Wednesday, August 29, 2012

AIDILFITRI 2012

Seperti yang dah diketahui dari awal Ramadhan lagi, 1 Syawal bagi tahun ni jatuh pada tarikh 19.8.2012. Dah takde lagi kan perasaan berdebar2  tunggu pengumuman raya mcm dulu-dulu. Aku ingat lagi kenangan zaman kanak-kanak dulu.. lepas buka puasa dan solat maghrib je, aku dan adik2 dah terpacak depan TV tunggu muka pakcik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tu keluar TV utk buat pengumuman tarikh raya. Kalau diumumkan esok  raya, aku dan adik-adik menjerit seronok macam org giler sambil diiringi bunyi mercun seluruh kampung..mmm, tetiba je rasa rindu pada kenangan zaman kanak-kanak

Emm, dlm tak sedar, aku dan faiz dah sambut aidilfitri ke 7 bersama-sama pada tahun ni. Maknanya dah 6 kali juga kami beraya sebagai ibu dan ayah.. Bezanya, sambutan kali ni agak meriah dengan pakaian raya yang agak  sedondon. Faiz yang set tema tahun ni warna hitam…tapi, baju aku n anak2 tak totally warna hitam sbb kitorang pilih kombinasi warna hitam + grey..okaylah kot yek.. yang penting, kita ikut sunah Nabi pakai baju baru di 1 Syawal…

Tahun ni giliran kitorang beraya di Kelantan, so gambar-gambar raya banyak di Kelantan ler…  Next year kita upload gambar raya kat Perak lak yek.. Itupun, kalau umur panjang dan kita masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal sekali lagi..InsyaAllah…

 My hubby yang tengah bersiap di pagi raya..

Gambar family (susah sebenarnya nak makesure anak-anak posing bergambar ni...)
 
Tema hitam + grey..

Kak Ah bersama anak tersayang, Cupie

Mama dan abah

 Cupie dengan adik sedara bongsu (buat masa ini ler..hehe)

 Abah, ma bersama anak-anak dan cucu kesayangan (menantu kena jadi photographer..)

 One family (bibik pun nak bergambar gak..)

 Senyuman di pagi 1 Syawal..

 Anakanda Yana yang manja...

Semoga kita diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan..Amin...

No comments:

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.