Monday, December 26, 2016

Hero Mama dah Bersunat

Bulan Disember ni memang banyak story nak di post sebab banyak sangat program yang dibuat, Tapi, hmmm...macam tak caye je aku ni rajin nak menaip..hihi

Tapi, story pasal sunat ni kena post gak sebab ni peristiwa penting dalam hidup Amar. Tarikh di mana anak lelaki mama ni didewasakan.. hihi.. nnt Amar dah besar, boleh dia baca story dia sunat kat sini. 

Amar bersunat dengan 2 lagi kawan baik dia dari kecil, Najmi dan Aqif. Hasil bincang dengan Mak Aqif danMak Najmi, kami pilih date 2 Disember 2016 (Jumaat) untuk sunat 3 hero ni. Ambil berkat hari Jumaat katakan (yang sebenarnya, tarikh ni je paling cepat yang ada..sbb tarikh awal yang lain dah fully booked hehe )-..

Sehari sebelum tu, Tokma, Che Long dan Cupie selamat sampai ke rumah aku dari Kota Bharu. Gigih tau Tokma datang naik Bas Bharu untuk jaga orang bersunat ni.

Pada hari kejadian tu, kitorang buat makan2 sket untuk meraikan orang bersunat ni. Lepas solat Jumaat, family Najmi dan Aqif datang rumah aku. Dalam pukul 3.45, kami bertolak ke Hospital An-Nur. Masa ni Amar relaks jer, siap request nak sunat first. 

Muka cuak sebelum sunat.. masa ni dok tunggu nak daftar

Lepas daftar, nurse suruh budak-budak ni timbang berat dan tinggi. Hospital ni hanya ambil 4 orang jer untuk berkhatan dalam satu hari. Ikut booking list, Najmi nombor 2, Aqif No.3 and Amar no. 4. 

Excited nak tau berat masing-masing ;)

Masa kami sampai, ada sorang budak tengah berkhatan. Lepas budak first tadi setel, Najmi masuk bilik berkhatan. Lepas dalam 20 minit, Najmi keluar. Muka Najmi kerut le sket..tapi. dia kata okay. 

Then Aqif masuk. Lepas 5 minit jer, dengar Aqif jerit sakit2!!!. Aduhh..Amar yang dok tunggu kat luar ni, terus pandang aku dengan muka cuak. Aku pun cuak takut Amar gabra. Aku terus suruh amar solat asar dulu supaya dia tak dengar Aqif jerit2 tu.. 

Lepas Aqif selesai, nurse panggil Amar. Nak masuk bilik berkhatan tu, Amar sempat cakap kat aku...Abang rasa takut pulak le Mama. Adeehh...

Lepas dah ready baring, doktor cucuk ubat bius...Amar terus jerit..Aduh!!!, sakit ler.. Gulpp!!, Bermula ler drama Amar kat dalam bilik khatan tu. Kalau aku rakam, confirm ler video tu viral macam video budak bersunat dlm fb tu..hihi..

Semua jenis ayat dan jeritan ler keluar dari mulut Amar.
Abang tak nak sunat! Abang tak nak sunat!
Doktor jangan sentuh xxxx saya!!!
Doktor, jangan laser xxxx saya!!
Doktor, jangan jahit xxx saya!!!

Adehhhh... Air mata x payah cakap ler, meleleh-leleh. Tangan dia dok tarik kepala aku suruh peluk dia. Aku dan Suami rasa kelakar lak tengok dia nangis2 sebab dok terbayang dia punya lagak berani sebelum datang Hospital tadi. Nampak je aku sengih, lagi le Amar bengang..hahaha!!!

Kalau Najmi dan Aqif kena 4 jahitan je, Amar lak kena 6 jahitan sebab darah banyak. Maybe sebab dia banyak gerak banyak doktor tengah laser n jahit tu. Hmmm..rezeki ko le Amar..hikhik

Lepas keluar bilik Khatan, terus gi ambil ubat dan bayar. Kos khatan secara laser di Annur ni dalam RM185.

