Alhamdulillah…aku n faiz telah berjaya
memenuhi hasrat anak-anak untuk bercuti pada 15 n 16hb yang lalu. Amar request
nak stay hotel, meera request nak main pasir pantai n yana lak masih kecil utk
request.. so, after diskusi, kami berdua decide bercuti ke Port Dickson…
Disebabkan decision untuk
bercuti ni dibuat di akhir waktu (2 hari sebelum kejadian), tak banyak pilihan
yang ada disebabkan kebanyakan hotel dah fully booked… Akhirnya, aku berjaya tempah
bilik di hotel bajet iaitu Sunshine Bay Resort (tak kisah le hotel mahal atau
murah, yang penting hasrat amar utk stay hotel tercapai…hehe)….antara sebab
lain aku pilih hotel ni sbb hotel ni ada private beach..jadi, boleh le
anak-anak main pantai sepuas hati tanpa gangguan crowd yang ramai.. kami pun
pernah stay hotel ni masa program reunion ex-staf SYABAS KL bulan 4 yang lalu… Walaupun
servis tak best, tapi okaylah sbb kami hanya guna bilik utk tido je sbb
anak-anak sibuk nak mandi pantai n swimming pool…
Untuk meriahkan lagi percutian, aku
n Faiz ajak family najib n azhar utk join skali sbb mesti amar and meera suka
kalau kawan-kawan diorang pun ada.. Alhamdulillah, dijadikan cerita, najib n
Azhar setuju utk join skali… Actually,
ada kisah kenapa tiga family ni boleh akrab… antara kisahnya,..
- Aku, faiz, azhar n najib belajar skali di Matrikulasi UKM Kuala Pilah Tahun 1998. Kebetulan lak, aku, faiz n azhar satu kelas (KK7), dan najib lak kelas sebelah (KK8). Walaupun kelas berasingan, tapi waktu prep malam, KK7 dan KK8 akan jadi sekelas disebabkan si najib ni akan buka divider kayu yang memisahkan kelas kami. Najib ni dulu nakal sket, sama naik gak ngan si Faiz ni.. hehe..
- Bila masuk UKM lak, si Faiz, Azhar n Najib stay satu kolej iaitu Kolej Dato Onn. Bini-bini diorang iaitu Cikun (wife najib) n Ayu (wife Azhar) pun satu kolej ngan diorang. Aku je yang tercampak ke Kolej Burhanuddin Helmi. Dan ditakdirkan Tuhan, kami dijodohkan bersama…
- Anak sulung dan anak kedua kami lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 2007 dan 2009. Cuma aku n faiz je yang terbabas dapat anak ketiga…hehehe…Rezeki katakan….disebabkan umur yang sama ni, anak-anak ni suka sgt bila dapat berkumpul dan main bersama, rumah pun dah jadi tongkang pecah.…siap taknak balik rumah lagi…anak ayu n azhar mesti nangis bila kawan-kawan dia nak balik…hehe..sian alia…
- Minat yang sama untuk menjamu rakan-rakan…hehe, maksudnya ketiga-tiga wife ni suka sgt buat masak-masak n panggil 2 lagi family ni ke rumah untuk menjamu selera.. walaupun x terror pun masak macam chef-chef terkenal, tapi..yang penting..Ikhlas..hehe..sekarang ni, ayu le yang kerap buat masak-masak sbb dapur dia dah siap renovate..best giler nak memasak kat dapur dia.. aku je tunggu bile le dapur aku nak siap ni….
Disebabkan persamaan di atas, dicampur lak dengan persamaan
ideologi otak masing-masing, maka resepi keakraban hubungan antara keluarga ni memang
manjadi..
So, berbalik kepada percutian
tadi, kami bertolak dari Bangi dalam kul 8.30 pagi n sampai ke Port Dickson
dekat kul 10 pagi…lepas parking depan Sunshine Bay Resort, kami terus cari port
untuk berkelah… Alhamdulillah, disbbkan kawasan ni ala-ala private beach n org
belum ramai , kami dapat port yang agak menarik.. lepas isi perut, semua
anak-anak terjun masuk air…
So, kita view gambar main pantai
Day 1.
Anak-anak seronok main pasir..
Si bapak kusyuk merenung laut sambil berasap..
Dua itik main pantai..
Enjoy si Yana main air...bibik le kena melayan dia..
Pantai berlatar belakang Sunshine Bay Resort...mmg tak ramai org sebab pantai ni ala-ala private beach..
Mama pun nak berposing ngan anak-anak dlm air..
Time utk mak-mak berposing.. hehe..
Couple Azhar n Ayu
Couple Faiz n Azie..hehehe...
Meera mmg taknak turun pantai sebab dia still fobia ngan air..so, pasir tu ler jadi mainan dia..
Lepas 2 jam mandi pantai,
mak-mak dah penat sebab pagi tadi terpaksa bangun awal utk sediakan bekal
berkelah… Alhamdulillah, hotel lak benarkan utk check in awal.. so, dlm kul 12
lebih, kitorang dapat kunci bilik.. tapi, anak-anak terus masuk swimming pool…
Dah puas penat main air, baru
anak-anak setuju naik bilik… dengan kepenatan ditambah lak dengan kesejukan
aircond bilik hotel, semua pengsan lepas zohor… lepas asar, baru semua
berkumpul kat bilik cikun untuk makan nasi ayam yang dimasak Ayu n sandwich
yang dibuat Cikun.. Bihun yang aku masak dah habis dilantak pagi tadi…
Lepas maghrib, kitorang gerak ke
PD Waterfront… Tapi, sbb waktu malam, so..tak banyak yang menarik utk
dihayati..Jadi, kitorang gerak ke Teluk Kemang. Anak-anak seronok main bola kat
dataran Teluk Kemang..
Lepas penat main, kitorang gerak
utk cari kedai makan… Kedai Nasreen Songkhla Seafood jadi pilihan kami …
Alhamdulillah, makanan kat situ memang sedap dan memuaskan hati,….parking lot
pun besar…dan yang penting, harga pun agak berpatutan..
(Sumber gambar: http://traveldine.blogspot.com/2011/05/restoran-nasreen-songkhla-seafood-port.html)
Posing jap sementara tunggu makanan sampai..
Ikan stim halia.. sedap!!
Antara menu lain..
Lepas kenyang melantak, kami
decide utk balik hotel terus sebab masing-masing dah kepenatan…tak sampai
separuh perjalanan, semua anak-anak dah tertidor.. sebelum tertido, amar sempat
pesan supaya bangun awal pagi esok utk mandi kolam…hehe…boleh ke bangun?
Utk Day
2, kita sambung lain kali yek…selamat malam...
2 comments:
Terbaik ler kak..pjg woo description. .heheeee
hahaha... saje mengisi masa lapang... sekarang takleh lagi sbb masa lapang aku dah dicuri dek Bibik dan dibawanya pulang ke Indon...huahua..
Post a Comment