Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, June 18, 2018

Aidilfitri 2018

Sedih weh bila nak story pasal Aidilfitri tahun ni..huhu

Alkisahnya, aku tukar keje bermula 4.6.2018. Nanti ler aku citer detail pasal hal tukar keje ni (hehe..kalau rajin le yer.heee) 

Memandangkan baru 2 minggu lapor diri dan consider as staf baru, bermakna tiada ler istilah dapat cuti raya extra.. huwaaaaa...nangis weh tapi terpaksa redha kan je lah...

Khamis, ofis dah lengang tapi aku still kena keje lagi. Mujur bos bagi balik half day. Tq Boss :) Lepas buka puasa, packing barang dan pukul 10 malam terus gerak balik Kota Bharu. Alhamdulillah, jalan clear je dan kami sampai di teratak Bonda pukul 7 pagi. 

Masukkan barang, mandi dan terus ler bersiap pakai baju raya...ada le rezeki bergambar family di pagi raya dengan family tahun ni, Alhamdulillahhhh

Raya ketiga (ahad), terpaksa balik ke KL sorang2 naik bas sebab Isnin dah kene keje. En suami dan anak2 sambung beraya di kampung... Huwaaaa...nangis lagi

Parit Buntar pun tak balik tahun ni sebab masa yg terhad...sedih weh... 

Anyway, buat semua yang mengenali aku n family, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Semoga kita mendapat keberkatan Syawal yang mulia ni.. 



























Thursday, September 22, 2016

Akikah Yana

Aidiladha yang lepas, kami adik beradik decide untuk buat program korban di rumah Mak. Serentak dengan tu, adik aku nak buat akikah untuk anak lelaki dia. Bila sebut akikah, aku tanya En Suami samaada kami dah buat akikah untuk Yana. En suami kata dah cuma x ingat bila.. Dek sebab tak sure, kami decide utk buat sekali lagi akikah untuk Yana.

Hari raya pertama, ramai yang sambut raya di rumah mertua. so, kami decide untuk buat program korban pada raya kedua (13.9.2016). Lembu untuk korban dah selamat mendarat kat rumah mak sehari sebelum raya. Dua hari le lembu ni sempat bermalam di tepi rumah mak..heee

Ni ler lori yang hantar lembu ke rumah mak aku. Semua lembu dlm lori ni nak dihantar ke pembeli untuk program korban tahun ni. Rumah mak aku destinasi pertama untuk penghantaran ni..

Si comel coklat ni ler yang bertuah untuk jadi tunggangan Yana di 'sana' kelak..

Kecil je lembu ni.. muda lagi, just cukup2 umur untuk dikorbankan

Hari kejadian, dalam pukul 7 pagi semua dah berkumpul tepi lembu ni. Abang aku yang akan jadi tukang sembelih. Aku takde lak snap gambar masa sembelih tu. Ngeri bebbb... Lepas setel sembelih, mula le program melapah.. Kebanyakan kerja melapah semua dibuat oleh ipar2 aku..maklumler menantu lelaki mak pun dah ramai, ada 7 orang..hihi..

Baju hitam, adik ipar aku Karim. Yang duduk tu, abang ipar aku, Mr Shidi. Berdua kat blkg dok potong tulang tu, laki I (yang sado berbaju merah tu..hihi) dan adik ipar aku, Saufi. Semua barisan menantu...kihkih

Haaa...yang kiri ni lak adik ipar aku, Mr Idrus. Yang berkopiah tu, pakndak aku. 

Geng pompuan lak dok sibuk kat dapur tengah memasak. Menu kami simple je, daging goreng kunyit dan sup gear box. Pastu, aku tambah menu ayam masak merah. 

Plan asal, kami buat makan2 untuk anak beranak je sbb anak dan cucu mak pun dah ramai penuh rumah, maklumler dekat 50 orang. Untuk meriahkan raya, mak jemput pakcik/makcik aku. Wahh..best tu..

Tetiba lak, mak gi jemput gak jiran2... perghhh, jadi ramai le plak. Macam kenduri besar dah.. aduhh, aku yg jadi chef ni dah gabra giler, takut weh kalau makanan x sempat siap masak, x cukup or x sedap, huhu... Bersilat2 aku, kak tikah dan acik masak untuk makesure semua menu dapat siap masak on time.. Mujur sangat adik2 aku yang lain, kak ipar, adik ipar dan anak2 buah banyak tolong lancarkan segala kerja dari potong bawang, basuh daging, potong sayur dan macam2 ler.. makcik2 yang datang pun banyak menolong.. 

Alhamdulillah, walaupun tak sedap macam masterchef masak, tapi, okayler bila semua kata sedap..hihi...lega sangat walaupun berdebar2 gak.. penat sangat sampai tak sempat pun nak ambil gambar masakan.. huhu




Thursday, July 14, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Alhamdulillah...sekali lagi diberikan peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan dan Syawal.

Tahun ni, cuti raya panjang sket sebab hari raya jatuh pada tengah minggu. So, hari Ahad kami sekeluarga bertolak balik Parit Buntar. Alhamdulillah, perjalanan lancar jer maybe sebab ramai orang dah mula balik kampung hari Jumaat dan Hari Sabtu. Aku stay Parit Buntar sampai hari Selasa. Dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke Kota Bharu guna laluan Kuala Kangsar-Gerik-Jeli. Alhamdulillah, perjalanan kali ni pun lancar cuma slow sket di area Jeli.

So, pagi Syawal kami tahun ni di sambut di bumi Darul Naim.

Keluarga kecil kami.
Takde tema spesifik tahun ni. Lebih kurang warna maroon n coklat ler.. 

Riang raya hari raya

Abah, ma dan anak-anak kandung

Tokbah, tokma dan cucu-cucu

Womans and girls only

Cinta hati saya

:)


Bukan kemain lagi si abang dok wefie dengan adik-adik

Hari raya kedua lak..tema biru. Tak sempat bergambar, ni wefie dalam keta masa on the way nak gi beraya

Gambar watsup dari adik saya.. gambar my family di Parit Buntar. 
Masa ni pagi raya, ada 6 orang je adik beradik aku dalam gambar ni. Baki 4 orang beraya di rumah mertua, abang sulung di Slim River, Kak Tikah di Sungai Petani, aku di Kota Bharu dan adik aku, Acik di Taiping. Baris belakang tu semua 3 adik aku yang baru kahwin dengan pasangan masing-masing, Tinggal adik bongsu aku je yang still single..hihi

Ni lagi gambar dari Parit Buntar, hari raya kedua. My big brother dah sampai dari Slim River.. 

Awal pagi hari Ahad berikutnya, kami bertolak balik ke KL guna laluan LPT2. Alhamdulillah perjalanan dari Kelantan ke Terengganu lancar. Tapi, masuk je highway Kuantan-KL, dah mula slow..dari Lanchang ke Gombak dah macam siput je jalan...bersabar je lah...kebas punggung dalam keta.. huhu. nama pun raya kan..hmmmm

Untuk semua, mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap. Selamat hari raya dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan..InsyaAllah..





Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.