Wednesday, July 16, 2014

Sayonara my lovely viva

16.7.2014 - jodoh antara kami dah berakhir setelah 7 tahun si wrm menemani aku.

Aku tempek gambar wrm kat sini untuk tatapan aku bila teringat kat dia..

Semoga wrm mendapat tuan baru yg lebih baik...huhuhu.

Thursday, July 3, 2014

Bangun sahur

Alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa ni tak miss lagi sahur..aku just panaskan makanan yg dah siap masak atau beli...hehe,  malas aku.nak bersilat kat dapur awal2 pagi gitu . Kalau masak pun, just yang simple2 seperti telur dadar untuk banyakkan hidangan atas meja je.

Cuma dugaan yang berat tu time nak kejutkan anak2 bersahur..huhuhu...mujur anak perempuan aku, si ameera ni senang nak dikejutkan..ikut perangai mama tu..hikhik. yang susahnyer nak kejutkan anak lelaki ni. kejut elok2, tak jalan..basahkan muka pun tak jalan. Dukung bawak turun bawah pun tak sedar lagi. Letak kat kerusi meja makan pun tak buka mata lagi. Last sekali, mama menjerit... baru ler mata dia luas terbuka... huhuhu...agak2 nya jiran2 sebelah pun boleh terjaga dek dgr aku jerit..huhu.. apapun mmg dugaan nak latih anak2 ni berpuasa..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.