Wednesday, August 29, 2012

AIDILFITRI 2012

Seperti yang dah diketahui dari awal Ramadhan lagi, 1 Syawal bagi tahun ni jatuh pada tarikh 19.8.2012. Dah takde lagi kan perasaan berdebar2  tunggu pengumuman raya mcm dulu-dulu. Aku ingat lagi kenangan zaman kanak-kanak dulu.. lepas buka puasa dan solat maghrib je, aku dan adik2 dah terpacak depan TV tunggu muka pakcik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tu keluar TV utk buat pengumuman tarikh raya. Kalau diumumkan esok  raya, aku dan adik-adik menjerit seronok macam org giler sambil diiringi bunyi mercun seluruh kampung..mmm, tetiba je rasa rindu pada kenangan zaman kanak-kanak

Emm, dlm tak sedar, aku dan faiz dah sambut aidilfitri ke 7 bersama-sama pada tahun ni. Maknanya dah 6 kali juga kami beraya sebagai ibu dan ayah.. Bezanya, sambutan kali ni agak meriah dengan pakaian raya yang agak  sedondon. Faiz yang set tema tahun ni warna hitam…tapi, baju aku n anak2 tak totally warna hitam sbb kitorang pilih kombinasi warna hitam + grey..okaylah kot yek.. yang penting, kita ikut sunah Nabi pakai baju baru di 1 Syawal…

Tahun ni giliran kitorang beraya di Kelantan, so gambar-gambar raya banyak di Kelantan ler…  Next year kita upload gambar raya kat Perak lak yek.. Itupun, kalau umur panjang dan kita masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal sekali lagi..InsyaAllah…

 My hubby yang tengah bersiap di pagi raya..

Gambar family (susah sebenarnya nak makesure anak-anak posing bergambar ni...)
 
Tema hitam + grey..

Kak Ah bersama anak tersayang, Cupie

Mama dan abah

 Cupie dengan adik sedara bongsu (buat masa ini ler..hehe)

 Abah, ma bersama anak-anak dan cucu kesayangan (menantu kena jadi photographer..)

 One family (bibik pun nak bergambar gak..)

 Senyuman di pagi 1 Syawal..

 Anakanda Yana yang manja...

Semoga kita diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan..Amin...

Tuesday, August 28, 2012

Sehari bersama adik (Daud dan Ajai)

26 Jun 2012 yang lalu, aku ambil cuti tahunan sebab bawa adik (Daud) utk attend interview di KTM, KL. Selesai sesi temuduga, kitorang (aku, Daud dan seorang lagi adik aku , Ajai) pegi jalan-jalan kat KLCC sebab Daud tak pernah lagi jejak KLCC. 

Lebih kurang 2 jam kat KLCC, kitorang gerak balik dengan komuter dan sampai rumah dalam kul 4 petang. Lepas asar, aku bawa lak diorang pegi jalan-jalan kat Putrajaya. Amar taknak ikut sebab dia nak main game, so..meera le yang join aku gi Putrajaya...Actually, Putrajaya ni banyak lokasi menarik utk dikunjungi seperi Taman Botani, Taman Wetland, Taman Warisan Pertanian, PICC, Alamanda dan macam-macam lagi.. disebabkan masa yang terhad memandangkan malam tu juga Daud nak balik Perak, so aku hanya sempat bawa dia ke area Masjid Putrajaya, Taman Wetland dan Taman Botani. Sememangnya negara kita ni banyak tempat menarik tapi kita je yang tak sedar...

Daud tgh berposing

 Meera nak menyelit gak di tengah makcik n pakcik dia..

 Gaya seorang .....

 Budak ni memang suka berposing.

 Mama gak le yang kena jadi photographer..

All in black..

 Meera memang suka kalau ada orang melayan dia..
 Abang dan adik..


 Jeti memancing di Taman Wetland.. banyak ikan..

 Cantik view kat sini...

