Sunday, December 30, 2012

Lagi-lagi Alamanda..

Hehe..macam biasaler, dah basi event tu, baru aku ada masa nak post dlm blog ni... event jalan-jalan di Alamanda ni happened on last 23.12.12 (sunday). Aku pun dah lupa nak post, tapi masa belek2 kamera, baru perasan ada gambar. so, ada peluang depan laptop ni hari ni (29.12.12)..aku terus le masukkan dlm blog ni, tapi tak tahu le bila akan dipost utk publish..haha..

Dek kerana si Abah teringin nak tengok movie The Hobbit: An unexpected journey, so aku pun booking tiket melalui online...

So, lepas hantar cousin husband ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), kitorang terus bergerak ke Alamanda. Sebelum masuk panggung, sempat le snap a few pictures kat ruang legar GSC..




Susahnye nak minta diorang bertiga ni berposing... macam-macam aksi yang keluar...Si kecik Yana pun dah ikut perangai lasak abang dan kakaknya...

Mama dah posing, tapi anak-anak still ngan aksi tersendiri..

Abah pun nak posing gak dgn anak-anaknya..

Meera rasa dia comel bila ada bunga terselit kat tepi telinga...comel ke? hehe

Baru mama dan abah nak posing bersama, si kecik Yana dah datang mengacau...aduhh!!!!!

Thursday, December 27, 2012

Dinner di Restoran Upin dan Ipin


Actually, unplanned dinner ni happened dua hari lepas yang lalu. Disebabkan takde mood nak masak on that night tambahan lak aku sampai rumah pun dah lewat (pukul 7 mlm lebih), aku ajak hubby n anak2 makan kat luar… teringat lak kat restoran Upin Ipin yang dah dibuka kat area tasik cempaka, Bandar Baru Bangi. So, aku n faiz decide nak try makan kat restoran ni…

Sampai kat parking depan restoran tu je, anak2 dah jerit tgk gambar Upin Ipin kat papan tanda kedai…


 Buku menu pun cantik, siap menu-menu dengan nama watak cerita upin-ipin..


 Page 1 - set nasi ayam Upin & Ipin 

Menu - Pilihan ayam goreng drumstick Upin & Ipin & Pilihan Snek Fizi

 Set Nasi Opah & Set kak Ros

 Pilihan Mee Ma'il

 Pilihan snek Fizi & Set Kanak-Kanak Upin & Ipin

Actually banyak lagi page menu yang ada, tapi malas lak nak snap semua page... Antara menu lain, set Atok, pilihan minuman, aiskrim n etc.... so, lepas puas membelek buku menu tu, kitorang decide menu ayam goring utk Yana n Meera, Set Funfries utk amar, Air Jus Upin Ipin for each anak-anak, set Nasi Ayam utk mama n set nasi goreng kampung utk Abah…Jom kita tgk hidangan yang kami dapat..

 Ayam goreng drumstick utk Yana n Meera + jus buah dlm botol Upin Ipin

 Set nasi ayam (dapat free air jus mango)

Set funfries + ayam goreng utk amar (dapat free

 Set nasi goreng kampung untuk abah

Masa kitorang sampai, restoran ni hampir penuh dengan customer. Tapi, okayler sbb tak perlu menunggu lama pun...dlm 15 minit je...sempat le anak2 buat hal masing-masing..

 Meera n Yana membelek buku menu sambil main tisu

Si Amar Farouq sibuk ngan android dia...

 Time melantak ayam goreng!!!

 Yana pun nak ayam goreng gak..

 TV yang tersedia mmg tayang cerita Upin Ipin je..

 Sudut jualan barang-barang Les Copaqu (mmg tempat tumpuan budak-budak, yang pening mak ayah ler sbb kena pujuk dek anak2 utk beli barangan ni) 

 Kaunter pembayaran

Dan harga kat sini berpatutan…semua yang kami makan malam ni hanya dengan kos RM38.50… Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikanNya…
On the way balik, Amar sempat pesan… “lain kali kita datang lagi kedai Upin Ipin ni tau.Abang suka le makan kat situ”. Dan macam biasaler, Meera akan menyampuk, “kakak pun suka jugak makan kat Kedai Upin Ipin”…… Mama dan Abah senyum je..

Wednesday, December 19, 2012

Trip to Port Dickson – Day 1 (Hasrat anak-anak tercapai)


