Sunday, March 30, 2014

Mak angkat I dpt menantu baru...

Aku ada citer psl mak angkat aku ni kat entry ni. Alhamdulillah pd 28.3.2014 yg lepas, anak bongsu makcik rasimah ni dah jd suami org. Dan majlis resepsinya dibuat pd 29.3.2014 di dewan kayangan, danau golf resort, ukm bangi. Utk makcik rasimah,  tahniah kerana terima menantu...

Jom tgk gambar. ...

Sunday, March 23, 2014

My besday boy..

Alhamdulillah. .23.3.2014, genap 7 tahun dah anakanda amar farouq bernafas di bumi Allah ini...

Sempena cuti sekolah dah mula ni, aku n faiz decide utk bawa anak2 gi jalan-jalan di zoo negara. Kebetulan lak, family cikun n najib join sekali program jln2 ni...budak2 excited le sbb ada geng ..

Balik dr zoo negara, terus bawa besday boy gi kedai basikal sbb dia nak hadiah basikal. Pilih punya pilih, basikal merah jd pilihan...

Lepas maghrib, baru ler sempat potong kek besday. ..

Mama doakan semoga amar farouq menjadi seorang anak yg baik, abang yg bertanggungjawab dan hambanya yang soleh, InsyaAllah. .aminnnn...

Tuesday, March 18, 2014

Yana dah 3 tahun...

Alhamdulillah....tanggal 18.3.2014, anakanda arianna farisya aka yana ataupun nama manjanya nana dah genap 3 tahun...
Mama doakan semoga nana sentiasa di bawah lindunganNya. ..aminn...

Disebabkan besday nana jatuh pd hr keje, so celebrate simple2 kat restoran upin ipin je..
Fariz, cucu makcik jiran sebelah rumah aku pun join dinner ni...

Hubby ada upload gambar dinner ni di fb..ramai le plak kekawan aku komen aku gemuk. .aduhhhhh...huhuhuhu. ..

Tuesday, March 4, 2014

Setahun berlalu, setahun mendatang

mmm…dah lama tak buat entry kan. Blog ni hampir hari2 aku jengah utk view and baca entry blogger 2 yg lain. Tapi, mood utk menaip tu langsung xde… maybe sbb sibuk sket akhir2 ni kot..
maklumler, tahun 2014 ni anakanda amar farouq dah masuk sekolah rendah. So, macam2 yg nak diuruskan…sampai kadang2 tu rasa cam sesak nafas je masa nak adapt dgn situasi baru tu…tapi, Alhamdulillah, lepas 3 minggu sesi persekolahan, semuanya makin berjalan lancar..aku yang kalut lebih kot.. perangai org pompuan kan… hehe..

Jom kita flashback balik story tahun 2013…mmm, banyak gak benda yg berlaku sebenarnya..antara yg paling sentap adalah psl kes bibik aku buat hal sampai aku terus pecat dia, seterusnya buatkan hidup aku kucarkacir sampai anniversary sendiri pun aku lupa…huhuhu

Dari segi wish 2013 lak, Alhamdulillah sbb impian aku untuk memiliki rumah sendiri berjaya gak walaupun sipi-sipi je..kitorang mula proses pembelian rumah pada Disember 2012 dgn expectation mid year 2013 akan selesai..tapi, rupanya banyak lak isu yg timbul untuk pembelian rumah sub-sale ni…walaupun banyak isu yg timbul, tapi Alhamdulillah rumah tu berjaya jadi milik aku and suami on 2.1.2014. sekarang pening nak renovate lak sbb duit tak cukup lagi..huhuhu...ada yang murah hati nak sponsor sket? hehehe...

Semoga kehidupan kita di tahun 2014 ni lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah..dan impian aku sama je, semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik, seorang anak yang lebih baik, seorang isteri yang lebih baik, seorang ibu yang lebih baik, seorang pekerja yang lebih baik, seorang kawan yang lebih baik dan seorang insan yang lebih baik..Amin....

 
Gambar naik beca di Banda Hilir Melaka masa cuti Chinese New Year yang lalu (31.1.2014). Kalau rajin, nanti aku citer pasal trip ke melaka yek...:)

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.