Thursday, December 6, 2012

Majlis Ihtifal Anakanda Amar Farouq

Sebenarnya majlis ni dah berlangsung 2 minggu yang lepas.. tapi, disebabkan terlalu sibuk dgn assignment 'crisis management', maka post ni pun tertangguh le.... Hampir sebulan gak aku siapkan assignment tu...dan alhamdulillah, jumaat yang lalu, draft report setebal 75 page telahpun disubmit kepada bos untuk semakan...

Dan setelah terhantarnya report tu, baruler aku sempat utk tgk facebook, blog, etc. Dan akhirnya citer yang patutnya dah dipost 2 minggu yang lalu, berjaya dipost hari ni...

Ihtifal ni sebenarnya untuk meraikan murid 6 tahun yang berjaya menamatkan sesi tadika diorang..tapi, amar yang baru 5 tahun turut join dlm persembahan...dan sebagai parents, aku n faiz hadir untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah dan untuk amar sekali...


Yana n meera pun ikut gak...tapi, gambar yana tak sempat nak disnap sbb dia takleh nampak kamera..dia yang nak jadi photographer lak...

meera yang kusyuk baca buku program..siap terbalik lagi!!!

Abah sempat berposing ngan anak dara tersayang..

Macam biasa le, bila di majlis macam ni, students akan buat persembahan untuk menunjukkan bakat terpendam pada parents...so, kitorang dimaklumkan yang amar akan buat 2 jenis persembahan... so, iniler antara gambar persembahan yang sempat disnap..






Amar dgn persembahan pertama - nasyid..





Persembahan kedua...(aku pun tak faham persembahan apa, macam senaman ala gangnam style je)..

lawak gak tgk persembahan diorang, tapi yang penting, anak-anak happy dengan life diorang...

Dan akhirnya, sebagai meraikan kejayaan menghabiskan sesi pembelajaran tahun 5, so bebudak 5 tahun ni diberikan sedikit cenderamata...dan dengan bangganya amar naik ke pentas utk ambil hadiah..(actually mama n abah yang terlebih excited, hehehe)...


Dan bermula ler time enjoy utk amar!!! YEAY, CUTI!!!!!!!

No comments:

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.