Balik rumah, terus bagi Amar ubat dan suruh dia baring rehat. Suami cakap, kalau le dia tahu seteruk ni Amar berkhatan, baik khatan je terus masa beranak dulu...hakhak.. xpelah, yang penting dah selesai.. J

Tu ler kejenya sepanjang berpantang Khatan ni, ngadap tab. Bila tab habis bateri, ngadap PS3 lak.. huhu. 
Si adik setia je teman abang (baik kejap je tu...)
# untuk mudahkan pergerakan Amar, aku guna cawan polisterin yang dipotong bahagian bawahnya. Letak cawan tu elok2 keliling xxxx, then letak selotape supaya cawan tu x bergerak. So, bila pakai kain pelikat, kain tu xde ler kena xxxx. Dia nak gerak gi toilet pun senang. :) 

Fuhhh..Alhamdulillah, lega sesangat bila urusan bersunat ni selesai.


Monday, October 3, 2016

Department Lunch di Row-Six, Jusco S2

21.9.2016, besday kak fariza. Kak fariza ni satu department ngan aku. Dia ganti tempat Kak Yana bila Kak Yana pindah department. Consider kak Fariza ni PA kepada my boss ler..

So, tengahari tu my boss buat surprise untuk Kak Fariza. Kitorang gi celebrate besday dia di restaurant Row-Six di Jusco, Seremban 2.

Staf Bahagian Audit Dalam. Dari kiri, aku, Nazri, my boss (Pn Raja Akmar), Kak Fariza n Siti. Kebetulan lak, hari ni hari Rabu..so..kami pakai baju seragam Bahagian. Hihi..macam staf KFC lak. 

My boss hadiahkan jam untuk Kak Fariza. Guess lagi...:) 

Cantik jam ni..

Dah setel hadiah, kita makan plak yek... Aku pun first time masuk restoran ni. Menarik pasal restaurant ni, ada hidang menu dari 5 negara iaitu Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand dan Vietnam. 


|
Kak Fariza pilih nasi ketuk, menu dari Indonesia kot

 
Siti pilih menu dari Vietnam.. lupa lak nama menu ni..heee

Aku dan nazri pilih nasi goreng ayam kot, menu Indonesia. Rasa? okayler.. 

Terlupa nak ambil gambar menu Pn Raja. Pn Raja pilih nasi goreng nenas dari Thailad. 

Nazri tambah kerabu jellyfish... hehe

Air pilihan Siti... 

Aku amik air epal asam boi. 

Semua dah dapat makanan. Jom, makannn!!!!!!

Menu dari 5 negara...



Thursday, September 22, 2016

Akikah Yana

Aidiladha yang lepas, kami adik beradik decide untuk buat program korban di rumah Mak. Serentak dengan tu, adik aku nak buat akikah untuk anak lelaki dia. Bila sebut akikah, aku tanya En Suami samaada kami dah buat akikah untuk Yana. En suami kata dah cuma x ingat bila.. Dek sebab tak sure, kami decide utk buat sekali lagi akikah untuk Yana.

Hari raya pertama, ramai yang sambut raya di rumah mertua. so, kami decide untuk buat program korban pada raya kedua (13.9.2016). Lembu untuk korban dah selamat mendarat kat rumah mak sehari sebelum raya. Dua hari le lembu ni sempat bermalam di tepi rumah mak..heee

Ni ler lori yang hantar lembu ke rumah mak aku. Semua lembu dlm lori ni nak dihantar ke pembeli untuk program korban tahun ni. Rumah mak aku destinasi pertama untuk penghantaran ni..

Si comel coklat ni ler yang bertuah untuk jadi tunggangan Yana di 'sana' kelak..

Kecil je lembu ni.. muda lagi, just cukup2 umur untuk dikorbankan

Hari kejadian, dalam pukul 7 pagi semua dah berkumpul tepi lembu ni. Abang aku yang akan jadi tukang sembelih. Aku takde lak snap gambar masa sembelih tu. Ngeri bebbb... Lepas setel sembelih, mula le program melapah.. Kebanyakan kerja melapah semua dibuat oleh ipar2 aku..maklumler menantu lelaki mak pun dah ramai, ada 7 orang..hihi..

Baju hitam, adik ipar aku Karim. Yang duduk tu, abang ipar aku, Mr Shidi. Berdua kat blkg dok potong tulang tu, laki I (yang sado berbaju merah tu..hihi) dan adik ipar aku, Saufi. Semua barisan menantu...kihkih

Haaa...yang kiri ni lak adik ipar aku, Mr Idrus. Yang berkopiah tu, pakndak aku. 

Geng pompuan lak dok sibuk kat dapur tengah memasak. Menu kami simple je, daging goreng kunyit dan sup gear box. Pastu, aku tambah menu ayam masak merah. 

Plan asal, kami buat makan2 untuk anak beranak je sbb anak dan cucu mak pun dah ramai penuh rumah, maklumler dekat 50 orang. Untuk meriahkan raya, mak jemput pakcik/makcik aku. Wahh..best tu..

Tetiba lak, mak gi jemput gak jiran2... perghhh, jadi ramai le plak. Macam kenduri besar dah.. aduhh, aku yg jadi chef ni dah gabra giler, takut weh kalau makanan x sempat siap masak, x cukup or x sedap, huhu... Bersilat2 aku, kak tikah dan acik masak untuk makesure semua menu dapat siap masak on time.. Mujur sangat adik2 aku yang lain, kak ipar, adik ipar dan anak2 buah banyak tolong lancarkan segala kerja dari potong bawang, basuh daging, potong sayur dan macam2 ler.. makcik2 yang datang pun banyak menolong.. 

Alhamdulillah, walaupun tak sedap macam masterchef masak, tapi, okayler bila semua kata sedap..hihi...lega sangat walaupun berdebar2 gak.. penat sangat sampai tak sempat pun nak ambil gambar masakan.. huhu




Sunday, September 4, 2016

Kawan baru Nana dan Meera - Lolen

Masa Raya Aidilfitri lepas, kami cuti seminggu sebab balik Perak dan kelantan. Balik ke Bangi, aku dan husband mengucap banyak bila nak buka pagar rumah. Porch kereta berselerak dengan kasut anak-anak. Bau lak busuk semacam...tetiba nampak 3 ekor anak kucing yang masih baby lari menyorok bawa kereta aku yang aku letak kat dalam kawasan porch masa balik kampung.

Rupa-rupanya, sepanjang seminggu kami balik kampung, ada mak kucing yang baru beranak bawa anak-anak dia lepak kat porch keta aku..  aduhhhh... dahler penat drive 10 jam dari kelantan, kena lak basuh porch keta..huhu..

Anak-anak kucing ni x biasa dengan orang, so diorang mesti lari bila nampak orang. Aku rasa anak kucing ni ada 2 bapak kot. sebab 2 ekor warna putih kelabu, mata biru dan ekor kontot. sekor lagi tu warna oren, mata kuning dan ekor panjang. eh..pandai2 lak buat andaian ada 2 bapak..hihi..

Aku mulanya tak ambil tahu pasal kucing ni sebab En Suami x suka kucing. Tapi, bila tetiba En Suami bersuara yang dia kesian dekat anak kucing tu dan bila en suami pergi kedai belakang rumah semata-mata nak beli makanan kucing, aku lak jadi confius.. tambah pula bila En Suami suggest untuk kitorang bela je anak-anak kucing tu. Aku x berminat nak bela sebab last aku bela kucing masa aku umur 18 tahun. Lepas kucing aku, si Boboi tu mati, aku dah tak nak bela kucing.

