Sunday, March 10, 2013

Jambangan bunga buat wedding anniversary ke 7






 Sumber gambar: wonderfulartcreation.blogspot.com

Pagi2 tadi, En Faiz tanya aku date hari ni..aku jwb ler 11hb. Bila aku tengok renungan En Faiz, opps...baru aku ingat, hari ni anniversary kami yang ke 7!!!!! Ya Allah, selama 7 tahun berkahwin, ini ler tahun pertama aku terlupa pasal anniversary kami...selalunya, aku akan wish lebih awal dari En Faiz.. tapi nampaknya pada tahun ini, aku yg terlupa..ishh, ni semuanya gara-gara kekalutan hidup yang melanda akhir-akhir ni (mula ler rasa mcm nak salahkan bibik lagi..hehe)..

So, En Faiz ajak dinner malam ni..aku just kata okay...

Dlm kul 11 pagi tadi, masa aku tengah sibuk kat ofis buat preparation untuk program audit 5S, ..tetiba dapat call dr receptionist kata ada org tunggu aku kat lobi...aku pun pegi lobi cari sape ler gerangan yg mencari aku...tetiba ada sorang mamat tegur aku, tanya aku ni Pn Azizah ke? tercengang aku bila tengok ada jambangan bunga kat tangan dia..tetiba dia wish happy anniversary!!! Ya Allah, apa le mimpi En faiz ni...segan gila aku nak usung bunga tu ke bilik aku....apa2 pun, thanks to En Faiz atas surprise ni...Luv u so much!!!!


Cantik tak?? aku suka sangat pilihan bunga ni..thanks abang!!!

Kad yg terselit...

Doakan semoga masjid yang kami bina sejak 7 tahun yg lalu kekal hingga akhirat kelak, Aminnn...

Buat En Faiz, kehadiran abang amat bermakna dalam hidup ayang...semoga ikatan kasih sayang kita diberkatiNya....

Memori perkahwinan 7 tahun yang lalu...

4 comments:

azhar mohamed salleh said...

Selamat ulangtahun utk azie & faiz..
Suka tgk pic en faiz kat post nie..


-azhar-

AF-aziey said...

Thanks Azhar.
Mmmm, suka tgk sebab en faiz masih kurus masa ni kan? hehe..masa dah berubah, umur pun dah makin bertambah...

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Kurusnya adik aku kat sini. Baru tujuh tahun kahwin kan? Tapi perubahan en. Faiz macam 17 tahun jer... hahhahha. Anyway hepi anniversary my dear sis in law n my little bro yang dah tak little dah!

AF-aziey said...

Thanks Fatihah Pauzihal @ Kak Ah...
Hehe..bab perubahan saiz En faiz tu tak dpt nak dikomen ler..
Walau apapun rupa fizikal En Faiz, saya tetap sayang seikhlas hati (haha..poyo tak ayat?)

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.