Wednesday, December 19, 2012

Trip to Port Dickson – Day 1 (Hasrat anak-anak tercapai)


Alhamdulillah…aku n faiz telah berjaya memenuhi hasrat anak-anak untuk bercuti pada 15 n 16hb yang lalu. Amar request nak stay hotel, meera request nak main pasir pantai n yana lak masih kecil utk request.. so, after diskusi, kami berdua decide bercuti ke Port Dickson…
Disebabkan decision untuk bercuti ni dibuat di akhir waktu (2 hari sebelum kejadian), tak banyak pilihan yang ada disebabkan kebanyakan hotel dah fully booked… Akhirnya, aku berjaya tempah bilik di hotel bajet iaitu Sunshine Bay Resort (tak kisah le hotel mahal atau murah, yang penting hasrat amar utk stay hotel tercapai…hehe)….antara sebab lain aku pilih hotel ni sbb hotel ni ada private beach..jadi, boleh le anak-anak main pantai sepuas hati tanpa gangguan crowd yang ramai.. kami pun pernah stay hotel ni masa program reunion ex-staf SYABAS KL bulan 4 yang lalu… Walaupun servis tak best, tapi okaylah sbb kami hanya guna bilik utk tido je sbb anak-anak sibuk nak mandi pantai n swimming pool…
Untuk meriahkan lagi percutian, aku n Faiz ajak family najib n azhar utk join skali sbb mesti amar and meera suka kalau kawan-kawan diorang pun ada.. Alhamdulillah, dijadikan cerita, najib n Azhar setuju utk join skali…  Actually, ada kisah kenapa tiga family ni boleh akrab… antara kisahnya,..
  1. Aku, faiz, azhar n najib belajar skali di Matrikulasi UKM Kuala Pilah Tahun 1998. Kebetulan lak, aku, faiz n azhar satu kelas (KK7), dan najib lak kelas sebelah (KK8). Walaupun kelas berasingan, tapi waktu prep malam, KK7 dan KK8 akan jadi sekelas disebabkan si najib ni akan buka divider kayu yang memisahkan kelas kami. Najib ni dulu nakal sket, sama naik gak ngan si Faiz ni.. hehe..
  2. Bila masuk UKM lak, si Faiz, Azhar n Najib stay satu kolej iaitu Kolej Dato Onn. Bini-bini diorang iaitu Cikun (wife najib) n Ayu (wife Azhar) pun satu kolej ngan diorang. Aku je yang tercampak ke Kolej Burhanuddin Helmi. Dan ditakdirkan Tuhan, kami dijodohkan bersama…
  3. Anak sulung dan anak kedua kami lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 2007 dan 2009. Cuma aku n faiz je yang terbabas dapat anak ketiga…hehehe…Rezeki katakan….disebabkan umur yang sama ni, anak-anak ni suka sgt bila dapat berkumpul dan main bersama, rumah pun dah jadi tongkang pecah.…siap taknak balik rumah lagi…anak ayu n azhar mesti nangis bila kawan-kawan dia nak balik…hehe..sian alia…
  4. Minat yang sama untuk menjamu rakan-rakan…hehe, maksudnya ketiga-tiga wife ni suka sgt buat masak-masak n panggil 2 lagi family ni ke rumah untuk menjamu selera.. walaupun x terror pun masak macam chef-chef terkenal, tapi..yang penting..Ikhlas..hehe..sekarang ni, ayu le yang kerap buat masak-masak sbb dapur dia dah siap renovate..best giler nak memasak kat dapur dia.. aku je tunggu bile le dapur aku nak siap ni….
Disebabkan persamaan di atas, dicampur lak dengan persamaan ideologi otak masing-masing, maka resepi keakraban hubungan antara keluarga ni memang manjadi..
So, berbalik kepada percutian tadi, kami bertolak dari Bangi dalam kul 8.30 pagi n sampai ke Port Dickson dekat kul 10 pagi…lepas parking depan Sunshine Bay Resort, kami terus cari port untuk berkelah… Alhamdulillah, disbbkan kawasan ni ala-ala private beach n org belum ramai , kami dapat port yang agak menarik.. lepas isi perut, semua anak-anak terjun masuk air…
So, kita view gambar main pantai Day 1.


 Anak-anak seronok main pasir..

Si bapak kusyuk merenung laut sambil berasap..

Dua itik main pantai..

 Enjoy si Yana main air...bibik le kena melayan dia..

 Pantai berlatar belakang Sunshine Bay Resort...mmg tak ramai org sebab pantai ni ala-ala private beach..


 Mama pun nak berposing ngan anak-anak dlm air..


 Time utk mak-mak berposing.. hehe..

 Couple Azhar n Ayu

 Couple Faiz n Azie..hehehe...





Meera mmg taknak turun pantai sebab dia still fobia ngan air..so, pasir tu ler jadi mainan dia..





Lepas 2 jam mandi pantai, mak-mak dah penat sebab pagi tadi terpaksa bangun awal utk sediakan bekal berkelah… Alhamdulillah, hotel lak benarkan utk check in awal.. so, dlm kul 12 lebih, kitorang dapat kunci bilik.. tapi, anak-anak terus masuk swimming pool…
 




Dah puas penat main air, baru anak-anak setuju naik bilik… dengan kepenatan ditambah lak dengan kesejukan aircond bilik hotel, semua pengsan lepas zohor… lepas asar, baru semua berkumpul kat bilik cikun untuk makan nasi ayam yang dimasak Ayu n sandwich yang dibuat Cikun.. Bihun yang aku masak dah habis dilantak pagi tadi…

Lepas maghrib, kitorang gerak ke PD Waterfront… Tapi, sbb waktu malam, so..tak banyak yang menarik utk dihayati..Jadi, kitorang gerak ke Teluk Kemang. Anak-anak seronok main bola kat dataran Teluk Kemang..






 


Lepas penat main, kitorang gerak utk cari kedai makan… Kedai Nasreen Songkhla Seafood jadi pilihan kami … Alhamdulillah, makanan kat situ memang sedap dan memuaskan hati,….parking lot pun besar…dan yang penting, harga pun agak berpatutan..


(Sumber gambar: http://traveldine.blogspot.com/2011/05/restoran-nasreen-songkhla-seafood-port.html)
 
 
Posing jap sementara tunggu makanan sampai..

 Ikan stim halia.. sedap!!


 Antara menu lain..
Lepas kenyang melantak, kami decide utk balik hotel terus sebab masing-masing dah kepenatan…tak sampai separuh perjalanan, semua anak-anak dah tertidor.. sebelum tertido, amar sempat pesan supaya bangun awal pagi esok utk mandi kolam…hehe…boleh ke bangun? 
Utk Day 2, kita sambung lain kali yek…selamat malam...

2 comments:

Unknown said...

Terbaik ler kak..pjg woo description. .heheeee

af-aziey said...

hahaha... saje mengisi masa lapang... sekarang takleh lagi sbb masa lapang aku dah dicuri dek Bibik dan dibawanya pulang ke Indon...huahua..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.