Friday, February 12, 2016

Pusing2 Putrajaya dan KLCC

Hishh..kelaut sungguh mood nak tulis entry blog lately ni... banyak dah entry yang basi berkulat kat draft tu..huhu..

Alkisahnya, entry ni nak story pasal percutian adik aku, si Aishah dengan suami dia dan adik bongsu aku, si Mona ke rumah aku. Tapi..dek kemalasan yang melampau ni untuk menaip, aku post gambar je ler yek..
Pagi Ahad 24.1.2016, ni destinasi pertama kami. IOI Mall Putrajaya..masa kami sampai, parking kosong lagi. Walaupun masa ni cuti Thaipusam, tapi pokok Chinese New Year dah tersergam kat tengah mall ni.

Nampak je IceScape nun kat bawah tu, anak2 aku dah tergedik2...aku macam biasa ler, jawab NO!!!

Maksu diorang ni tak tahan kot dengar anak aku punya rengekan...last skali maksu diorang offer nak belanja naik keretaapi ni..

Tengok..hepi bebenor le diorang dapat pujuk maksu diorang ni..hmmmm.. 

Keretapi start jalan..pon pon

Beria diorang menjerit kat maktam n paktam diorang yang dok kat tepi tu.

Sejuk benor kat dalam mall tu.. aku ajak diorang lepak kat luar jap.. cantik view kat sini. Pokok tu siap diorang hias dengan tali2 colourful..

Anak aku dah heret maksu diorang ke seberang kolam tu sebab nak tengok telur dinosour...maksu diorang pun gi layan lak tu..huhu

Dalam 2 jam kot kitorang lepak kat IOI Mall, pastu kitorang gerak ke masjid Putrajaya lak. Masa nak kuar parking, perghhh..kagum aku. Parking yang tadi lengang sampai ko boleh baring golek2, dah penuhhhhhhh...

Masuk je gerbang masjid tu, ada playground ni kat hujung sebelah kiri..hmm..berkampung kat sini je lah dua budak ni. 

Tak sah kalau tak amik gambar nampak bangunan belakang tu kan...hmmm..

Tak lama pun kitorang dok kat area masjid putrajaya tu sebab ramai lak askar dok berkawal kat situ, Maklumler kes bom kat Thailand tu baru je jadi..pelancong pun ramai. risaulak aku kalau ada yang nak bom kat situ..huhu. 

Kitorang gerak ke Umai Cafe untuk lunch. Aku suka makan kat Umai Cafe ni sebab view tasik dia best. Harga makanan pun okay. Yang penting rasa makanan pun sedap.. 

Lepas makan, kitorang berjalan ke tempat Balloon Ride. Tgk harga, macam mahal jer untuk naik belon ni..so, cuci mata sambil bergambar je ler..hikhik

Dekat situ gak, diorang ada buat macam taman kipas dan belon2..cantik sangat kat situ..siap ada gerbang yang cantik..lupa nak snap gambar.. meera memang suka sangat dok kat situ..dia kata macam kat taman fantasi..yo lar tu

Lepas tu, kitorang gi round taman botani dan taman wetland. Cdg nak gi round PICC, Taman Warisan Pertanian, tapi dah x larat..so, balik ler kita..

Malam tu, dek penat siang tadi dan malas nak masak..kitorang gi dinner kat Perantau Hill.. pekena western lak,.. aku suka makan kat sini sbb portion makanan tu besar dan rasa pun sedapppp

Sukanya si yana dan si meera ni ada maksu dok layan diorang

Chicken chop ni mmg faveret si amar ni..

Esoknya, aku bawa adik aku gi KLCC lak. Kitorang gerak dalam pukul 9 lebih. Parking KLCC pun kosong lagi..

Boleh bergambar dengan tenangnya sbb xde org pun..hihi

Lepas round dlm KLCC, kitorang naik train ke KL sentral..gambar pun x clear sbb tren dok goyang2.. tempat duduk mmg penuh ler..

3 beradik posing kat KL Sentral...

Time ni KL Sentral dah sesak.. anak2 aku nak makan KFC. So, kita kenyangkan perut dulu..

Habis makan, kitorang naik tren balik ke KLCC. Pastu, terus amik keta dan balik Bangi sebab pukul 3 petang nanti, adik aku dah kena gi TBS untuk balik ke Parit Buntar. 

Tu ler story pendek 2 hari percutian yang padat utk adik aku.... 


There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.