Thursday, September 6, 2012

Anak Kampung


Masa first time aku dengar lagu 'ANAK KAMPUNG' dendangan Jimmy Palikat & One Nation Emcees, aku ingatkan ni lagu dari seberang (Indonesia). Rupa-rupanya Jimmy Palikat ni adalah orang Malaysia gak (Sabah bah)...

Bagi aku, lagu ni macam sweet je, mengambarkan seorang insan dari kampung yang menyedari kekurangan diri sendiri... 
Sebelum lagu ni dipopularkan semula tahun ni oleh gabungan Jimmy Palikat & One Nation Emcees, lagu asal dinyanyikan oleh Jimmy Palikat seorang je... 

Dengar lagu ni, aku terbayang pada kehidupan di kampung dulu yang penuh dengan serba-serbi kekurangan... namun kami sekeluarga bahagia dengan kasih sayang mak dan ayah...Terima kasih Mak dan Ayah atas segala-galanya!!! Bagi kami 10 beradik, Mak dan Ayah adalah anugerah terbaikdiberikan olehNya untuk kami...

Gambar ni diambil tahun 2005 (tarikh kat kamera tu salah..kesilapan teknikal kamera). Masa ni aku berumur 25 tahun dan masih anak dara (hehe)...
Arwah ayah pun masih sihat walafiat masa ni..(tetiba je rasa rindu yang teramat pada arwah ayah, huhuhu....)


Jom kita view lirik lagu bagi kedua-dua version:

Lirik Lagu Tanak Kampung (Versi Melayu) -Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Lirik Lagu Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcees

[Jimmy Palikat]
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

[Mimi]
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli – kuli sahaja memang tidak padan
Cute bah kau itu
Ramai yang tergoda lagi yang jelita

*

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

[Jimmy Palikat/Mimi]>
Kita masih muda masih ada masa
Janganlah kau cari gadis macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Anak kampung ku anak kampung
Tidak padan tidak sepadan

[Zydee]

Hey si gadis yang manis
Ku simpan duit sampai perut kempis
Kalau dah cukup kita renjis-renjis
Jangan kau nangis menu kita ikan bilis

[Jojo]
Sia sanggup buat apa saja
Siang malam overtime kerja
Laman facebook nda sempat buka
Ndamau kau sedih dan kecewa

[Zydee]
Jangan kau sedih sabar kau gia
Nanti kereta,rumah , ku buat kau bahagia
Bukan undur diri belum bersedia
Kau tunggu saja odooii giaaa
JP

*

Tiada keretaku bawa kau jalan – jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain (sama orang lain)

Engkau masih muda , cantik lagi menawan (jangan-jangan)
Janganlah kau cari lelaki macam saya (ok bah kalau kau)
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna)

Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna bro)
Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna )

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.