Saturday, March 30, 2013

Serabut lagi dgn hal bibik..


Fobianya aku dgn perkataan ‘bibik’ ni…sebut je perkataan keramat tu pun dah membuatkan hati aku menggelegak….aku ingatkan boleh tenang lepas hantar dia balik tempoh hari… tapi, rupanya isu tak selesai lagi walaupun dah sebulan lebih dia lenyap dr pandangan aku ni (view entry http://af-aziey.blogspot.com/2013/02/dugaan-allah-buat-hambanya.html)… sbbnya masih ada 3 kotak besar dan 1 beg barang-barang dia kat rumah aku.. masa balik tempohhari, dia hanya boleh bawa 2 beg sbb hadberat luggage hanya 25kg je… kalau nak bawa semua barang dia, mahu dkt 100 kg kot…

Jadi, dia suruh kitorang hantar barang dia melalui pakcik dia yg keje kapal (nama pakcik dia ni pakcik Aziz). Masalahnya, pakcik dia tak dapat datang Malaysia selama 2 bulan sebab kapal dia rosak… maksudnya dlm bulan 5 ni baru pakcik dial eh sampai kat port kelang tu… pastu dia suruh kirim kat kwn pakcik dia..masalahnya, contact kawan pakcik dia pun dia takde….takkan le aku nak pass barang dia kat sesape je di port kelang tu…bongok gak bibik ni..

Terbaru lak, makcik sebelah rumah aku cakap yg bibik call dia inform yg dia dah masuk Malaysia dan dapat keje as pembantu rumah. Pelik kan sbb setahu aku sepatutnya dia takleh masuk semula Malaysia dalam tempoh 3-6 bulan lepas dia balik. Tempoh tu dinamakan cooling period…tapi, maybe makcik dia yang merangkap agen dia ni ‘pandai’ berurusan dgn pihak imegresen kot…  Tapi, aku kesian kat majikan baru dia memikirkan betapa malangnya majikan ni yang akan diperdaya hidup-hidup dengan kepura-puraan kebaikan, kejujuran yang akhirnya kepercayaan tu akan dibalas dgn #%#%#%#.(sakitnya hati bila aku teringat balik apa yg bibik buat pada aku….)hisshhh!!!

Bibik siap tanya kat makcik tu psl barang dia..kot-kot le makcik tu nampak aku lempar barang2 dia ke..(dia ingat aku zalim mcm dia kot…aku still ada hati perut utk simpan barang2 dia yg aku anggap sbg amanah…). Pastu, dia ngadu yang kitorang tak tunai janji nak hantar brg dia..isshhhh!!!!, sakitnya hati aku dengar statement dia…barang2 dia tupun kebanyakannya pemberian aku n jiran2. Masa dia datang rumah aku dulu, dia hanya bawa 1 beg kecil…that’s mean barang dia yg berkotak2 tu semuanya belas ihsan aku, jiran2 and family aku yg termakan dek cerita sedih kesusahan keluarga dia…

Aku cuba call pakcik Warkim yg jaga anak dia di Medan. Pakcik Warkim ni adik mak bibik dan dia yg selalu uruskan hal anak2 bibik ni. Bila aku tanya mana bibik Yani, pakcik Warkim cakap yg bibik Yanie balik rumah hanya 2, 3 hari je, kemudian terus hilang, Aku call pula Ibu Nora untuk tanya mana si Yanie (Ibu Nora ni sorang lagi makcik bibik yg juga agen dia, yg mana suami ibu nora ni keje jadi staf kapal laut-kelasi le kot). Dia kata ngak tahu.. tapi, kemudian dia tanya psl duit baki gaji bibik sbb dia kata bibik yanie pinjam duit dia.. aik, tadi kata takde jumpa yanie, then kata yanie ada hutang dia lak…mana satu yg betul2 ni? Mmmg dasar penipu le diorang ni!!!! Last2, kantoi yang bibik dah masuk Malaysia dgn bantuan Ibu Nora ni… semua kos utk masuk Malaysia ditanggung oleh Ibu Nora dahulu sbb bibik Yanie ckp kitorang akan bayar pada Ibu Nora guna duit gaji dia yg masih aku simpan dlm RM2000 lebih. Gullpp!!, tersirap lagi darah aku dgr yang bibik putar belitkan cite yg aku berhutang dia sebanyak tu sdgkan baki duit dia pada aku hanya RM1000. Duit tu kitorang simpan utk uruskan kos penghantaran barang2 dia yang setimbun tu and balance tu baru aku akan hantar pada dia melalui akaun pakcik Warkim..at least ada rekod kemasukan duit..sebelum ni pun, bibik hantar duit balik kampung melalui akaun pakcik warkim ni…