Anak-anak kucing ni lak asyik lari je bila nampak orang. 2,3 hari lepas tu, aku x nampak dah anak kucing yang warna putih kelabu tu. Yang tinggal, warna oren jer.. Maybe ada orang ambil kot sebab comel mata biru tu.
Mula-mula aku panggil anak kucing warna oren tu 'Oren' sebab warna dia. Last sekali, terlekat nama 'Lolen'. Yana dan Meera geram je nak pegang Lolen tapi x dapat sebab laju je Lolen lari bila nampak orang. Hihi.

Lepas seminggu, baru ler Lolen mula berani datang dekat dengan Yana dan Meera. Dan sekarang, Lolen dah pun umur 2 bulan. Dengar je kitorang panggil nama dia, laju je dia lari masuk rumah. Yana dan Meera pun asyik dok mengadap Lolen je bila sampai rumah..

Ni ler si Lolen..penyeri baru rumah kami

Ntah ler dia faham ke tengok tv tu.. kadang2, tak berganjak dari depan tv tu dekat 10 minit

Pantang nampak kotak tisu, ni ler kejanya.. 

Kalau dibiar, habis sekotak tisu tu dia kerjakan.

Dah penat main, mula ler dia cari port untuk tidur.. Kalau dapat bakul, berjam-jam le dia tido

Bukan main nyenyak lagi..penat sangat le tu main .. :)


Yana dan Meera le paling suka layan Lolen ni. Kadang-kadang tu satu rumah diorang main kejar-kejar dengan Lolen. Takpelah, yang penting diorang happy. At least diorang ada experience bela haiwan dan belajar menyayangi haiwan... :) 



Sunday, July 24, 2016

First time dapat derma darah

Dari zaman belajar dulu, aku pernah cuba nasib banyak kali untuk derma darah. Tapi, malangnya setiap kali test mesti tak lepas untuk derma sebab hemoglobin (hb) aku rendah.

Isnin lepas (18 Julai 2016), ada pihak dari Hospital Tunku Jaafar datang ke kompleks D'S2 mall (bawah ofis aku) untuk program derma darah. So, kawan ofis aku ajak turun untuk derma. Aku pun join turun walaupun dalam hati fikir yang aku ni tak layak pun nak derma. Takpelah, niat nak teman and support kawan-kawan..

Sampai bawah, bila diorang dok isi borang, aku pun isi ler sekali..saja nak test berapa Hb darah..hihi..

Sekali masa test tu, staf HTJ tu cakap yang Hb aku 12.7, so boleh ler derma darah sebab limit untuk derma bagi perempuan mesti lebih dari 12.5. Happy giler rasa masa tu sebab macam tak caya jer. So, hari ni dalam sejarah ler.. aku derma darah...Alhamdulillah..harap sedikit darah aku ni dapat le membantu sesiapa yang memerlukan.. so, story ni kena post dalam blog, maklumler 'Hari ni Dalam Sejarah' kan...


Yang berdiri tu nazri and siti, satu department dengan aku...heee.. 

Lepas dah setel pasang 'line' aku, nurse ni buat 'line' utk siti lak... so, sambil tunggu darah penuh, kita layan fb dulu yer..heeee

Panjang sengih nazri :)  hihi


So....untuk semua, .jom derma darah!!! .. :)


Thursday, July 14, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Alhamdulillah...sekali lagi diberikan peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan dan Syawal.

Tahun ni, cuti raya panjang sket sebab hari raya jatuh pada tengah minggu. So, hari Ahad kami sekeluarga bertolak balik Parit Buntar. Alhamdulillah, perjalanan lancar jer maybe sebab ramai orang dah mula balik kampung hari Jumaat dan Hari Sabtu. Aku stay Parit Buntar sampai hari Selasa. Dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke Kota Bharu guna laluan Kuala Kangsar-Gerik-Jeli. Alhamdulillah, perjalanan kali ni pun lancar cuma slow sket di area Jeli.

