Showing posts with label arianna. Show all posts
Showing posts with label arianna. Show all posts

Wednesday, March 21, 2018

Besday My Little Princess - Kolam Renang Marina Putrajaya

18.3.2018

Sempena Besday Nana yang ke 7 hari ni, mama dan abah plan untuk bawa diorang gi swimming di Kolam Marina Putrajaya. Tahu tempat ni pun dari Cikun. Alhamdulillah, anak2 happy dan enjoy sangat swimming di sini.. 

Harga masuk RM5.30 untuk dewasa dan RM3.20 untuk kanak2. Ada 4 sesi untuk masuk kolam ni.
9.00 am - 11.45 am
12.30 pm - 3.15 pm
4.00 pm - 6.45 pm
7.30 pm - 9.45 pm

Aku pilih masuk sesi pukul 4ptg. Air memang sejuk sebab kolam berbumbung kot.

Kolam dewasa. Anak2 pun bo mandi kat kolam ni sbb tak dalam sangat, dalam 1.2 meter kot. 

Kolam kanak2



Amar dok sibuk nak buat terjunan baring

Apa ler yg dia seronok sangat dapat buat aksi ni..adehh

Cupie merangkap lifeguard anak2 hari ni.. hikhik



Pukul 6.30 pm, aku ajak anak2 balik. Diorang pun tak banyak cakap, terus keluar dari kolam. Maklumler masing2 dah menggigil kesejukan.. hakhak

Okay, mama nak scroll gambar besday girl ni jap

Gambar baru lahir

 Masa umur 2 bulan.. bulat time ni.hihi

Setahun

 2 tahun

  
 3 tahun 

4 Tahun

5 tahun

 6 tahun

 7 tahun... anak kecil mama dah besar

















Tuesday, January 12, 2016

2016 yang lebih mencabar

2015 dah berakhir..

Tahun 2016 ni, anakanda ameera dah masuk sekolah kebangsaan. Kali ni aku tak risau sangat sebab amar ada untuk tengok-tengokkan adik dia. Lagipun ameera ni jenis berani dan independent sket..

Ni gambar first day sebelum semua ke sekolah..

Yang aku risau pasal anakanda yang bongsu ni. Tahun ni, arianna dah 5 tahun. So, nak or taknak, dia kena gak masuk tadika. Tahun lepas, dia buat hal nak behenti tadika masa pertengahan tahun..huhu..alasan dia, yana penat belajar kat sekolah... boleh? Huhuhu...

Hari first, yana okey jer.. hari kedua, dia terus nangis bila sampai depan sekolah..melalak-lalak taknak sekolah.. aduhh, pening kepala mak ni nak...lepas setengah memujuk, baruler stop menangis.
Malam tu before tidur, aku pujuk dia slow2 untuk gi sekolah..dia angguk je setuju. Esoknya, alhamdulillah keadaan better...sampai depan sekolah, lepas salam dengan aku, dia terus masuk sekolah...fuhh..leganya..

Tengahari tu, aku call bibik tanya pasal yana. Katanya, balik dari sekolah jer, yana terus minta susu dan tidur..sian anak mama, penat belajar yer..





Monday, January 12, 2015

Dunia persekolahan dah bermula utk anakanda arianna

Smlm tanggal 12 Januari 2015, mula ler dunia sekolah bagi my little princess, yana. Mama risau and cuak gak bila fikir camner ler anak manja mama ni nak gi school. Walaupun dah umur 4 tahun, tp yana ni lain sket dari ameera yg lbh independent n lasak tu. Maybe dgn status anak bongsu tu yg buatkan yana ni manja terlebih....huhu

Dan semalam, Alhamdulillah sgt2 sbb yana rileks jer gi school. Maybe sebab ada kakak ameera teman kot. Cuma, bila habis sekolah, muka yana lesu sangat. Letih sangat kot sbb kena belajar dari kul 8 pg sampai ler 12.30 tengahhari. Ameera macam dia ler...rileks jer, siap boleh lompat2 lagi...hihi.

Hmmm...bila semua anak gi sekolah,  bibik free ler...sempat lg aku tgk bibik layan citer korea pagi semalam. Huhuhu....

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.