Hehe..korang faham ke cite aku ni?? Tak pasal2 korang kena mengenali sanak saudara bibik ni..hahaha….biar korang lak pening cam kepala otak aku yg tgh serabut ni..kuikuikui.

Dah ler tu, lagi banyak aku membebel psl bibik, lagi mendidih hati aku ni….anyway, aku still tgh risik2 ngan kekawan laki aku yg keje kat imegresen kalau diorang dapat cari lokasi bibik ni keje..at least aku boleh le bagi amaran pada mereka yg berkenaaan supaya berhati-hati ngan bibik ni..mana le tahu, rupa-rupanya bibik ni keje ngan korang ke, sedara korang ke…kalau nak selamat, pasang le CCTV utk langkah keselamatan…tak kisah kot melabur dlm RM1K, asalkan tak rugi beribu2 macam aku ni…diorang ni sebenarnya pencuri terlatih dan hati kering. Selagi takde bukti jelas, diorang takkan mengaku diorang curi..tapi, kalau dah terkantoi, baru cakap..’maaf bu, saya salah”. Dan kita ni warga Malaysia, terus lembut hati dgn rayuan kemaafan diorang….


Ni ler gambar bekas bibik aku ni… nama masa dia keje ngan aku NURHAYANI (diorang ni boleh ubah2 nama dalam passport ikut suka mak bapak diorang, kalau nama diorang dah blacklist, diorang tukar nama lain dlm passport utk bolehkan diorang masuk Malaysia), asal Medan. Umur dlm 40 tahun (umur pun diorang boleh tipu tau), anak 3 org, pakai gigi palsu (hehe..perlu ke info ni? Tapi, satu side je... x sure gigi atas or bawah…aku sedar dia pakai gigi palsu pun sbb dia suka main keluar2kan gigi tu..pengotor!) Kalau korang terjumpa bekas bibik aku ni kat rumah sedara korang or kawan2 korang, sila le pesan suruh sedara or kawan korang tu psg CCTV utk precaution....

Tuesday, March 26, 2013

Syurga anak-anak di Kid'z Paradise (23.3.2013)

Tahun ni, hadiah besday utk anak-anak lain sket..amar pilih utk spent one day kat Kid'z Paradise di The Mines. Memandangkan otak aku kurang segar utk berkata-kata, let's the pictures tell the story....

Ni gambaran sebelah kanan bahagian dlm kid'z paradise... bila masuk je entry, sebelah kanan (yg dibulatkan)  adalah ruang 'main pasir'

Ni pulak gambaran sebelah kanan entry yg penuh dgn pelbagai jenis indoor game

Kitorang ambil port paling hujung sekali di tempat 'main pasir'...(mama yg lebih bergambar, anak2 sket pun tak heran dgn kamera)

Nana tgh enjoy...

 Amar tgh leka bermain...  belakang dinding yg jalur2 tu adalah entry ke Kid'z Paradise...so, dr entry tak nampak le anak2 aku... tp, dr luar Kid'z Paradise nampak anak2 aku le dulu..aku rasa macam dlm zoo lak..org tgk dr luar cermin..huahua..

 Bapa mithali, melayan anak2..

 Mama dah terjelepok tepi cermin.... boring gile tunggu diorang main pasir tu..

Maktam pun kena layan diorang main (Maktam ni sebenarnya sorang lagi adik aku..Aishah, anak ke-6 dr 10 beradik, saje dia dtg bercuti ke KL)

Mmg banyak alatan permainan yg disediakan...

Actually, benda 'pasir' ni mcm beras yg disalut... 