So, pagi Syawal kami tahun ni di sambut di bumi Darul Naim.

Keluarga kecil kami.
Takde tema spesifik tahun ni. Lebih kurang warna maroon n coklat ler.. 

Riang raya hari raya

Abah, ma dan anak-anak kandung

Tokbah, tokma dan cucu-cucu

Womans and girls only

Cinta hati saya

:)


Bukan kemain lagi si abang dok wefie dengan adik-adik

Hari raya kedua lak..tema biru. Tak sempat bergambar, ni wefie dalam keta masa on the way nak gi beraya

Gambar watsup dari adik saya.. gambar my family di Parit Buntar. 
Masa ni pagi raya, ada 6 orang je adik beradik aku dalam gambar ni. Baki 4 orang beraya di rumah mertua, abang sulung di Slim River, Kak Tikah di Sungai Petani, aku di Kota Bharu dan adik aku, Acik di Taiping. Baris belakang tu semua 3 adik aku yang baru kahwin dengan pasangan masing-masing, Tinggal adik bongsu aku je yang still single..hihi

Ni lagi gambar dari Parit Buntar, hari raya kedua. My big brother dah sampai dari Slim River.. 

Awal pagi hari Ahad berikutnya, kami bertolak balik ke KL guna laluan LPT2. Alhamdulillah perjalanan dari Kelantan ke Terengganu lancar. Tapi, masuk je highway Kuantan-KL, dah mula slow..dari Lanchang ke Gombak dah macam siput je jalan...bersabar je lah...kebas punggung dalam keta.. huhu. nama pun raya kan..hmmmm

Untuk semua, mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap. Selamat hari raya dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan..InsyaAllah..





Monday, June 27, 2016

First day urus anak gi sekolah lepas bibik balik kampung

Semalam, Ahad-25.6.2016, bibik dah selamat balik ke kampung dia di Wonosobo, Jawa Tengah...
Walaupun anak-anak sedih sebab bibik dah takde untuk tolong diorang tapi diorang faham yang bibik kena balik sebab nak jaga anak dan cucu bibik. Dari dua bulan lepas aku dok set mind anak-anak supaya diorang kena ready untuk kehidupan tanpa bantuan bibik...

So, hari ni anak-anak mula ler belajar mengenal 'transit' dan 'daycare'. Baju untuk sekolah petang , beg sekolah dan kasut semua kena prepare dan letak di pusat transit untuk si abang dan si kakak. Yana pula, set pakaian untuk tukar lepas habis sesi sekolah tadika. Kelam kabut sket le aku pagi ni, tapi Alhamdulillah semuanya lancar.. maybe sebab anak-anak bangun awal untuk sahur, so terus boleh mandi dan bersiap.

En suami pun banyak bantu pagi ni. Terima kasih bang... :)
Hopefully hari-hari seterusnya lancar buat kami sekeluarga..

Untuk bibik Kasiyam, terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang selama tiga tahun ni. Anak-anak semua sayang bibik...





InsyaAllah, ada rezeki kita bertemu lagi ye bik..



Thursday, June 9, 2016

Eh..Eh, gambar I ada dalam majalah ler...

Kihkih..macam poyo kan? bukannya apa pun, kecik je gambar aku terselit dalam majalah tu..tapi, happy macam orang dapat hadiah loteri lak kan..hihi

Sebenarnya terkejut sebab kakak ipar aku (tuan badan punya cerita) tak inform pun yang cerita pasal dia ni akan masuk majalah. So, macam surprise le... Satu lagi, happy sebab kakak ipar aku masukkan sekali gambar family, rasa macam dihargai gitu..hihi..

