Saturday, August 8, 2009

Pengalaman Setahun


Tup tap, tup tap.. dah setahun 2 bulan aku bekerja di SYABAS KL. Pengalaman setahun di SYABAS membuatkan aku dah bosan bekerja di bidang perkhidmatan. Kita asyik kena jaga pengguna dan amalkan 'customer is right'. Sampai aku dah bosan nak melayan karenah orang yang asyik komplen air tak berkualiti.

Ntahler, sejak aku masuk kerja semula lepas 2 bulan cuti bersalin, aku rasa takde mood nak keja lagi.. rasa macam nak tukar keje ajer... tengok le kalau ada rezeki lain...

Second baby aku pun dah masuk 4 bulan.... Nur Ameera Farhana namanya. Lahir pada 10 April 2009. Semoga kelahiran meera menambahkan keceriaan keluarga kami.

Saturday, April 4, 2009

Aprilfool dari baby

1 april, aku bangun pagi macam biasa... malas sangat rasa nak pegi keje....hubby aku ada appoinment kat area bangi pagi ni, so, dia pun sambung tido lepas suboh. sakit hati aku tengok dia....
lepas mandi, aku terus bersiap. lagipun, jam dah pukul 6.30am. tetiba, aku rasa macam ada benda keluar dari faraj. bila aku check, darah!!!! tapi,..... aku rasa aku baru 35minggu lebih, takkan baby nak kuar dah.... aku kejutkan faiz dan inform dia.. dia kata tak payah pegi keje le.... aku terfikir yang hari ni kena submit report monthly, Ot staf dan banyak lagi yg aku kena sign...
lastly, aku decide nak pegi ofis gak.. kalau sakit, aku balik le nanti....

kat ofis, contraction makin terasa, tapi tak kerap sangat.....aku siapkan semua yang patut termasuk ler jadual take over keje aku....
pukul 8 mlm aku sampai rumah, masih rasa okay lagi....
pukul 10.00 mlm, contraction makin kerap, every 10 minit... aku baring jer.. amar pun dah tido.. so, boleh ler aku rileks.... pukul 11, contraction every 5 minutes. faiz terus kemas barang-barang aku. Aku inform bibik utk take care amar. kul 11 lebih aku terus pegi hospital putrajaya. Sampai kat hospital, contraction aku every 2 minutes. Dr dah gabra sebab aku sakit sangat. bila check, baru buka 1 cm. Argggghhh!!!!! tensionnya aku.....lastly, Dr decide bagi kat aku ubat tahan sakit dan ubat matangkan paru-paru baby sebab baby baru 35 minggu....sakitnya masa cucuk ubat tu hanya tuhan je yang tahu....

Lepas cucuk tu, aku terus lalok....masa diorang hantar ke wad pun, aku dah mamai giler...aku terus tertido, faiz balik pun aku dah tak ingat sangat....
pukul 9pg, nurse kejutkan aku.... diorang check yang contraction aku dah stop..... bukaan pun masih 1 cm.....
Bila Dr datang check, Dr pun terkejut sebab contraction aku fully stop... Dr gelak je, dia kata baby nak buat APRILFOOL kat mama dia... aku pun senyum jer... dua malam aku kat wad. lepas Dr confident yang mmg condition aku okay, aku dibenarkan pulang...
Sekarang ni aku berehat kat rumah sambil tunggu masanya tiba....
dalam perut pun, baby dah pandai buat Aprilfool, dah kuar nanti macam mana le dia agaknya.....
yang penting, baby lahir dengan selamat......
nampaknya Aprilfool tahun ni memang menyebabkan aku dan faiz porak peranda.......hehe...

Saturday, January 31, 2009

2009.....

Actually otak aku tengah blur untuk tulis dalam blog ni...tapi, aku tak boleh nak tido... amar tak berapa sihat seminggu.. kena infection batuk..asyik batuk je masa tido dan akhirnya dia muntah.... tu yang aku risau, takut dia tersedak, or muntah tu masuk hidung or ruang pernafasan and go to his lung.. tak pasal2 kena infection paru-paru lak...ini ler dugaan jadi seorang ibu kan... dengan keadaan kandungan aku yang makin membesar, aku makin tak bertenaga akhir-akhir ni.

Beban keje tahun 2009 ni plak makin banyak...kadang-kadang rasa fed-up nak keje lagi..tapi, bila aku fikir keadaan kewangan tahun 2009 yang makin tak menentu, better aku stay dengan keje aku ni... atleast aku bekerja dengan company perkhidmatan yang tak akan bankrap. kalau kerajaan negeri nak take over pun, aku tak kisah....cuma aku harap staf aku dapat beri komitmen yang baik dan aku dapat pastikan unit aku mencapai apa yang disasarkan...

kalau dulu, aku rasa aku tak layak jadi bos sebab management skill aku yang masih mentah, tapi tahun 2009 ni, aku dapat rasa yang aku dah dapat manage unit aku dengan baik... staf pun makin mudah beri kerjasama yang baik.... hopefully, semuanya akan berjalan lancar pada tahun 2009 ni...

Aku cuma harap pada tahun 2009 ni....
i) anak kedua ni lahir dengan selamat
ii) kehidupan family aku yang makin bahagia dan ceria dengan kelahiran orang baru
iii) keje aku yang makin sukses
iv) my hubby, amar, baby sentiasa sihat n happy.....

Semoga yang aku impikan menjadi kenyataan.. tapi, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya.......

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.