Kalau ikutkan le, agak mustahil utk my hubby bawa kitorang
bercuti di tmpt ni. Tapi, disebabkan anakanda Amar Farouq join lawatan sekolah
Pasti Ar-Raudah dan lokasi ini adalah lokasi pertama lawatan dia (semuanya ada
4 lokasi dalam program satu hari lawatan), maka selepas dipujuk oleh anakanda
supaya mama daan abah ikut dari belakang, maka terjadilah peristiwa dalam
sejarah ini. Actually, ni kali kedua aku jejak tempat ni (first time masa aku
form 4 join lawatan kelab MRSM Taiping- aku dah lupa nama kelab tu) tapi ni
kali pertama untuk family aku terutamanya Faiz..
Pukul 8pagi, kitorang dah berkumpul di sekolah amar. Dlm kul
8.30pagi, bas bergerak dan rombongan parents (lebihkurang 15 kereta) ikut
bontot bas tu. Dlm kul 10 pagi, kitorang sampai di destinasi. Amar nak jalan
ngan kitorang, tapi kitorang paksa dia follow group sekolah and kitorang ikut dr belakang je…
Tempat ni agak nice utk lawatan family dengan udara yang
segar dan tenang… so, kita tengok a few pictures yang sempat dirakam di sini…
banyak gambar yang diambil melalui galaxy Faiz yang xde dlm collection aku… Antara tarikan di taman cerakah ni adalah
pelbagai jenis taman (7 taman semuanya), ada empangan. tasik, perkampungan dan chalet. Dari banyak2 lokasi di tmn ini, kitorang hanya pegi Taman
Iklim Sederhana 4 Musim (masa lawatan ni tgh musim panas (summer)) and taman
haiwan.. Yana excited sangat tgk binatang-binatang kat taman haiwan tu walaupun
taman ni takde le sebesar mana pun…
Amar bersama rombongan sekolah ketika baru sampai di Bukit Cerakah
Sempat juga amar bergambar dengan Meera n Yana masa dalam bas dari main gate rumah empat musim
Faiz with his lovely daughters
Meera yang happy sokmo
Amar n kawan2
Meera yang ceria dan suka berposing
Seronok tgk yana yang excited
Dlm kul 11 lebih, kitorang keluar dari taman bukit cerakah
ni. Disebabkan bas rombongan dah gerak tinggalkan kitorang, so kitorang pun
terus gerak balik sebab semua dah penat berjalan .. ...sampai rumah dlm kul 1
tengahhari, kitorang terus melantak nasi ayam yang dibeli di area Shah
Alam..habis melantak, aku, Faiz and anak-anak terus pengsan tidur (patut le
kitorang makin gemuk kan..hehe).
Lepas asar, aku terus pegi sekolah amar utk ambil dia… ….turun
dari bas je, amar terus tanya– 'nape mama n abah x ikut bas farouq?' (walaupun
kitorang panggil amar dengan panggilan amar, tapi bila bercakap amar akan
bahasakan dirinya sebagai ‘abang’ or ‘farouq)..
hehe..mama pun jawab, ‘eh..mama ikut ler, tapi mama ikut jauh-jauh sebab takut cikgu marah nanti’.
sambil mengerutkan kening tanda tak puas hati, amar jawab..’ye ke?’..
Cepat-cepat mama jawab: ‘betul ler!..dahler, amar duduk baik2 dan rehat yer..amar kan penat..’
hehe..mama pun jawab, ‘eh..mama ikut ler, tapi mama ikut jauh-jauh sebab takut cikgu marah nanti’.
sambil mengerutkan kening tanda tak puas hati, amar jawab..’ye ke?’..
Cepat-cepat mama jawab: ‘betul ler!..dahler, amar duduk baik2 dan rehat yer..amar kan penat..’
Hehe..tak baik menipu anak, tapi terpaksa… …:)
No comments:
Post a Comment