Meh aku story sket pasal kakak ipar aku ni..aku panggil dia Kak Ah jer. Husband Kak Ah ni meninggal 8 tahun lepas sebab komplikasi jantung. Sejak tu, Kak Ah ni berstatus ibu tunggal, Dia le mak, dia le ayah pada anak tunggalnya, Cupie.. Walaupun berkerja sebagai cikgu AddMaths, Kak Ah ni minat menulis novel. Setakat ni dah 3 novel dia tulis.. InsyaAllah, novel ke 4 akan menyusul kelak..

Satu lagi yang penting, Kak Ah ni masterchef dalam keluarga kami. Dia masak jenis campak-campak je. Tapi, hasilnya...SUPERB!! Kalau balik kampung, aku tukang mengemas jer..bab masak2, bagi je pada Kak Ah ni.. ajaib sungguh!! dalam 30 minit, meja yang kosong dah penuh dengan macam-macam jenis makanan...tu ler yang menyebabkan badan aku dan suami makin dipam2.. hehe, salahkan Kak Ah lak...  kalau korang nak resepi, gi ler klik blog Kak Ah mamacupiecorner.blogspot.com.  

Ni ler kakak ipar I..

Nampak tak gambar I yang se'coet ' je tu? kihkih..

Majalah Mingguan Wanita keluaran 10-16 Jun 2016

Untuk Kak Ah, semoga terus tabah dalam menongkah dugaan dunia...InsyaAllah, semuanya akan terbalas di sana kelak...

Untuk semua, selamat berpuasa yer :) 

Sunday, May 29, 2016

Ameera dan Disleksia



Dari kecil, Ameera ni senang dijaga. Dia bukannya jenis yang suka merengek. Cuma, aku sedar yang ameera ni agak lambat bercakap berbanding abang dia. Sampai umur 4 tahun pun, aku masih tak faham apa yang dia bebel.

Dari umur 3 tahun, Meera ni jenis semangat nak ikut abang pergi sekolah, So, seawal 4 tahun aku dah hantar meera ke tadika. Kagum sungguh aku tengok dia tak menangis pada hari pertama sekolah.. Alhamdulillah, bila dah mula bergaul dengan kawan2, meera dah mula boleh sebut perkataan dengan jelas lepas 3, 4 bulan mula bersekolah. . 

Masa meera umur 6 tahun, husband aku ajak aku tengok ceriter 'Star on the Earth' lakonan amir khan. Cerita ni pasal seorang budak disleksia yang disisihkan oleh ayah dan cikgu-cikgu disebabkan sikap pelik dia. Tapi, seorang cikgu yang memahami masalah budak ni berjaya mengubah keadaan walaupun banyak halangan. Lepas tengok cerita ni, baru ler aku dan husband faham masalah ameera ni. Rupa-rupanya anak aku ni ada simptom disleksia. Lepas tu, aku mula ler ’google’ untuk cari info-info pasal disleksia ni. Alhamdulillah, meera ni still level minor disleksia. Maksudnya, meera ni still mudah untuk dibentuk dan dilatih. Kalau level major disleksia, budak tu perlu didikan khas dari yang pakar. 

Masa sesi berjumpa parents untuk dicuss prestasi anak, cikgu inform aku yang ameera masih tak kenal huruf dan tak boleh membaca walaupun dah berumur 6 tahun. Aku cuba ajar di rumah, tapi tak berjaya sebab mengajar budak disleksia ni memang mencabar. Kalau tak cukup sabar, memang nak mengamuk jer. Budak disleksia ni pulak.. tak boleh pressure, bila pressure je, terus diorang 'blank'. 

So, aku pun try tanya cikgu tadika dia ada tak yang sanggup jadi personal tuition teacher untuk ajar ameera ni kenal huruf. Alhamdulillah, akhirnya ada sorang cikgu tadika meera tawar diri untuk ajar meera. Nama cikgu ni Cikgu Ain. Aku story semua problem meera pasal disleksia ni pada cikgu Ain. Cikgu Ain ni memang lembut dan sabar sangat layan karenah meera. Dan akhirnya selepas 5 bulan, ameera boleh membaca buku walaupun tak berapa lancar. 

