Tuesday, June 12, 2012

UNIT KUALITI AIR SYABAS KUALA LUMPUR YEAR 2008 - 2011

Berdiri dari Kiri: Fadzly, Azim, Salyaraja, Fida, Akma
Duduk dari kiri: Norbi, Fuad, Ruzaimie, aku, Ezuhan, Faizal, Firdaus
Gambar dimuat masuk: Amarul
Fida dan Akma adalah jemputan khas bagi menyerikan majlis perpisahan aku

Selepas 3 bulan meninggalkan SYABAS, tetiba je aku rasa rindu pada 10 insan yang pernah muncul dalam hidup aku bagi tempoh tahun 2008 – 2011. Mungkin juga, aku rindu pada perangai-perangai pelik diorang ni:

Fadzly – mmm..nampak je dah tua, sebenarnya dia ni masih anak manja mak.. Tapi, dah tak ramai lelaki macam dia ni pada zaman sekarang..kiranya, aku setuju je kalau adik aku nak kawin dengan dia ni (tu pun kalau dia nak dgn adik2 aku yang ngokngek macam aku gak, hehe)… lagipun, aku dah anggap fadzly ni macam adik kandung aku sendiri…

Fuad – aku kagum betul pada tahap ketahanan badan si mamat ni. Apa pun tugas site yang aku bagi, pasti si fuad ni akan selesaikan dengan apa cara sekalipun…tapi, kalau aku bagi je kerja-kerja pejabat, hampeh…berkurun baru siap… paling dia suka, main safety kon tu jadi pembesar suara kat tingkat 3 tu…ishh, pening kepala aku layan karenah si mamat ni..

Faizal – aku akan senyum bila teringat saat si faizal ni membebel…jarang jumpa lelaki pandai membebel macam si faizal ni, kalah perempuan…apa aku cakap pun, mesti dia nak menjawab balik..

Firdaus-mat smart ni pandai jaga penampilan dan sentiasa nak nampak smart..bagi aku dia ni agak ‘unik’ di mana jika seseorang tu pandai approach si mamat ni, dia akan berjaya mengenali diri sebenar mamat ni, sebaliknya jika tak..sukar  nak mengenali diri sebenar mamat ni..

Norbi – Dalam tak sedar, rupanya aku respect sungguh pada en norbi ni. Selaku bekas seorang askar, abg norbi ni memang berdisiplin tinggi…walaupun dah berusia melebihi 50 tahun, namun semangat kerja abg norbi ni boleh mengalahkan mereka yang muda-muda ni… kalau ada peluang lagi, aku memang teringin untuk bekerja dengan abg norbi lagi..

Salyaraja – satu-satunya pekerja bukan muslim yang pernah aku selia…bak kata org lama, yang lama itu lebih berharga.. walaupun kesihatan dia kurang baik berbanding mereka yang lebih muda, tpi beliau tetap memberi komitmen dan kerjasama yang baik. Rraja juga le yang jadi penyelamat aku di hujung minggu..beliau sentiasa kata BOLEH BOS bila aku minta dia standby waktu weekend..terima kasih banyak Raja!!!

Ezuhan – mamat ni memang pandai dalam bermulut manis…kalau perempuan yang jenis mudah lembut hati, dah lama cair dgn si mamat ni.. malang le mamat ni dapat bos macam aku..hehe..sori ler ezuhan, akak tak cair le dgn kata-kata manis ko..

Azim-budak ni ada talent jadi ustaz or tukang baca doa pada majlis CAP..dua tahun pertama, mamat ni memang susah nak bercakap dgn aku..tahun 2011, Alhamdulillah mamat ni bagi peluang pada aku untuk lebih mengenali dia..mmm, memang NICE mamat ni!!

Amarul-Mamat ni plak macam blur je, lurus pun ada gak…mmm, kalau aku bebel, dia senyum je..aduhhh, bos yang tension tapi dia sengih je…apasal le ko buat bos pening, am?

Ruzaimie-antara semua staf, mamat ni yang paling sukar didekati..kenapa yeK? Maybe aku ni tak cukup bagus untuk jadi bos dia kot..anyway, kalau ada peluang untuk kami bekerjasama di masa lain, maybe keadaan akan jadi lebih baik, InsyaAllah..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.