Showing posts with label yana. Show all posts
Showing posts with label yana. Show all posts

Wednesday, March 21, 2018

Besday My Little Princess - Kolam Renang Marina Putrajaya

18.3.2018

Sempena Besday Nana yang ke 7 hari ni, mama dan abah plan untuk bawa diorang gi swimming di Kolam Marina Putrajaya. Tahu tempat ni pun dari Cikun. Alhamdulillah, anak2 happy dan enjoy sangat swimming di sini.. 

Harga masuk RM5.30 untuk dewasa dan RM3.20 untuk kanak2. Ada 4 sesi untuk masuk kolam ni.
9.00 am - 11.45 am
12.30 pm - 3.15 pm
4.00 pm - 6.45 pm
7.30 pm - 9.45 pm

Aku pilih masuk sesi pukul 4ptg. Air memang sejuk sebab kolam berbumbung kot.

Kolam dewasa. Anak2 pun bo mandi kat kolam ni sbb tak dalam sangat, dalam 1.2 meter kot. 

Kolam kanak2



Amar dok sibuk nak buat terjunan baring

Apa ler yg dia seronok sangat dapat buat aksi ni..adehh

Cupie merangkap lifeguard anak2 hari ni.. hikhik



Pukul 6.30 pm, aku ajak anak2 balik. Diorang pun tak banyak cakap, terus keluar dari kolam. Maklumler masing2 dah menggigil kesejukan.. hakhak

Okay, mama nak scroll gambar besday girl ni jap

Gambar baru lahir

 Masa umur 2 bulan.. bulat time ni.hihi

Setahun

 2 tahun

  
 3 tahun 

4 Tahun

5 tahun

 6 tahun

 7 tahun... anak kecil mama dah besar

















Thursday, September 22, 2016

Akikah Yana

Aidiladha yang lepas, kami adik beradik decide untuk buat program korban di rumah Mak. Serentak dengan tu, adik aku nak buat akikah untuk anak lelaki dia. Bila sebut akikah, aku tanya En Suami samaada kami dah buat akikah untuk Yana. En suami kata dah cuma x ingat bila.. Dek sebab tak sure, kami decide utk buat sekali lagi akikah untuk Yana.

Hari raya pertama, ramai yang sambut raya di rumah mertua. so, kami decide untuk buat program korban pada raya kedua (13.9.2016). Lembu untuk korban dah selamat mendarat kat rumah mak sehari sebelum raya. Dua hari le lembu ni sempat bermalam di tepi rumah mak..heee

Ni ler lori yang hantar lembu ke rumah mak aku. Semua lembu dlm lori ni nak dihantar ke pembeli untuk program korban tahun ni. Rumah mak aku destinasi pertama untuk penghantaran ni..

Si comel coklat ni ler yang bertuah untuk jadi tunggangan Yana di 'sana' kelak..

Kecil je lembu ni.. muda lagi, just cukup2 umur untuk dikorbankan

Hari kejadian, dalam pukul 7 pagi semua dah berkumpul tepi lembu ni. Abang aku yang akan jadi tukang sembelih. Aku takde lak snap gambar masa sembelih tu. Ngeri bebbb... Lepas setel sembelih, mula le program melapah.. Kebanyakan kerja melapah semua dibuat oleh ipar2 aku..maklumler menantu lelaki mak pun dah ramai, ada 7 orang..hihi..

Baju hitam, adik ipar aku Karim. Yang duduk tu, abang ipar aku, Mr Shidi. Berdua kat blkg dok potong tulang tu, laki I (yang sado berbaju merah tu..hihi) dan adik ipar aku, Saufi. Semua barisan menantu...kihkih

Haaa...yang kiri ni lak adik ipar aku, Mr Idrus. Yang berkopiah tu, pakndak aku. 

Geng pompuan lak dok sibuk kat dapur tengah memasak. Menu kami simple je, daging goreng kunyit dan sup gear box. Pastu, aku tambah menu ayam masak merah. 

Plan asal, kami buat makan2 untuk anak beranak je sbb anak dan cucu mak pun dah ramai penuh rumah, maklumler dekat 50 orang. Untuk meriahkan raya, mak jemput pakcik/makcik aku. Wahh..best tu..

Tetiba lak, mak gi jemput gak jiran2... perghhh, jadi ramai le plak. Macam kenduri besar dah.. aduhh, aku yg jadi chef ni dah gabra giler, takut weh kalau makanan x sempat siap masak, x cukup or x sedap, huhu... Bersilat2 aku, kak tikah dan acik masak untuk makesure semua menu dapat siap masak on time.. Mujur sangat adik2 aku yang lain, kak ipar, adik ipar dan anak2 buah banyak tolong lancarkan segala kerja dari potong bawang, basuh daging, potong sayur dan macam2 ler.. makcik2 yang datang pun banyak menolong.. 

Alhamdulillah, walaupun tak sedap macam masterchef masak, tapi, okayler bila semua kata sedap..hihi...lega sangat walaupun berdebar2 gak.. penat sangat sampai tak sempat pun nak ambil gambar masakan.. huhu




Sunday, June 8, 2014

Kesian nana boring keseorangan

Dah seminggu amar dan meera di kampung tokma mereka. Seminggu juga ler nana keseorangan tanpa kawan bergaduh...akhirnya bibik le yang jadi mangsa gaduh nana....
Kelakar lak bila dengar bibik ngadu yang nana asyik gigit dia je sepanjang hari bila aku di ofis. ..maybe nana boring kot...

Sayu gak bila nana tanya bila abang dan kakak nak balik. Nana rindu kat abang dan kakak. ...
hmmm, biarler dia rindu supaya rasa sayang sesama mereka tu makin mekar nanti sebab kita akan lebih hargai benda yang tetiba tiada depan kita. ..kalau ada, asyik gaduh je...

Tapi bila takde abang dan kakak ni, manja sungguh le nana. ..asyik nak berkepit ngan mama je kalau mama ada kat rumah. .huhuhu...

Sabar le nana. ..seminggu lagi, abang dan kakak balik ler..masa tu nanti, gaduhler puas2 yer. ...

Tuesday, March 18, 2014

Yana dah 3 tahun...

Alhamdulillah....tanggal 18.3.2014, anakanda arianna farisya aka yana ataupun nama manjanya nana dah genap 3 tahun...
Mama doakan semoga nana sentiasa di bawah lindunganNya. ..aminn...

Disebabkan besday nana jatuh pd hr keje, so celebrate simple2 kat restoran upin ipin je..
Fariz, cucu makcik jiran sebelah rumah aku pun join dinner ni...

Hubby ada upload gambar dinner ni di fb..ramai le plak kekawan aku komen aku gemuk. .aduhhhhh...huhuhuhu. ..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.