Alhamdulillah…aku n faiz telah berjaya memenuhi hasrat anak-anak untuk bercuti pada 15 n 16hb yang lalu. Amar request nak stay hotel, meera request nak main pasir pantai n yana lak masih kecil utk request.. so, after diskusi, kami berdua decide bercuti ke Port Dickson…
Disebabkan decision untuk bercuti ni dibuat di akhir waktu (2 hari sebelum kejadian), tak banyak pilihan yang ada disebabkan kebanyakan hotel dah fully booked… Akhirnya, aku berjaya tempah bilik di hotel bajet iaitu Sunshine Bay Resort (tak kisah le hotel mahal atau murah, yang penting hasrat amar utk stay hotel tercapai…hehe)….antara sebab lain aku pilih hotel ni sbb hotel ni ada private beach..jadi, boleh le anak-anak main pantai sepuas hati tanpa gangguan crowd yang ramai.. kami pun pernah stay hotel ni masa program reunion ex-staf SYABAS KL bulan 4 yang lalu… Walaupun servis tak best, tapi okaylah sbb kami hanya guna bilik utk tido je sbb anak-anak sibuk nak mandi pantai n swimming pool…
Untuk meriahkan lagi percutian, aku n Faiz ajak family najib n azhar utk join skali sbb mesti amar and meera suka kalau kawan-kawan diorang pun ada.. Alhamdulillah, dijadikan cerita, najib n Azhar setuju utk join skali…  Actually, ada kisah kenapa tiga family ni boleh akrab… antara kisahnya,..
  1. Aku, faiz, azhar n najib belajar skali di Matrikulasi UKM Kuala Pilah Tahun 1998. Kebetulan lak, aku, faiz n azhar satu kelas (KK7), dan najib lak kelas sebelah (KK8). Walaupun kelas berasingan, tapi waktu prep malam, KK7 dan KK8 akan jadi sekelas disebabkan si najib ni akan buka divider kayu yang memisahkan kelas kami. Najib ni dulu nakal sket, sama naik gak ngan si Faiz ni.. hehe..
  2. Bila masuk UKM lak, si Faiz, Azhar n Najib stay satu kolej iaitu Kolej Dato Onn. Bini-bini diorang iaitu Cikun (wife najib) n Ayu (wife Azhar) pun satu kolej ngan diorang. Aku je yang tercampak ke Kolej Burhanuddin Helmi. Dan ditakdirkan Tuhan, kami dijodohkan bersama…
  3. Anak sulung dan anak kedua kami lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 2007 dan 2009. Cuma aku n faiz je yang terbabas dapat anak ketiga…hehehe…Rezeki katakan….disebabkan umur yang sama ni, anak-anak ni suka sgt bila dapat berkumpul dan main bersama, rumah pun dah jadi tongkang pecah.…siap taknak balik rumah lagi…anak ayu n azhar mesti nangis bila kawan-kawan dia nak balik…hehe..sian alia…
  4. Minat yang sama untuk menjamu rakan-rakan…hehe, maksudnya ketiga-tiga wife ni suka sgt buat masak-masak n panggil 2 lagi family ni ke rumah untuk menjamu selera.. walaupun x terror pun masak macam chef-chef terkenal, tapi..yang penting..Ikhlas..hehe..sekarang ni, ayu le yang kerap buat masak-masak sbb dapur dia dah siap renovate..best giler nak memasak kat dapur dia.. aku je tunggu bile le dapur aku nak siap ni….
Disebabkan persamaan di atas, dicampur lak dengan persamaan ideologi otak masing-masing, maka resepi keakraban hubungan antara keluarga ni memang manjadi..
So, berbalik kepada percutian tadi, kami bertolak dari Bangi dalam kul 8.30 pagi n sampai ke Port Dickson dekat kul 10 pagi…lepas parking depan Sunshine Bay Resort, kami terus cari port untuk berkelah… Alhamdulillah, disbbkan kawasan ni ala-ala private beach n org belum ramai , kami dapat port yang agak menarik.. lepas isi perut, semua anak-anak terjun masuk air…
So, kita view gambar main pantai Day 1.


 Anak-anak seronok main pasir..

Si bapak kusyuk merenung laut sambil berasap..

Dua itik main pantai..

 Enjoy si Yana main air...bibik le kena melayan dia..

 Pantai berlatar belakang Sunshine Bay Resort...mmg tak ramai org sebab pantai ni ala-ala private beach..


 Mama pun nak berposing ngan anak-anak dlm air..


 Time utk mak-mak berposing.. hehe..

 Couple Azhar n Ayu

 Couple Faiz n Azie..hehehe...





Meera mmg taknak turun pantai sebab dia still fobia ngan air..so, pasir tu ler jadi mainan dia..





Lepas 2 jam mandi pantai, mak-mak dah penat sebab pagi tadi terpaksa bangun awal utk sediakan bekal berkelah… Alhamdulillah, hotel lak benarkan utk check in awal.. so, dlm kul 12 lebih, kitorang dapat kunci bilik.. tapi, anak-anak terus masuk swimming pool…
 




Dah puas penat main air, baru anak-anak setuju naik bilik… dengan kepenatan ditambah lak dengan kesejukan aircond bilik hotel, semua pengsan lepas zohor… lepas asar, baru semua berkumpul kat bilik cikun untuk makan nasi ayam yang dimasak Ayu n sandwich yang dibuat Cikun.. Bihun yang aku masak dah habis dilantak pagi tadi…

Lepas maghrib, kitorang gerak ke PD Waterfront… Tapi, sbb waktu malam, so..tak banyak yang menarik utk dihayati..Jadi, kitorang gerak ke Teluk Kemang. Anak-anak seronok main bola kat dataran Teluk Kemang..






 


Lepas penat main, kitorang gerak utk cari kedai makan… Kedai Nasreen Songkhla Seafood jadi pilihan kami … Alhamdulillah, makanan kat situ memang sedap dan memuaskan hati,….parking lot pun besar…dan yang penting, harga pun agak berpatutan..


(Sumber gambar: http://traveldine.blogspot.com/2011/05/restoran-nasreen-songkhla-seafood-port.html)
 
 
Posing jap sementara tunggu makanan sampai..

 Ikan stim halia.. sedap!!


 Antara menu lain..
Lepas kenyang melantak, kami decide utk balik hotel terus sebab masing-masing dah kepenatan…tak sampai separuh perjalanan, semua anak-anak dah tertidor.. sebelum tertido, amar sempat pesan supaya bangun awal pagi esok utk mandi kolam…hehe…boleh ke bangun? 
Utk Day 2, kita sambung lain kali yek…selamat malam...
There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.