Ishhh…berdebar jantung aku bila teringat hal ni…kalau boleh
diputarkan masa, aku akan pastikan hal ni takkan terjadi dalam sejarah..namun,
tak semua yang dirancang berjalan mengikut kehendak kita…
Alkisahnya bermula apabila aku terlibat dengan discussion bersama
pengusaha TASKA Dual Permataku, Puan Azura berikutan cadangan penubuhan taska
di SAINS on last 5.10.2012. Puan Azura ada story mengenai kelebihan anak di
TASKA berbanding anak yang dijaga di rumah.. antaranya anak di TASKA lebih
terdedah kepada kemahiran aktiviti luar yang boleh membantu perkembangan minda
mereka..
Memikirkan yang anak-anak aku ni kurang pendedahan aktiviti
luar disebabkan asyik terperuk di rumah dengan bibik, so..esoknya aku decide
bawak diorang pegi mandi kolam renang di UKM…Adik aku Ajai yang datang bercuti
pun kena angkut sekali ke kolam.. Disebabkan dah ada Ajai dan Bibik utk bantu
aku jaga anak-anak, Faiz pun decide nak pegi jogging kat trek UKM lepas drop
kitorang kat kolam renang UKM.
Bukan main happy anak-anak bila sampai kat kolam
renang..Macam biasa, meera terus terjun masuk kolam dan main air tanpa rasa
takut… Yana lak just main air kat tangga tepi kolam. Amar masuk gak dalam
kolam, tapi just main dekat2 dgn aku… aku inform bibik minta dia perhatikan
meera sebab aku tgh jaga si Yana dan Amar…takut terlepas pandang lak pada si
Meera yang ke sana-sini main air..walaupun diorang mandi kat bahagian kolam
kanak-kanak, tapi kolam tu ada dua bahagian, satu yang cetek (~0.5m) utk
kanak-kanak yang kecil dan satu lagi yang dalam sedikit (~1 meter) utk
kanak-kanak yang lebih besar..risau gak kalau si Meera tu terlepas ke kolam
yang lebih dalam tu….
Meera (berbaju hijau) dah tak ingat mama bila masuk kolam...
Dah puas main air, Meera menyakat Yana dgn simbah air pada Yana yang lepak tepi tangga kolam..
Meera tgh ready untuk buat aksi terjun dalam kolam..
Lepas kena marah ngan mama, baru Meera duduk lepak ngan adik..
Tak lama pun, terus Meera terjun dalam kolam balik..
Amar macam biasa, cool...tak berani pun dia nak gi jauh-jauh..katanya takut jatuh dalam air..
Meera yang ke sana-sini
Amar sempat posing..
Sibuk je amar suruh snap gambar dia..
Yana main air tepi kolam je..
Meera pun nak mama snap gambar dia.. (kolam tempat meera berdiri ni cetek je, tapi kolam kat belakang meera tu yang dalam..)
Meera yang cool macam mama..hehe
.
Ajai lak lepak tepi kolam, bawah pokok
kelapa sambil melayan perasaan..
Lepas 30 minit, aku ajak anak-anak balik.. tapi, meera dan
amar cakap nak mandi lagi.. so, aku layan
jelah permintaan diorang..
Tgh aku sibuk melayan Yana dan Amar main air, tiba2 bibik tanya
aku mana meera? Aku pandang sekilas ke kolam, meera takde!!! Tiba2 aku Nampak baju hijau meera timbul kat area
kolam yang dalam tu.. Ya Allah, berderau jantung aku!!! Bibik terus lari terjun
ke kolam dalam tu.. aku pun terus terjun.. baru dua langkah dalam kolam, aku
teringat Yana kat tepi kolam!! Kalau aku tinggalkan Yana dan Yana ikut aku
masuk air..jadi cerita lain lak,… aku terpandang Ajai yang melepak bawah pokok kelapa..
aku terus jerit panggil Ajai minta dia jaga Yana..Ajai terpinga-pinga bila tengok
aku dah masuk dalam kolam… Meera dah tenggelam timbul lebih kurang 5 kali bila
aku angkat dia dari air…. Ya Allah, hati aku hanya minta Meera selamat
je…Sampai kat tepi kolam, Meera batuk2 dan terus muntah… Lepas pastikan dia
okay, aku minta bibik bawa dia ke tandas tukar baju dia…
Lepas siapkan Amar dan Yana, aku call Faiz suruh ambil
kitorang… lastly, bibik n aku balik dalam keadaaan basah sebab tak bawa baju
salin…maklumler, semuanya berlaku di luar perancangan..
Niat asal nak bagi pendedahan pada anak2 bertukar tragedi…
tapi yang penting, Meera selamat…bila fikirkan balik, biarle anak-anak terkurung di rumah..asalkan mereka selamat…
Mungkin lepas ni, aku akan buat aktiviti yang lebih selamat kot… Ajai cakap,
dia rasa macam dalam drama je bila tengok aku dan bibik terjun dalam kolam dan
selamatkan Meera….
Sampai ke hari ni, bila tengok air atau kolam atau tiba-tiba
je, meera akan cakap..”Mama, jangan pegi kolam lagi tau..akak takut…” .. Rasa
bersalah sangat sebab Meera jadi trauma dengan air…. Dalam getar, aku jawab “Ye sayang, mama ada
dengan meera…jangan takut, Mama sayang Meera”. Ya Allah, Ko letakkanlah
anak-anakku dalam lindunganMu, sesungguhnya Kau lah yang berkuasa atas
segala-galaNya… Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalaNya…