SYABAS VS SAINS
Dalam tak sedar rupanya dah hampir 3 bulan aku meninggalkan SYABAS. Tak
terasa masa berlalu kerana kesibukan dengan tugas-tugas harian sebagai seorang
auditor, seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang cahayamata.
Cuma satu perbezaan ketara yang aku rasai sekarang berbanding 3
bulan lepas. Aku bukan lagi bos kepada 10 insan bernama Fadzly, Faizal,
Firdaus, Fuad, Azim, Ezuhan, Norbi, Salyaraja, Amarul dan Ruzaimie. Kalau dulu
aku asyik menjerit di pejabat, sekarang ni aku boleh kira berapa patah
perkataan aku bercakap di pejabat. Tak lebih dari 100 patah perkataan pun!!!. Kadang-kadang
aku hanya bercakap masa lunch sahaja. Selebihnya, mengadap computer dan
menyiapkan laporan audit. Perbezaannya bagaikan LANGIT dan BUMI!!!!
2 minggu
pertama di SAINS, aku rasa kehidupanku penuh keBOSANan. Namun, aku yakin dengan kata2
En Shahruddin (HOD SYABAS KL year 2011), pekerja yang bagus ialah mereka yang boleh
menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk keadaan dan skop kerja.
Alhamdulilah, pada saat dan tika ini, aku bersyukur dengan kehidupan
aku sekarang. Sebagai auditor, aku belajar tentang keseluruhan operasi syarikat
yang mana menyedarkan aku tentang banyak lagi bidang yang perlu kita pelajari
dalam mematangkan diri kita .
Terima kasih SYABAS di atas pengalaman 4 tahun yang amat berharga!!!!
Terima kasih juga buat mereka yang pernah bekerja dengan aku samada
sebagai staf, rakan seperjuangan or sebagai bos, kalian tetap di hati..
No comments:
Post a Comment