Showing posts with label Bibik. Show all posts
Showing posts with label Bibik. Show all posts

Monday, June 27, 2016

First day urus anak gi sekolah lepas bibik balik kampung

Semalam, Ahad-25.6.2016, bibik dah selamat balik ke kampung dia di Wonosobo, Jawa Tengah...
Walaupun anak-anak sedih sebab bibik dah takde untuk tolong diorang tapi diorang faham yang bibik kena balik sebab nak jaga anak dan cucu bibik. Dari dua bulan lepas aku dok set mind anak-anak supaya diorang kena ready untuk kehidupan tanpa bantuan bibik...

So, hari ni anak-anak mula ler belajar mengenal 'transit' dan 'daycare'. Baju untuk sekolah petang , beg sekolah dan kasut semua kena prepare dan letak di pusat transit untuk si abang dan si kakak. Yana pula, set pakaian untuk tukar lepas habis sesi sekolah tadika. Kelam kabut sket le aku pagi ni, tapi Alhamdulillah semuanya lancar.. maybe sebab anak-anak bangun awal untuk sahur, so terus boleh mandi dan bersiap.

En suami pun banyak bantu pagi ni. Terima kasih bang... :)
Hopefully hari-hari seterusnya lancar buat kami sekeluarga..

Untuk bibik Kasiyam, terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang selama tiga tahun ni. Anak-anak semua sayang bibik...





InsyaAllah, ada rezeki kita bertemu lagi ye bik..



Monday, April 28, 2014

Anak2 dan bibik

Pejam celik, pejam celik..rupanya dah 9 bulan Bibik Kasiyam ni hadir dlm kehidupan keluarga aku. Cepat sungguh masa berlalu...

Alhamdulillah, setakat ni prestasi bibik ni memuaskan. Anak2 pun serasi dgn bibik ni. Tp, malas nak puji lebih2 sbb takut pisang berbuah dua kali. Aku just doakan semoga bibik ni tak bg aku masalah mcm bibik nor dulu. ..huh..malas ler nak ingat kisah lama..buat sesak dada  aku je..korang tlg doakan jugak yek....hehe, tq atas doa korang.:)

Ni beberapa gambar bibik dgn anak2.  Aku?  Jd photographer ler..huhu..

Monday, September 9, 2013

Bibik baru-belajar bahasa jawa

Dah sebulan lebih kehidupan aku sekeluarga dibayangi kehadiran bibik semula…walaupun agak serik dgn manusia bergelar bibik (refer kes bibik buat hal), tapi disebabkan komitmen kerja, lastly kami ambil juga bibik ni.itupun terjadi secara kebetulan apabila tetiba kawan hubby offer utk ambil sepupu bibik dia yg msuk ke Malaysia secara pas pelancong sosial..

Lepas berfikir, kami decide utk tgk dulu calon tu… ceh, macam nak tgk calon menantu lak…hihihi..lepas tgk, rasa mcm ok..then, hubby pegi pejabat imegresen tanya prosedur pertukaran pas pelancong ke pas lawatan kerja sementara (PLKS). Disebabkan bibik ni dah masuk Malaysia guna pas pelancong, so kitorang kena mohon PLKS melalui JPVisa (Journey Perform Visa). Bukan apa, takut lak imegresen dah tak benarkan prosedur JPVisa ni. Pegawai kat Imegresen kata yg permohonan JPVisa ni boleh dilakukan sebelum September 2013 sbb kerajaan dah tak benarkan lagi JPVisa starting September ni..so, maybe rezeki kitorang kot…Lepas dpt greenlight dr pihak imegresen ni, kami pun mulaler operasi memohon Jpvisa bagi bibik ni, Mula2 rasa mcm remeh sebab kena buat sendiri..tapi, dgn panduan dr beberapa rakan blogger (http://aweng-mamaglam.blogspot.com/2011/07/prosedur-pengambilan-pembantu-rumah.html dan yg lain dah lupa ler…), rupa-rupanya proses ni xlah rumit sgt pun.. Dan Alhamdulillah sekali lagi, aku baru dpt surat dr Imegresen inform yg permohonan kami dah diluluskan….So, bermulalah semula kehidupan aku dan bibik..

Bibik baru ni dari Jawa Tengah, Wonosobo…dia pernah keje as maid kat arab saudi selama 6 tahun dan ni first time dia datang Malaysia.. walaupun berpengalaman tapi susah gak kalau x faham bahasa melayu.. dia minta anduh, pening aku fikir buat apa dia nak anduh..sapa yg patah tangan..rupa-rupanya anduh tu tuala..sebulan ni byk gak bahasa Jawa yg aku belajar..cthnya, sudu tu senduk, senduk tu cangkrong, lipas tu coro, percuma tu gratis,…ishh, pening gak nak makesure aku boleh berinteraksi ngan bibik ni….terpaksa le jugak aku minta tlg dr mr google..dan antara website yg sedikit sebanyak membantu aku spt http://www.familiazam.com/kamus_mel_ja.htm. Kalau korang nak belajar bahasa Jawa, boleh ler jenguk2 website ni..huahua..

Kaylah, korang doa2kan ler semoga jodoh aku n bibik ni panjang…hope kebetulan yg Allah atur utk pertemuan jodoh famili aku dgn bibik ni ada hikmahnya…respon dr anak2 pun okay…setakat ni mereka suka dgn bibik ni.. 


Niler pic bibik baru aku, namanya Kasiyam, umur 41 tahun..berisi sikit kan…:)

Saturday, March 30, 2013

Serabut lagi dgn hal bibik..


Fobianya aku dgn perkataan ‘bibik’ ni…sebut je perkataan keramat tu pun dah membuatkan hati aku menggelegak….aku ingatkan boleh tenang lepas hantar dia balik tempoh hari… tapi, rupanya isu tak selesai lagi walaupun dah sebulan lebih dia lenyap dr pandangan aku ni (view entry http://af-aziey.blogspot.com/2013/02/dugaan-allah-buat-hambanya.html)… sbbnya masih ada 3 kotak besar dan 1 beg barang-barang dia kat rumah aku.. masa balik tempohhari, dia hanya boleh bawa 2 beg sbb hadberat luggage hanya 25kg je… kalau nak bawa semua barang dia, mahu dkt 100 kg kot…

Jadi, dia suruh kitorang hantar barang dia melalui pakcik dia yg keje kapal (nama pakcik dia ni pakcik Aziz). Masalahnya, pakcik dia tak dapat datang Malaysia selama 2 bulan sebab kapal dia rosak… maksudnya dlm bulan 5 ni baru pakcik dial eh sampai kat port kelang tu… pastu dia suruh kirim kat kwn pakcik dia..masalahnya, contact kawan pakcik dia pun dia takde….takkan le aku nak pass barang dia kat sesape je di port kelang tu…bongok gak bibik ni..

Terbaru lak, makcik sebelah rumah aku cakap yg bibik call dia inform yg dia dah masuk Malaysia dan dapat keje as pembantu rumah. Pelik kan sbb setahu aku sepatutnya dia takleh masuk semula Malaysia dalam tempoh 3-6 bulan lepas dia balik. Tempoh tu dinamakan cooling period…tapi, maybe makcik dia yang merangkap agen dia ni ‘pandai’ berurusan dgn pihak imegresen kot…  Tapi, aku kesian kat majikan baru dia memikirkan betapa malangnya majikan ni yang akan diperdaya hidup-hidup dengan kepura-puraan kebaikan, kejujuran yang akhirnya kepercayaan tu akan dibalas dgn #%#%#%#.(sakitnya hati bila aku teringat balik apa yg bibik buat pada aku….)hisshhh!!!

Bibik siap tanya kat makcik tu psl barang dia..kot-kot le makcik tu nampak aku lempar barang2 dia ke..(dia ingat aku zalim mcm dia kot…aku still ada hati perut utk simpan barang2 dia yg aku anggap sbg amanah…). Pastu, dia ngadu yang kitorang tak tunai janji nak hantar brg dia..isshhhh!!!!, sakitnya hati aku dengar statement dia…barang2 dia tupun kebanyakannya pemberian aku n jiran2. Masa dia datang rumah aku dulu, dia hanya bawa 1 beg kecil…that’s mean barang dia yg berkotak2 tu semuanya belas ihsan aku, jiran2 and family aku yg termakan dek cerita sedih kesusahan keluarga dia…

Aku cuba call pakcik Warkim yg jaga anak dia di Medan. Pakcik Warkim ni adik mak bibik dan dia yg selalu uruskan hal anak2 bibik ni. Bila aku tanya mana bibik Yani, pakcik Warkim cakap yg bibik Yanie balik rumah hanya 2, 3 hari je, kemudian terus hilang, Aku call pula Ibu Nora untuk tanya mana si Yanie (Ibu Nora ni sorang lagi makcik bibik yg juga agen dia, yg mana suami ibu nora ni keje jadi staf kapal laut-kelasi le kot). Dia kata ngak tahu.. tapi, kemudian dia tanya psl duit baki gaji bibik sbb dia kata bibik yanie pinjam duit dia.. aik, tadi kata takde jumpa yanie, then kata yanie ada hutang dia lak…mana satu yg betul2 ni? Mmmg dasar penipu le diorang ni!!!! Last2, kantoi yang bibik dah masuk Malaysia dgn bantuan Ibu Nora ni… semua kos utk masuk Malaysia ditanggung oleh Ibu Nora dahulu sbb bibik Yanie ckp kitorang akan bayar pada Ibu Nora guna duit gaji dia yg masih aku simpan dlm RM2000 lebih. Gullpp!!, tersirap lagi darah aku dgr yang bibik putar belitkan cite yg aku berhutang dia sebanyak tu sdgkan baki duit dia pada aku hanya RM1000. Duit tu kitorang simpan utk uruskan kos penghantaran barang2 dia yang setimbun tu and balance tu baru aku akan hantar pada dia melalui akaun pakcik Warkim..at least ada rekod kemasukan duit..sebelum ni pun, bibik hantar duit balik kampung melalui akaun pakcik warkim ni…

Hehe..korang faham ke cite aku ni?? Tak pasal2 korang kena mengenali sanak saudara bibik ni..hahaha….biar korang lak pening cam kepala otak aku yg tgh serabut ni..kuikuikui.

Dah ler tu, lagi banyak aku membebel psl bibik, lagi mendidih hati aku ni….anyway, aku still tgh risik2 ngan kekawan laki aku yg keje kat imegresen kalau diorang dapat cari lokasi bibik ni keje..at least aku boleh le bagi amaran pada mereka yg berkenaaan supaya berhati-hati ngan bibik ni..mana le tahu, rupa-rupanya bibik ni keje ngan korang ke, sedara korang ke…kalau nak selamat, pasang le CCTV utk langkah keselamatan…tak kisah kot melabur dlm RM1K, asalkan tak rugi beribu2 macam aku ni…diorang ni sebenarnya pencuri terlatih dan hati kering. Selagi takde bukti jelas, diorang takkan mengaku diorang curi..tapi, kalau dah terkantoi, baru cakap..’maaf bu, saya salah”. Dan kita ni warga Malaysia, terus lembut hati dgn rayuan kemaafan diorang….


Ni ler gambar bekas bibik aku ni… nama masa dia keje ngan aku NURHAYANI (diorang ni boleh ubah2 nama dalam passport ikut suka mak bapak diorang, kalau nama diorang dah blacklist, diorang tukar nama lain dlm passport utk bolehkan diorang masuk Malaysia), asal Medan. Umur dlm 40 tahun (umur pun diorang boleh tipu tau), anak 3 org, pakai gigi palsu (hehe..perlu ke info ni? Tapi, satu side je... x sure gigi atas or bawah…aku sedar dia pakai gigi palsu pun sbb dia suka main keluar2kan gigi tu..pengotor!) Kalau korang terjumpa bekas bibik aku ni kat rumah sedara korang or kawan2 korang, sila le pesan suruh sedara or kawan korang tu psg CCTV utk precaution....

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.