Meera mmg x kisah langsung kat org lain...


Belakang cermin tu adalah ruang legar The Mines..so, sepanjang sejam kat ruang 'pasir' tu le aku rasa mcm dlm zoo sbb ramai org tgk kitorang dr luar...hehe

Lepas puas main pasir, diorang belasah pulak kat sini...meera dlm keta putih tu (nampak rambut je), amar lak yg tgh berdiri kat atas tu...

Yana belek bola..comel ke?

Mmg banyak bola2 tu..

Sampai tenggelam meera yg tembam tu..

Si bapa tgh monitor anak2 bermain...

Saya dan Aishah...(ada rupa kakak adik tak? hehe..)

Yana taknak kalah ngan kakak dan abg...

Ready nak lompat...1, 2, 3!!!!

Mama n abah nak posing gak...hehehe...

Beruang ni berpusing sebenarnya...

Time baik Amar n Meera..., kalau time tak baik, jangan harap le diorang nak main sekali...

Benda ni berpusing gak...

Kereta buaian...

Main bongkah lak dlm sangkar ni ... parents pun leh masuk teman anak2...

Amar nak gayut kat bola ni..tapi, x berani...

Kereta ni pun dibelasah meera..

Ni ruang kat belakang papan lungsur tu, ramai org tak perasan ada ruang ni..so, dah penat menunggu, aku n Aishah lepak kat ruang ni sambil tgk Yana n Meera main buaian ni...boleh baring2 lagi sbb org tak nampak pun...

Trampolin ni mmg jadi favourite Yana....

Kitorang masuk Kid'z Paradise ni pukul 4 ptg sbb En faiz keje pagi tu.... pukul 9 mlm baru anak2 berjaya dikeluarkan dr tempat tu..itupun, lepas dipujuk, diugut dan mcm2 lagi...kita yang menunggu ni jadi penat sangat, lapar lak tu... tapi, bagi bebudak ni...ituler syurga dunia diorang....

Keluar je dr situ, aku terus cari KFC sbb kebulur sgt...on the way balik, Yana dah tertido kepenatan dlm keta.. and bila aku tanya best tak hadiah harijadi ni? amar n meera response..best sangat!!!!! 

Kalau korang nak tahu detail psl tmpt ni, boleh tgk kat http://www.kidzparadise.com.my/. Yg best nye, kita boleh keluar masuk kalau nak pegi tandas, solat, etc..asalkan, tag kat tangan tu tak hilang...n utk each kids, dibenarkan 2 penjaga utk masuk percuma...kalau anak aku 3 org, aku boleh bawa 6 org utk jaga dgn percuma..okay le kan???

Wednesday, March 13, 2013

Setelah sebulan lucutnya jawatan 'ibu berpembantu'

Fuhh... hari ni genap sebulan sejak status ibu berpembantu yang aku sandang hampir 6 tahun dilucutkan pada 14.2.2013 yang lalu (lebih kurang dlm pukul 11 pagi kot..hehe, siap ada time lagi) disaat aku declare kat bibik yg aku stopkan khidmat dia sebagai bibik aku dan aku suruh dia packing barang sbb petang tu jugak dia kena balik ke Medan.

Kalau sebelum ni, aku ada story psl kecelaruan hidup aku yang bak dilanda puting beliung (dalam entry http://af-aziey.blogspot.com/2013/02/tabik-buat-suri-rumah-yang-berjaya.html), tapi Alhamdulillah berkat doa insan2 yang tertentu dan kesabaran anak-anak dan si suami melayani puting beliung, keadaan jadi lebih baik.. puting beliung pun dah berubah jadi angin sepoi-sepoi bahasa...(hehe..sepoi tu still ada menandakan time2 si emak naik angin bila anak2 buat hal..)

Thanks pada penasihat2 tak rasmi yang banyak memberikan nasihat dan bimbingan utk aku menjadi ibu yang lebih baik... Ma yang tak bosan menelefon dan bertanyakan keadaan anak-anak, Kak Yana (KY) yang banyak menyuntik semangat (actually, KY ni kawan ofis aku, merupakan ibu kepada 7 cahayamata, pernah berpengalaman dengan bibik, dan banyak pengalaman hidup), dan individu2 lain yang menyokong aku secara langsung n x langsung...