Daripada semua simptom dyslexia yang aku google, simptom yang ada pada ameera seperti berikut:
  1. Mempunyai sejarah lewat bercakap (4 tahun baru boleh bercakap)
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh (meera selalu je jatuh bila berjalan)
  4. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  5. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  6. Keliru antara kiri dan kanan
  7. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  8. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  9. Sukar mengenal masa/ membaca jam
  10. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  11. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar. 
Satu lagi, meera ni suka berfikiran ala cermin. Maksudnya, dia suka tulis or lukis terbalik macam dalam cermin. Contohnya, korang tengok cara dia tulis nama pada kertas exam ni..


Faham ke apa yang dia tulis? hihi.. Aku try letak kertas ni tepi cermin, baru ler nampak nama Nur Amira Farhana, kelas 1c4. Aduhhh...mesti cikgu dia pening baca..huhu

Nasihat aku pada parents yang rasa anak dia dyslexia, sila ler tonton movie 'Star on the Earth' lakonan amir khan. Anak disleksia ni bukannya OKU, sebaliknya mereka adalah permata yang amat berharga. Kalau kita pandai didik mengikut cara yang sesuai, mereka akan jadi sesorang yang amat ISTIMEWA sebab mereka ni suka berfikir 'out of box'. Ramai saintis yang berjaya mempunyai masalah Disleksia. 







Tuesday, May 24, 2016

Layan Mee Ketam di Parit Tiga Puluh, Kuala Kurau

Masa cuti kat kampung haritu, aku sempat ajak adik aku gi pekena mee udang dan mee ketam di Gerai Parit Tiga Puluh, Kuala Kurau.

Sebelum ni, dah ramai kawan2 aku tanya pasal tempat ni. Tapi, aku tak dapat nak komen sebab tak pernah jejak walaupun tak jauh dari rumah aku. huhu.. 

Kedai ni dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Isnin tutup yer.. abaikan yer kain rentang yang agak lusuh..)-

Lokasi gerai tu betul-betul kat tali air ni

Ruang parking agak banyak gak

Excited anak-anak aku tengok anak ikan todak dalam sungai tu

Kedai ni ada dua ruang. Ni ruang sebelah kiri dapur.

Dapur betul-betul kat kain rentang tu

Ni pulak ruang sebelah kanan dapur. Masa kitorang datang tu dlm pukul 12 tengahari lebih, ruang ni agak penuh. Mungkin sebab ruang ni lebih selamat sebab ada pagar kat sekeliling

So, kitorang duduk le ruang sebelah kiri tu. ruang ni open sikit..bahaya kalau anak kita jenis hiperaktif..kang ada yang terjun dalam sungai belakang tu...huhu

Anak sedara aku sedap je tido walaupun tengah panas..hikhik. Mak dia keje, so, kitorang culik anak dia bawa sini. 

Kat depan gerai tu, ada gerai kecil jual air tebu dan air kelapa..pergghhh, sedap woi layan air ni masa tengah panas2 terik ni.. tengok betapa nikmatnya adik aku sedut air tu, bini kat sebelah pun dia tak peduli..kihkih

Tu menu-menu yang ada.. yang goreng2 ada selepas pukul 3 petang. 

Ni yang kitorang order. Mee udang biasa RM4.50 jer. Mee ketam  tu RM16. Harga mee ketam ni ikut saiz ketam. Masa kitorang datang, semua saiz ketam besar2..

Rasa? Hmmm... Ketam tu memang fresh..manisssss sangat isi ketam tu. Mee tu sesedap rasa ;)

Belangkas hidup pun jual kat sini.

Ni lak ketam nipah hidup, RM70 sekilo..

Untuk yang nak mencuba, sila ler ke tempat ni.. 


Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.