Macam biasa,
cuti hari Ahad dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga… Tapi, disebabkan
hujan yang lebat sejak lepas zohor, maka takde aktiviti yang nak dibuat… Amar
terus mengadap android tab dia….
Tetiba je,
aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.. Pantang hari hujan, mesti aku
amik peluang mandi hujan.. walaupun cuping telinga aku dah panas dek asyik kena
piat dgn mak, tapi aku tak pernah serik nak mandi hujan… bagi aku, kepuasan
main hujan lebih berbaloi berbanding sakit kena piat.. hehehe.. Ampun mak atas kenakalan anakandamu ini…
Teringat
kenangan tu, aku tersenyum je… dan tetiba otak aku ligat memikirkan
sesuatu..hehehe.. aku terus tanya amar:
Mama: Amar
nak main hujan tak?
Amar: Taknak
lah, nanti demam..
Mama: Nanti
mama bagi le amar makan ubat..best tau mandi hujan..
Amar: macam
mana mama tahu best?
Mama:
kecik-kecik dulu mama suka mandi hujan..seronok tau..
Amar: ye ke
mama..amar nak mandi le..
Mama: Jom,
kita tanya abah boleh tak mandi hujan (sambil tersengih sebab percubaan dah berjaya)
So, after
berdiskusi dengan si Abah..maka, inilah hasilnya…
First
time,amar main hujan!!!!
Yana pun
join gak..tapi, kejap je sebab dia tak tahan sejuk …air hujan tu memang
sejuk!!!! Mama tak sempat pun nak snap gambar Yana... Mama pun join sekali tapi tak amik gambar le sebab ...hehe..bahaya!
Meera tak nak join sebab dia masih trauma dengan air disebabkan kes lemas di
kolam renang yang lalu
Sebenarnya, tujuan
mama just nak bagi anak-anak rasa keindahan zaman kanak-kanak yang pernah mama
dan abah nikmati dulu…
No comments:
Post a Comment