Kat tepi jeti ni, ada satu restoran.. nampak macam menarik gak, tapi kitorang tak sempat nak melantak kat sini sebab takut Daud n Ajai tertinggal bas lak... Anyway, aku akan ajak faiz ke restoran ni suatu hari nanti, InsyaAllah.. Tapi, anak2 xleh ikut sbb mama n abah nak dating..hehehe...


Monday, August 27, 2012

Satu hari di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam (24.6.2012)


Kalau ikutkan le, agak mustahil utk my hubby bawa kitorang bercuti di tmpt ni. Tapi, disebabkan anakanda Amar Farouq join lawatan sekolah Pasti Ar-Raudah dan lokasi ini adalah lokasi pertama lawatan dia (semuanya ada 4 lokasi dalam program satu hari lawatan), maka selepas dipujuk oleh anakanda supaya mama daan abah ikut dari belakang, maka terjadilah peristiwa dalam sejarah ini. Actually, ni kali kedua aku jejak tempat ni (first time masa aku form 4 join lawatan kelab MRSM Taiping- aku dah lupa nama kelab tu) tapi ni kali pertama untuk family aku terutamanya Faiz..

Pukul 8pagi, kitorang dah berkumpul di sekolah amar. Dlm kul 8.30pagi, bas bergerak dan rombongan parents (lebihkurang 15 kereta) ikut bontot bas tu. Dlm kul 10 pagi, kitorang sampai di destinasi. Amar nak jalan ngan kitorang, tapi kitorang paksa dia follow group sekolah  and kitorang ikut dr belakang je…

Tempat ni agak nice utk lawatan family dengan udara yang segar dan tenang… so, kita tengok a few pictures yang sempat dirakam di sini… banyak gambar yang diambil melalui galaxy Faiz yang xde dlm collection aku…  Antara tarikan di taman cerakah ni adalah pelbagai jenis taman (7 taman semuanya), ada empangan. tasik, perkampungan dan chalet. Dari banyak2 lokasi di tmn ini, kitorang hanya pegi Taman Iklim Sederhana 4 Musim (masa lawatan ni tgh musim panas (summer)) and taman haiwan.. Yana excited sangat tgk binatang-binatang kat taman haiwan tu walaupun taman ni takde le sebesar mana pun…

 
 Amar bersama rombongan sekolah ketika baru sampai di Bukit Cerakah

 Sempat juga amar bergambar dengan  Meera n Yana masa dalam bas dari main gate rumah empat musim

Faiz with his lovely daughters

 Meera yang happy sokmo

 Amar n kawan2

Meera yang ceria dan suka berposing

 Seronok tgk yana yang excited


Dlm kul 11 lebih, kitorang keluar dari taman bukit cerakah ni. Disebabkan bas rombongan dah gerak tinggalkan kitorang, so kitorang pun terus gerak balik sebab semua dah penat berjalan .. ...sampai rumah dlm kul 1 tengahhari, kitorang terus melantak nasi ayam yang dibeli di area Shah Alam..habis melantak, aku, Faiz and anak-anak terus pengsan tidur (patut le kitorang makin gemuk kan..hehe).
Lepas asar, aku terus pegi sekolah amar utk ambil dia… ….turun dari bas je, amar terus tanya– 'nape mama n abah x ikut bas farouq?' (walaupun kitorang panggil amar dengan panggilan amar, tapi bila bercakap amar akan bahasakan dirinya sebagai ‘abang’ or ‘farouq)..
hehe..mama pun jawab, ‘eh..mama ikut ler, tapi mama ikut jauh-jauh sebab takut cikgu marah nanti’.
sambil mengerutkan kening tanda tak puas hati, amar jawab..’ye ke?’..
Cepat-cepat mama jawab: ‘betul ler!..dahler, amar duduk baik2 dan rehat yer..amar kan penat..’

Hehe..tak baik menipu anak, tapi terpaksa… …:)
There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.