Tuesday, July 16, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 1: The story of the beginning of our journey

Huahuahua..tajuk macam gempak je…

Actually, program percutian ni dah dirancang sejak awal lagi. Mula-mula plan nak gi Pulau Langkawi, then ubah ke Pulau Redang, dan lastly atas sebab-sebab tertentu…Tioman yang terpilih. Itulah yang dikatakan ‘kita hanya merancang, Dia yg menentukannya’.

Tourism Map of Pulau Tioman ( Tioman Island ) off East Coast of Peninsular ( Western ) Malaysiahttp://www.caingram.info/Malaysia/Tioman_htm/tioman_map.htm

Mcm percutian di Port Dickson dan Cameron Highlands, percutian ni pun dijoin oleh individu yg sama, 3 family dgn total 6 dewasa and 7 kanak-kanak. Tarikh yg dipilih adalah 6-8hb Julai 2013.

Disebabkan percutian ni agak panjang, 3 hr n 3 mlm, so, aku pecahkan entry ni kepada episod-episod…hahaha..

Balik dr keje hr Jumaat tu, aku terus kemaskan barang2 and masukkan dlm keta… kul 9.30 malam kami berkumpul di Tol Bangi..lepas semua ready, kitorang pun mulakan our 325km journey to Tioman....


Sampai kat area Seremban, tiba2 Najib n Cikun sedar yg ubat anak diorang tertinggal, so diorang patah balik ke Bangi… Family aku n Family Ayu terus bergerak and berhenti di R&R Ayer Keroh… dlm 15 minit gak lepak situ sambil En Faiz berasap hilangkan ngantuk…lepas berasap dan ber'toilet', perjalanan diteruskan..bila tgk yana dah ngantuk, aku pun tidokan dia sambil BF. Tup tap, aku yg tertidur..hihihi...

Then, kitorang behenti rehat di R&R Pagoh…masa kat Pagoh, Najib and family yg berpatah balik tadi pun sampai... so, lepas driver2 siap berasap, perjalanan diteruskan sampai ke Exit Ayer Hitam... then, kitorang terus ke Kluang...sampai di Kluang dlm pukul 2 pagi kot..kitorang singgah di rumah Mak Cikun. Mak n ayah Cikun siap hidang kuih dan air panas lagi..walaupun masih dlm separa sedar dan mamai, sempat gak ler 3, 4 biji kuih aku telah..then, mak cikun siap bekalkan kuih untuk kitorang breakfast di Mersing nnt...

Dlm pukul 3 lebih, kami mula bergerak ke Mersing. Perjalanan dr Kluang ke mersing agak horror sket sbb kena lalu kawasan felda, dengan jalan yang berbengkang bengkok dan gelap gelita. Tapi aku rasa better kot jln mlm sebab takde lori balak dan lori pasir. waktu siang, jln ni penuh dgn lori balak dan lori pasir, nak memotong pun susah...

Dalam kul 5pagi kami sampai di Mersing. Lepas jumpa owner homestay kat town Mersing, kami dibawa ke homestay. Sampai je homestay, semua driver terus masuk tidur..disebabkan aku dah byk tido dlm kereta td, aku plan nak mengemas brg. Tiba2 lampu ruang tamu homestay tu terpadam..then, menyala balik..aik, ada yg off and on ke? terus meremang bulu roma aku..apalagi, aku terus masuk bilik, baring sebelah En Suami dan terus tido...hehe..so, kita sambung story kat next episode.... 

Monday, July 15, 2013

Chicken Pox menyerang anakanda Meera..dugaan utk mama dan abah di bulan Ramadhan

Aduhh...tak pasal2 mama kena cuti hari ni...tapi, maybe ada hikmah atas dugaan yg diberi olehNya...salah satunya, maybe nak bagi aku kesempatan untuk membelek blog aku yg dah bersawang ni..hehe..:) ye tak?

Pagi semalam, meera tunjuk ada bintik kat belakang tapak tangan dia. Aku ingat maybe kena gigit dengan nyamuk kot... Then, masa meera nak mandi petang semalam, dia cakap yang bintik tu sakit..bila aku buka baju dia..OMG!!!!!!penuh bintik2 berair kat badan dia macam campak....aduh, terus aku rasa berpinar bila terbayang EL yang terpaksa diambil..huahuahua...bila ler report audit aku nak siap ni kalau asyik cuti je....

So, lepas berdiskusi dengan En Suami, aku ambil EL hari ni dan dia EL esok untuk jaga si Meera ni..terpaksa ler bergilir2..kalau ada bibik, takde ler aku n En Suami pening kepala psl isu EL ni...tapi, mmmm...apa boleh buat...(ni yang rasa nak ambil bibik baru ni..)

So, pagi tadi aku bawa si Meera jumpa Dr...Dr sahkan mmg campak berair..setengah orang kata cacar air..dan Dr mention yang aku kena ready utk senario yang lebih teruk..Yana dan Amar pun akan menyusuli kelak!!!!.terus aku rasa macam nak pengsan kat situ gak...rasa nak nangis pun ada gak....huahuahua..

sian aku tgk mera yg asyik mengadu gatal. Moga2 aku bersabar dengan dugaan ini.. maybe Allah nak bagi aku masa yang lebih utk lakukan amal ibadat di bulan Ramadhan ni dan juga maybe aku dpt curi sikit masa utk update blog psl percutian di Tioman on last weekend, InsyaAllah...


Putih badan meera kena lumur lotion calamine...siap posing dgn daun bambu..

Bayangkan ler ada dekat 50 biji bintik ni dekat badan budak kecik tu..aduh!!! Dr kata lagi banyak akan keluar..huuwaaa......

Daun bambu yg aku ambil tepi jalan...petua org tua kata daun ni dpt kurangkan gatal...tak salah untuk kita mencuba kan...

Harap-harap aku tak berjangkit lak dr si Meera ni..Dr kata InsyaAllah aku tak kena sebab aku dah kena masa kecik2 dulu...tapi, kuasa Allah takde sapa boleh halang, ye tak?  ...apapun, setiap penyakit tu untuk menghapuskan dosa2 kecik kita..


Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.