Melihat gambar di atas, tanpa sedar aku akan tersenyum
sendirian. Kalau tak silap, gambar ini diambil pada tarikh 20.3.2005 iaitu
semasa faiz menghantar aku ke KLIA untuk menghadiri kursus di Pathumthani,
Bangkok Thailand selama seminggu. Tika ini, perpisahan seminggu bagaikan
setahun rasanya, maklumler tengah mabuk bercinta...
Masa dah berlalu lebih dari 7 tahun dari saat gambar
ni diambil… Alhamdulillah, manisnya percintaan itu masih utuh hingga ke
hari ini… Cuma, apa yang berbeza adalah kami bukan lagi berdua sebaliknya dah
berlima dengan 3 anak-anak tercinta (Alhamdulilah di atas rezeki dariNya), saiz
faiz dah bertambah (hehe..pandai gak aku jaga suami sampai bulat jadinya, amar
kata abah macam Garfield), dan usia kami pun dah makin bertambah…
Semoga kasih saying antara kami diberkatiNya
dan kekal hingga ke alam akhirat, InsyaAllah..AMIN…
No comments:
Post a Comment