpelah, niat nak teman and support kawan-kawan..

Sampai bawah, bila diorang dok isi borang, aku pun isi ler sekali..saja nak test berapa Hb darah..hihi..

Sekali masa test tu, staf HTJ tu cakap yang Hb aku 12.7, so boleh ler derma darah sebab limit untuk derma bagi perempuan mesti lebih dari 12.5. Happy giler rasa masa tu sebab macam tak caya jer. So, hari ni dalam sejarah ler.. aku derma darah...Alhamdulillah..harap sedikit darah aku ni dapat le membantu sesiapa yang memerlukan.. so, story ni kena post dalam blog, maklumler 'Hari ni Dalam Sejarah' kan...


Yang berdiri tu nazri and siti, satu department dengan aku...heee.. 

Lepas dah setel pasang 'line' aku, nurse ni buat 'line' utk siti lak... so, sambil tunggu darah penuh, kita layan fb dulu yer..heeee

Panjang sengih nazri :)  hihi


So....untuk semua, .jom derma darah!!! .. :)


Monday, January 18, 2016

Jom tuai padi...

Weekend lepas, abang sulung aku ajak semua kami adik beradik balik kampung utk tolong tuai padi. Selalunya, mesin padi yang akan ambil padi. Tapi, disebabkan cuaca yang x menentu dan asyik hujan je, mesin padi tak berani masuk bendang sebab tanah lembut..takut terbenam katanya..

So, lepas dapat restu en suami, aku naik bas dengan yana terus ke parit buntar. 

Sabtu pagi tu, terus le kami mula misi tuai padi...  mula-mula tu, kekok gak sebab dah lama gak tak pegang pisau mengerat tu.. tengah dok syok zass-zass potong pokok padi tu, tetiba je aku rasa pedih kat kaki..angkat je kaki, nampak sekor lintah tengah sedap sedut darah aku..pergghhhh...apa lagi, terus tarik dan spontan aku potong badan dia..erkkk, macam kejam je kan. Tapi, tindakan luar kawal tu.. kalau pacat, aku okay lagi..tapi, lintah ni aku fobia sket..huhuhu.. zaman aku muda2 dulu, bendang mak aku takde lintah. 

Antara kakak dan adik-adik aku yang join misi hari tu.

Berdiri baju merah tu ler abang sulung aku...gaya dah ala2 mandur lak..heee
padi yang dituai tu akan disusun secara longgok2. abang aku akan kutip longgokan padi tu untuk dipukul bagi asingkan buah padi dari batang pokok 

Haa...gambar ni bukti aku buat keje yer.. hihi.. pakai baju merah lagi...ada gaya petani berjaya tak? kihkih 

Nampak tak betapa berairnya sawah ni..sebab tu ler mesin padi tak dapat masuk untuk tuai padi.. 
kakak aku dok gelak tengok aku amik gambar. dia kata org KL jer yang bawa handphone dalam bendang..erkkkk, pedas sindiran tu. kalau handphone jatuh dlm air tu, hancussss...

adik aku dah bercekak pinggang tu..penat wehhh... panas + miang+lintah+ pacat+selut+huhuhuu...

Tu ler rupanya bila abang aku kutip longgokan padi tu guna ikatan guni

pastu, padi tu akan dipukul ke dalam tong hitam tu..dalam tong tu, diletakkan tangga kayu. 
patutnya tong tu ada layar supaya padi tak berselerak. tapi, abang aku malas nak pasang layar.. lantak jelah..hihi

Lepas dua hari misi berbakti pada tanah ni, aku balik semula ke KL ahad malam tu. Esoknya kat ofis, perghhh...tak leh jalan beb..sakitnya badan aku sebab demam urat kot...selasa tu terus MC..huhuhu..nampak sangat le badan ni makin tua kan...


Korang pernah tuai padi? Kalau belum pernah, jom sama2 amik pengalaman tuai padi..hihi..confirm lintah dan pacat2 kat bendang mak aku tu excited nak jumpa korang...hihi

Masuk bas jer, yana terus tidur...penat kot dok tunggu mama tepi bendang..:)

Sunday, November 29, 2015

Novel DONA KARAN PENANG – Tahniah buat novelis Fatihah Pauzihal

25 – 29 November yang lalu telah berlangsung Ekspo Buku Malaysia bertempat di PWTC, KL. Mungkin pada kita Ekspo macam ni adalah biasa. Tapi, bagi kakak iparku, Ekspo kali ni amat istimewa sebab novel terbaru dia berjudul DONA KARAN PENANG dilancarkan pada pesta buku ni.

DONA KARAN PENANG 

Nama sebenar kakak ipar aku aka Kak Ah ni Siti Fatihah Bt Pauzihal-Ali, manakala nama pena dia adalah Fatihah Pauzihal. Sebenarnya Kak Ah ni memang minat menulis dari kecil. Novel DONA KARAN PENANG ni adalah novel ketiga beliau selepas novel Nurul Laila Suria dan Lavender dari Rochester.
-          
Novel Nurul Laila Suria dan Lavender dari Rochester.

Selain tu, ada gak cerpen beliau yang diterbitkan melalui buku Antologi Cerpen - Kisah Cinta Seribu Wajah. Cerpen ‘Mengenangmu’ ni pasal real story kisah hidup kak ah masa kehilangan arwah suami. Memang best dan menyentap emosi! 
-          
Kisah Cinta Seribu Wajah

Sempena pelancaran ni, kak ah diminta untuk hadir ke Booth Jemari Seni pada 28 November 2015 bagi sesi bertemu pembeli/peminat... Disebabkan husband kerja sabtu tu, jadi aku tolong hantar Kak Ah dan husband lak akan amik lepas Kak Ah selesai sesi bertemu peminat. Sebab nak elakkan jam, kitorang keluar awal dalam pukul 9 pagi. Alhamdulillah, walaupun keta banyak tapi jalan masih lancar. Kitorang sampai PWTC dalam pukul 9.45 pagi.. Kali ni, aku bawa Amar dan cupie (anak Kak Ah) je. Yana dan Meera kena tinggal di rumah dengan tokma diorang...menangis2 yana dan meera nak ikut. Tapi, kalau aku bawa diorang, aku risau aku jadi hulk je nanti..huhu

Sampai tapak Ekspo, Amar terus cari booth gempak starz sebab nak cari komik favourite dia. Dah dpt komik dia, dia terus ajak balik. hmm...boleh gitu?  

Lepas pusing semua booth, kitorang pergi booth Jemari Seni. Jam pun dah pukul 11 pagi..Kak Ah dah kena mula bertugas.. Amar lak terus cari tempat duduk dan mengadap komik dia..

Tengok tu..amar terus mengadap komik jer.. cupie lak dok layan gajet..

Booth Jemari Seni milik JS Adiwarna Publications & Distributions Sdn Bhd

Banner Jemari Seni

Kak Ah memulakan sesi sain autograf pada buku Novel Dona Karan Penang.. berdebar-debar tu..hihi

Antara buyer awal yang beli Novel Dona Karan Penang hari tu.. thanks dear sebab support my sis..:) 

Another buyer.. thanks dear :)

Novel DONA KARAN PENANG di ruang buku TERBAHARU... fresh dari kilang gitu!!

View dari luar.. masa ni awal lagi, dalam pukul 10 pagi lebih...masih belum sesak.

Pengunjung dah mula ramai...

EKSPO BUKU MALAYSIA, 25-29 November 2015. 


Dalam pukul 11.30, aku terus gerak balik sebab takut jalan makin jem kalau gerak lambat.

Untuk Kak Ah, tahniah sempena pelancaran novel ketiga ni. Untuk rakan yang berminat, novel ni mula dipasarkan bermula esok (1 Disember 2015). Jadi, boleh ler dapatkan novel ni di kedai buku berdekatan yer... J




Thursday, November 26, 2015

November Event 3 - Pergi meminang bakal adik ipar (Tunang Daud)

Walaupun aku ada 10 orang adik beradik, tapi aku ada sorang je adik lelaki dan sorang abang. Jadi, pengalaman pergi meminang tu mmg xde ler sebab selalunya orang yang rumah aku untuk datang meminang kakak dan adik perempuan. Termasuk le aku..hihi..masa abang aku kawin, aku budak lagi. So, mmg x ambik tahu le hal2 macam ni..

Kalau minggu lepas, aku kelam kabut dengan pertunangan esah (masukkan hyperlink) dan majlis konvokesyen ameera (hyperlink), minggu ni sekali lagi aku balik Perak untuk urusan meminang bakal isteri Daud. Disebabkan bakal tunang Daud ni orang Seri Iskandar, jadi aku terus pergi rumah abang aku di Ipoh pada malam Jumaat tu. 