Dan untuk mengelakkan angin sepoi2 bahasa bertukar menjadi puting beliung, aku terpaksa ubah beberapa corak hidup contohnya:

- Heavy breakfast jadi simple breakfast: klu dulu aku prepare nasi goreng, mee goreng, etc..skrg aku just prepare roti disapu mayonaise. Itupun aku dah letak siap2 dalam tupperware supaya amar n meera boleh proceed breakfast di sekolah klu tak sempat habiskan roti di rumah.. Air milo pun dibekalkan dalam bentuk air kotak..Thanks MILO kerana memudahkan hidup kami sekeluarga!!!

   
hehe, nasi goreng dah jadi sandwich je,.. 
..
.
 
(Sumber gambar: http://theresilientchef.wordpress.com/2012/03/04/nasi-goreng/ &  http://mamawandiha.blogspot.com/2010/02/tempahan.html)

- Basuh baju 2 hari sekali: tapi, aku terpaksa tambah stok keperluan pakaian sekolah anak2 supaya mencukupi ..tudung sekolah pun kena tambah gak..pelaburan yang berbaloi kot bagi aku..kalau boleh, aku nak anak2 ada 5 set pakaian sekolah, so aku boleh basuh sekaligus hujung minggu...tapi, membazir lak kan?

- Anak-anak belajar berdikari: kalau sebelum ni, semua nak mama or bibik buatkan, sekarang anak-anak kena buat sendiri. Bagus gak sbb diorang dah boleh berdikari..mama hanya pantau apa yg diorang buat..kalau tak dipantau, lagi hancus!!! Bila disuruh mandi, diorang siap basuh baju lagi... then sabun mandi habis dibelasah, kononnya nak buat buih banyak2...

Betul kata falsafah "setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya". Kalau tak terlucutnya jawatan "ibu berpembantu", aku takkan belajar utk jadi suri rumah berkerjaya yang berjaya (ntahler bila nak berjaya tu, huahua)...

Kalian doakan sekali yek semoga aku terus tabah dalam meniti kehidupan ini, Aminnnnn....

Sunday, March 10, 2013

Jambangan bunga buat wedding anniversary ke 7






 Sumber gambar: wonderfulartcreation.blogspot.com

Pagi2 tadi, En Faiz tanya aku date hari ni..aku jwb ler 11hb. Bila aku tengok renungan En Faiz, opps...baru aku ingat, hari ni anniversary kami yang ke 7!!!!! Ya Allah, selama 7 tahun berkahwin, ini ler tahun pertama aku terlupa pasal anniversary kami...selalunya, aku akan wish lebih awal dari En Faiz.. tapi nampaknya pada tahun ini, aku yg terlupa..ishh, ni semuanya gara-gara kekalutan hidup yang melanda akhir-akhir ni (mula ler rasa mcm nak salahkan bibik lagi..hehe)..

So, En Faiz ajak dinner malam ni..aku just kata okay...

Dlm kul 11 pagi tadi, masa aku tengah sibuk kat ofis buat preparation untuk program audit 5S, ..tetiba dapat call dr receptionist kata ada org tunggu aku kat lobi...aku pun pegi lobi cari sape ler gerangan yg mencari aku...tetiba ada sorang mamat tegur aku, tanya aku ni Pn Azizah ke? tercengang aku bila tengok ada jambangan bunga kat tangan dia..tetiba dia wish happy anniversary!!! Ya Allah, apa le mimpi En faiz ni...segan gila aku nak usung bunga tu ke bilik aku....apa2 pun, thanks to En Faiz atas surprise ni...Luv u so much!!!!


Cantik tak?? aku suka sangat pilihan bunga ni..thanks abang!!!

Kad yg terselit...

Doakan semoga masjid yang kami bina sejak 7 tahun yg lalu kekal hingga akhirat kelak, Aminnn...

Buat En Faiz, kehadiran abang amat bermakna dalam hidup ayang...semoga ikatan kasih sayang kita diberkatiNya....

Memori perkahwinan 7 tahun yang lalu...

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.