Sunday, May 29, 2016

Ameera dan Disleksia



Dari kecil, Ameera ni senang dijaga. Dia bukannya jenis yang suka merengek. Cuma, aku sedar yang ameera ni agak lambat bercakap berbanding abang dia. Sampai umur 4 tahun pun, aku masih tak faham apa yang dia bebel.

Dari umur 3 tahun, Meera ni jenis semangat nak ikut abang pergi sekolah, So, seawal 4 tahun aku dah hantar meera ke tadika. Kagum sungguh aku tengok dia tak menangis pada hari pertama sekolah.. Alhamdulillah, bila dah mula bergaul dengan kawan2, meera dah mula boleh sebut perkataan dengan jelas lepas 3, 4 bulan mula bersekolah. . 

Masa meera umur 6 tahun, husband aku ajak aku tengok ceriter 'Star on the Earth' lakonan amir khan. Cerita ni pasal seorang budak disleksia yang disisihkan oleh ayah dan cikgu-cikgu disebabkan sikap pelik dia. Tapi, seorang cikgu yang memahami masalah budak ni berjaya mengubah keadaan walaupun banyak halangan. Lepas tengok cerita ni, baru ler aku dan husband faham masalah ameera ni. Rupa-rupanya anak aku ni ada simptom disleksia. Lepas tu, aku mula ler ’google’ untuk cari info-info pasal disleksia ni. Alhamdulillah, meera ni still level minor disleksia. Maksudnya, meera ni still mudah untuk dibentuk dan dilatih. Kalau level major disleksia, budak tu perlu didikan khas dari yang pakar. 

Masa sesi berjumpa parents untuk dicuss prestasi anak, cikgu inform aku yang ameera masih tak kenal huruf dan tak boleh membaca walaupun dah berumur 6 tahun. Aku cuba ajar di rumah, tapi tak berjaya sebab mengajar budak disleksia ni memang mencabar. Kalau tak cukup sabar, memang nak mengamuk jer. Budak disleksia ni pulak.. tak boleh pressure, bila pressure je, terus diorang 'blank'. 

So, aku pun try tanya cikgu tadika dia ada tak yang sanggup jadi personal tuition teacher untuk ajar ameera ni kenal huruf. Alhamdulillah, akhirnya ada sorang cikgu tadika meera tawar diri untuk ajar meera. Nama cikgu ni Cikgu Ain. Aku story semua problem meera pasal disleksia ni pada cikgu Ain. Cikgu Ain ni memang lembut dan sabar sangat layan karenah meera. Dan akhirnya selepas 5 bulan, ameera boleh membaca buku walaupun tak berapa lancar. 

Daripada semua simptom dyslexia yang aku google, simptom yang ada pada ameera seperti berikut:
  1. Mempunyai sejarah lewat bercakap (4 tahun baru boleh bercakap)
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh (meera selalu je jatuh bila berjalan)
  4. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  5. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  6. Keliru antara kiri dan kanan
  7. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  8. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  9. Sukar mengenal masa/ membaca jam
  10. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  11. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar. 
Satu lagi, meera ni suka berfikiran ala cermin. Maksudnya, dia suka tulis or lukis terbalik macam dalam cermin. Contohnya, korang tengok cara dia tulis nama pada kertas exam ni..


Faham ke apa yang dia tulis? hihi.. Aku try letak kertas ni tepi cermin, baru ler nampak nama Nur Amira Farhana, kelas 1c4. Aduhhh...mesti cikgu dia pening baca..huhu

Nasihat aku pada parents yang rasa anak dia dyslexia, sila ler tonton movie 'Star on the Earth' lakonan amir khan. Anak disleksia ni bukannya OKU, sebaliknya mereka adalah permata yang amat berharga. Kalau kita pandai didik mengikut cara yang sesuai, mereka akan jadi sesorang yang amat ISTIMEWA sebab mereka ni suka berfikir 'out of box'. Ramai saintis yang berjaya mempunyai masalah Disleksia. 







No comments:

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.