Kami bertolak pukul 12 tengahmalam tapi singgah Subang jap untuk hantar bibik ke rumah husband dia..kasi can bibik honeymoon ngan husband..huhu..utk pengetahuan korang, tahun ni aku n hubby baik hati bagi bibik bercuti every weekend. Bukan baik hati sebenarnya, tapi malas nak tgk bibik monyok je teringat kat laki dia..pastu, menyampah aku tgk dia dok bergayut ngan husband dia.. so, lebih baik dia cuti, mata aku pun senang x nampak dia bergayut.. lagipun, boleh ler aku n husband berseksi-seksi di rumah..hikhik..

Huhu..melalut lak... Balik pada cerita asal yer.. lepas hantar bibik, kitorang terus pecut ke Ipoh. Sampai rumah abang aku dalam pukul 4 pagi..dek ngantuk, terus tido.. pukul 6 lebih, aku bangun kononnya nak tolong kakak ipar aku sediakan breakfast. Tapi, hehe..kakak ipar aku dah siap pun masak..

Pukul 7 lebih, adik aku inform yang diorang 4 biji kereta termasuk makcik2 dan pakcik2 aku baru bertolak dari Parit Buntar ke Ipoh. Pukul 9 lebih diorang sampai rumah abang aku. Kitorang breakfast dulu. Dalam pukul 10 pagi, kitorang mula bertolak ke Seri Iskandar. Dalam 30 minit, kitorang sampai Seri Iskandar. Adik aku yang stay kat Manjung dah siap tunggu kitorang kat situ..

Dah kumpul semua 7 biji kereta, kitorang terus bergerak ke rumah bakal tunang Daud. Sampai je, kitorang dihidang dulu dengan jamuan ringkas. Lepas minum, majlis perbincangan dimulakan..

Hidangan kedua-dua belah pihak lekaki (kanan) dan perempuan (kiri)
  

Sesi perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan

Aku tak masuk dalam rumah masa ni sebab dah penuh. Jadi, kitorang duduk luar je.. Lepas perbincangan dimuktamadkan, bakal pengantin perempuan dipanggil keluar untuk sesi sarung cincin sebagai tanda termetrainya janji pertuangan..

Cincin jari kanan dulu.. gabra mak aku nak sarung cincin kat bakal menantu..hihi

Cincin kedua di jari kiri. Actually satu cincin untuk merisik dan satu lagi untuk meminang

Salam bakal mak mertua

Bakal pengantin dengan mak dan bakal mak mertua

Bakal Pengantin dengan bakal kakak dan adik ipar.. huhu..tembamnye aku dalam gambar ni..

Pose istimewa dari Syatrah An-Nujma

Gambar ni aku candid. Comel kan kucing tu? siap pakai baju lagi..ni kucing kesayangan Syatrah.

Lepas habis sesi bergambar, kitorang dihidangkan pulak dengan makan tengahari..huhu..makin gemuk le aku..

Ni ler adik aku, Daud. Masa majlis perbincangan, adik aku ni gi lepak kat kedai mamak. Lepas perbincangan, pihak perempuan suruh panggil dia untuk makan kononnya.. Lepas adik aku makan, diorang suruh masuk rumah untuk bergambar.. mula2, malu kucing le Daud ni..hikhik 

Malu le sangat yer.. dalam hati, bukan main lagi excited kan..
 
Lepas selesai, kitorang bergerak ke rumah abang aku di Ipoh untuk solat zohor dan berehat jap.. Geng2 driver sempat lagi time ni amik peluang tidur kejap untuk caj bateri sebelum mula perjalanan pulang ke KL (bagi family aku), Pangkor (Adik aku Teah) dan Parit Buntar. Pukul 4 petang, semua yang lain bergerak pulang. Lepas tolong mengemas apa yang patut dan siapkan anak2 aku, pukul 5 petang kami bergerak pulang ke KL. Alhamdulilah, perjalanan kami lancar dan pukul 9 malam kami selamat tiba di rumah...


Untuk Daud dan Syatrah, akak doakan moga hubungan korang diberkatiNya dan masjid yang dirancang akan terbina dengan kukuhnya..Aminnn...


Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.