Berdiri dari
Kiri: Fadzly, Azim, Salyaraja, Fida, Akma
Duduk dari
kiri: Norbi, Fuad, Ruzaimie, aku, Ezuhan, Faizal, Firdaus
Gambar
dimuat masuk: Amarul
Fida dan
Akma adalah jemputan khas bagi menyerikan majlis perpisahan aku
Selepas 3
bulan meninggalkan SYABAS, tetiba je aku rasa rindu pada 10 insan yang pernah
muncul dalam hidup aku bagi tempoh tahun 2008 – 2011. Mungkin juga, aku rindu
pada perangai-perangai pelik diorang ni:
Fadzly –
mmm..nampak je dah tua, sebenarnya dia ni masih anak manja mak.. Tapi, dah tak
ramai lelaki macam dia ni pada zaman sekarang..kiranya, aku setuju je kalau
adik aku nak kawin dengan dia ni (tu pun kalau dia nak dgn adik2 aku yang
ngokngek macam aku gak, hehe)… lagipun, aku dah anggap fadzly ni macam adik
kandung aku sendiri…
Fuad – aku
kagum betul pada tahap ketahanan badan si mamat ni. Apa pun tugas site yang aku
bagi, pasti si fuad ni akan selesaikan dengan apa cara sekalipun…tapi, kalau
aku bagi je kerja-kerja pejabat, hampeh…berkurun baru siap… paling dia suka,
main safety kon tu jadi pembesar suara kat tingkat 3 tu…ishh, pening kepala aku
layan karenah si mamat ni..
Faizal – aku
akan senyum bila teringat saat si faizal ni membebel…jarang jumpa lelaki pandai
membebel macam si faizal ni, kalah perempuan…apa aku cakap pun, mesti dia nak
menjawab balik..
Firdaus-mat
smart ni pandai jaga penampilan dan sentiasa nak nampak smart..bagi aku dia ni
agak ‘unik’ di mana jika seseorang tu pandai approach si mamat ni, dia akan berjaya
mengenali diri sebenar mamat ni, sebaliknya jika tak..sukar nak mengenali diri sebenar mamat ni..
Norbi –
Dalam tak sedar, rupanya aku respect sungguh pada en norbi ni. Selaku bekas
seorang askar, abg norbi ni memang berdisiplin tinggi…walaupun dah berusia
melebihi 50 tahun, namun semangat kerja abg norbi ni boleh mengalahkan mereka
yang muda-muda ni… kalau ada peluang lagi, aku memang teringin untuk bekerja
dengan abg norbi lagi..
Salyaraja –
satu-satunya pekerja bukan muslim yang pernah aku selia…bak kata org lama, yang
lama itu lebih berharga.. walaupun kesihatan dia kurang baik berbanding mereka
yang lebih muda, tpi beliau tetap memberi komitmen dan kerjasama yang baik.
Rraja juga le yang jadi penyelamat aku di hujung minggu..beliau sentiasa kata
BOLEH BOS bila aku minta dia standby waktu weekend..terima kasih banyak Raja!!!
Ezuhan –
mamat ni memang pandai dalam bermulut manis…kalau perempuan yang jenis mudah
lembut hati, dah lama cair dgn si mamat ni.. malang le mamat ni dapat bos macam
aku..hehe..sori ler ezuhan, akak tak cair le dgn kata-kata manis ko..
Azim-budak
ni ada talent jadi ustaz or tukang baca doa pada majlis CAP..dua tahun pertama,
mamat ni memang susah nak bercakap dgn aku..tahun 2011, Alhamdulillah mamat ni
bagi peluang pada aku untuk lebih mengenali dia..mmm, memang NICE mamat ni!!
Amarul-Mamat
ni plak macam blur je, lurus pun ada gak…mmm, kalau aku bebel, dia senyum
je..aduhhh, bos yang tension tapi dia sengih je…apasal le ko buat bos pening,
am?
Ruzaimie-antara
semua staf, mamat ni yang paling sukar didekati..kenapa yeK? Maybe aku ni tak
cukup bagus untuk jadi bos dia kot..anyway, kalau ada peluang untuk kami
bekerjasama di masa lain, maybe keadaan akan jadi lebih baik, InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment